|
Kedah,
Selangor
Terus
Bersaing,
Perak
Berpesta Gol |
Aiman Aminul
Dikemaskini :
25 Feb 2008 09:12 PM
Dua pasukan teratas
liga super, Kedah
dan Selangor terus
menhangatkan
perebutan mahkota
kejuaraan liga musim
ini, setelah
menewaskan lawan
masing-masing 2-1 di
tempat lawan, malam
tadi.
Pada ketika dua gol
Marlon Alex James
membantu sang Kenari
mengenepikan barisan
penuh bersemangat
Sarawak di Kuching,
Selangor memerlukan
jaringan Razman
Roslan untuk
mengesahkan
kemenangan ke atas
DPMM FC di Bandar
Seri Begawan.
Marlon menjaringkan
gol pada minit ke-14
dan 27 untuk
membantu Kedah terus
kekal sebagai
pendahulu dengan
kelebihan dua mata,
walaupun Khalid
Hamlet berjaya
merapatkan jurang
pada minit ke-77.
Selangor pula
mendahului seawal
minit kedua hasil
jaringan Indra Putra,
sebelum Subhi
Abdillah menyamakan
kedudukan pada minit
ke-14.
Razman menjaringkan
gol kemenangan
Selangor pada minit
ke-67.
Di Ipoh, tuan rumah
Perak bangkit dari
ketinggalan sebelum
berpesta gol
menewaskan Polis
5-1.
Walaupun ketinggalan
pada minit ke-31
hasil jaringan Budi
Sudarsono, Perak
menyamakan kedudukan
dua minit kemudian
menerusi Ahmad
Shahrul Azhar,
sebelum dua gol
Carlos Caceres dan
dua lagi menerusi
Khalid Jamlus
memastikan
kemenangan selesa
Perak.
Negeri Sembilan pula
dikejutkan dengan
kekalahan 2-3 di
tempat sendiri
kepada Pahang, hasil
dua gol jaringan
Hairudin Omar.
Walaupun berjaya
menyamakan kedudukan
menerusi Shahurain
Abu Samah dan Udo
Fortune, gol
jaringan pemain
kebangsaan, Norhafiz
Zamani Misbah
memastikan tiga mata
penuh milik Pahang.
Aksi di Stadium
Jcorp pula
menyaksikan gol
tunggal Gustavo
Fuentes pada ketika
permainan baru
berusia 40 saat,
sudah cukup untuk
Johor FC membenam
Perlis 1-0.