Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Menjelang Sukan Universiti Asean : Pelajaran Atlit Tidak Terabai

 


Dikemaskini : 29 Feb 2008 07:12 AM

KUALA LUMPUR, 27 Feb  - Jadual pembelajaran pelajar yang bakal membawa cabaran negara ke Sukan Universiti Asean (SUA) di sini Disember depan tidak akan diabaikan, kata Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Persediaan Atlet SUA, Abdul Malik Abdul Ghani.

Malaysia dipilih untuk kali ketiga oleh Majlis Sukan Universiti Asean (AUSC) untuk menjadi tuan rumah. Kali pertama ialah pada 1981 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi dan kali kedua di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 1994.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar.

Jawatankuasa tersebut telah memohon kerjasama universiti untuk memastikan jadual pembelajaran pelajar mereka yang menyertai SUA tidak terjejas, katanya.

Abdul Malik berkata pihaknya masih dalam pross pemilihan atlit bagi menghadapi temasya sukan itu.

"Atlit dipilih melalui dua fasa. Fasa pertama di enam kem latihan bermula Disember tahun lepas hingga April ini dan fasa kedua akan bermula pada Jun," katanya.

Kira-kira 5,000 atlit dan pegawai dari negara Asean akan menyertai temasya dwitahunan itu yang mempertandingkan 21 jenis sukan.

Venue kejohanan ialah di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dan universiti di sekitar Lembah Klang seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UiTM, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Cetak laman ini