|
Korea Utara
Bantu
Malaysia
Layak |
Dikemaskini :
19 Feb 2008 02:11 PM
Kuala Lumpur -
Malaysia layak
secara automatik ke
pusingan akhir
Kejohanan Bola Sepak
Bawah 16 Tahun Asia
gara-gara
pelanggaran
peraturan oleh salah
satu lawannya, Korea
Utara yang
menurunkan pemain
melebihi usia dalam
pusingan kelayakan
di Singapura,
Oktober tahun lalu.
Sekalipun menduduki
tangga tercorot
Kumpulan G kelayakan
itu, skuad bimbingan
Aminuddin Hussin ini
telah dibantu oleh
keputusan
Jawatankuasa
Tatatertib Gabungan
Bola Sepak Asia
(AFC) yang mendapati
Korea Utara
menyalahi Perkara 72
Kod Tatatertib AFC,
Jumaat lalu.
Menurut kenyataan
media AFC kepada
Utusan Malaysia,
semalam,
jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh
Sheikh Salman Al
Khalifa ini turut
membatalkan
keputusan perlawanan
kelayakan melibatkan
Korea Utara,
Tajikistan dan Iraq
selepas ujian
pengesanan gema
magnetik (MRI)
mengesahkan
kesalahan mereka.
"Menurut Perkara 26
(f) Peraturan
Pertandingan, AFC
berhak mendenda
mereka sebanyak
AS$4,000 (RM12,878)
kerana kesalahan itu,"
kata kenyataan itu
yang menambah, AFC
turut mendapatkan
nasihat seorang
saksi pakar
perubatan berhubung
MRI.
Kata kenyataan itu,
Perkara 26 (f)
Peraturan
Pertandingan
Kejohanan Bawah 16
Tahun Asia menyebut:
"Mana-mana ahli
gabungan yang
bersalah menurunkan
pemain yang tidak
layak, wajar
meninggalkan
perlawanan itu.
Kemenangan 3-0 atau
lebih bergantung
kepada jaringan
perlawanan itu dan
tiga mata akan
diberikan kepada
lawan.
"Selain itu, pingat
atau kelayakan ke
pusingan akhir bagi
pasukan yang
bersalah, pegawainya
dan pemain wajar
dilucutkan dan
dibatalkan. Mereka
yang terlibat dalam
pasukan itu turut
tertakluk kepada
denda dan hukuman
Jawatankuasa
Tatatertib AFC,"
katanya.
Bagaimanapun kata
kenyataan itu, AFC
akan mengumumkan
senarai pasukan
terbaru yang layak
ke pusingan akhir
yang akan
berlangsung di
Uzbekistan dari 4
hingga 19 Oktober
ini akibat keputusan
Jawatankuasa
Tatatertibnya.
Malaysia gagal ke
pusingan akhir
setelah dikalahkan
Australia 2-0 dan
Korea Utara 4-0 di
Stadium Jalan Besar,
Singapura pada
pusingan kelayakan
pada 17 dan 21
Oktober lalu sekali
gus menduduki tangga
tercorot Kumpulan G.
Tiga lagi pasukan
yang mulanya turut
dijadualkan
menganggotai
kumpulan ini - Timor
Leste, Myanmar dan
Maldives menarik
diri.
Malaysia juga gagal
ke separuh akhir
Kejohanan Bawah 17
Tahun AFF di Kemboja,
Ogos lalu dengan
menduduki tempat
ketiga Kumpulan A
sambil memungut lima
mata selepas
membelasah Brunei
7-0, seri dengan
Indonesia 2-2,
dikalahkan oleh
Thailand 3-1 dan
seri dengan tuan
rumah 3-3.