Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

LIGA  HOKI REMAJA 2008 BUKA TIRAI ESOK

 

Siti Khadijah & Siti Hawa


Dikemaskini : 15 Feb 2008 12:00 PM

 

Kuala Lumpur, 14 Feb –  Kejohanan Hoki Remaja Kebangsaan anjuran Persatuan Hoki Malaysia sekali lagi bakal kembali memeriahkan arena sukan hoki tanah air apabila membuka tirainya pada 15 Februari ini.

 

Kejohanan yang dianjurkan buat kali ketiga dengan kerjasama Tenaga Nasional Malaysia (TNB), MILO dan  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ini  bertujuan untuk menghargai bakat-bakat baru dari skuad hoki remaja negara, di mana pemilihan para pemain adalah berdasarkan persembahan permainan yang ditunjukkan ketika bermain di dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

 

Sebanyak 9 pasukan akan mewakili  kumpulan pertama, dan 12 pasukan lagi dalam kumpulan yang kedua yang menjumlahkan  21 pasukan keseluruhannya  bakal berentap ditempat  masing-masing. 

 

Pada sidang media yang berlangsung siang tadi, setiausaha Persatuan Hoki Malaysia, Y.BHG Dato’ DR Surinder S. Cheema berkata, “kejohanan kali ini lebih menekankan disiplin para pemain di mana mereka semua akan mempromosikan skuad yang akan dipilih pada masa akan datang bagi melayakkan diri ke Kejohanan Hoki  Piala Dunia  tahun hadapan”.

 

Hal ini berikutan, skuad hoki negara telah menerima 13 kad kuning dan juga 4 layangan kad merah hasil daripada kecuaian dan masalah disiplin yang ketara ketika bermain di kejohanan yang sudah. 

 

Tambahan lagi, pemantauan terhadap corak permain dan pertahanan turut dipandang serius demi menaikkan lagi nama sukan hoki sekaligus menarik ramai orang untuk menyertai acara ini.  

 

Menurut beliau lagi, tindakan tegas akan diambil jika terdapat pemain skuad negara  melanggar peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh persatuan dan perlembagaan hoki. 

 

Ini berikutan, pasukan hoki negara selalu bermasalah dengan disiplin ketika berentap dengan pihak lawan di gelanggang. 

 

Turut hadir ketika sesi media ini, wakil Nestle Product Sdn Bhd selaku penaja utama bagi kejohanan.  Tidak ketinggalan juga penaja bersama En Nor Saiful dari Tenaga Nasioanal Berhad (TNB) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

 

 

 

Cetak laman ini