Nicol Ketuai
Larian Obor
Olimpik
|
Dikemaskini :
28 Feb 2008 09:48 PM
KUALA LUMPUR – Ratu
skuasy dunia, Nicol
David dan pemain
badminton nombor dua
dunia, Lee Chong Wei
merupakan antara dua
atlet negara yang
dipilih sebagai
peserta Larian Obor
Sukan Olimpik
Beijing 2008
Pusingan Malaysia di
ibu kota pada 21
April ini.
Dalam larian
terpanjang dalam
sejarah acara ini,
mereka akan disertai
oleh wanita pertama
Asia yang berjaya
menakluki Kutub
Utara dan Selatan,
Datin Paduka
Sharifah Mazlina
Syed Abdul Kadir dan
bekas personaliti
TV, Ras Adiba Radzi.
Mereka dipilih oleh
pengeluar barangan
elektrik yang juga
penaja Olimpik 2008,
Samsung kerana
menjadi sumber
inspirasi rakyat
Malaysia atas
sumbangan besar dan
kesungguhan dalam
karier masing-masing.
Pengarah Urusan dan
Ketua Pegawai
Eksekutif Samsung
Malaysia
Electronics, Min
Yong Ho berkata:
‘‘Masing-masing
mempunyai kisah luar
biasa yang penuh
inspirasi untuk
disampaikan kepada
umum malah
mencerminkan nilai
dan matlamat Sukan
Olimpik.’’