|
Kedah Unggul,
Perak Pintas
Perlis Di
Tempat
Ketiga |
Dikemaskini :
28 Feb 2008 08:52 AM

Dengan hanya baki 10
perlawanan untuk
dilalui, Kedah
semakin unggul dalam
saingan liga super
musim ini, setelah
mencatatkan
kemenangan kesepuluh
berturut-turut
dengan menundukkan
Johor FC 2-0 di
Stadium Darul Aman.
Marlon Alex James
sekali lagi
meledakkan dua gol,
pada minit ke-2 dan
78 untuk mengesahkan
tiga mata penuh
milik Sang Kenari,
dan meninggalkan
Selangor yang tidak
beraksi malam tadi
dengan kelebihan
lima mata.
Perak pula melonjak
ke tangga ketiga
setelah menang tipis
ke atas tuan rumah,
Pahang 1-0 hasil
jaringan tunggal Md
Hardi Jaafar,
manakala dua gol
jaringan pelatih
pasukan negara,
Zamri Chin membantu
UPB MyTeam
menewaskan Polis 2-0
di Selayang.
Di Stadium Sultan
Ismail Nasirudin
Shah, Gleison Freire
menjaringkan dua gol
untuk membantu
Terengganu
menewaskan Brunei
DPMM 2-0, sementara
Pulau Pinang
mencatatkan
kemenangan pertama
di laman sendiri
setelah membelasah
Sarawak 4-0 hasil
jaringan M.Prakash,
Mat Saiful Mohamad
dan dua gol Rosli
Azizan.
Aksi di Stadium
Utama Negeri pula
menyaksikan aksi
tegang antara Perlis
dan Negeris Sembilan
berkesudahan seri
2-2.
Negeri Sembilan
mendahului dua gol
seawal 10 minit
pertama permainan,
hasil jaringan
Shahurain Abu Samah
dan Effendi Malik,
namun membenarkan
tuan rumah bangkit
menyamakan kedudukan
menerusi Philemon
Chipeta dan penalti
minit akhir Azi
Shahril Azmi.
Ketua pasukan Perlis,
Yusri Che Lah
dilayangkan kad
merah pada
perlawanan ini, yang
menyaksikan anak
buah Wan Jamak Wan
Hassan mengharungi
enam perlawanan
tanpa kemenangan.