|
LTdL 08 :
Ruslan
Ungguli
Edisi Ke-13
LTdL |
Dikemaskini :
18 Feb 2008 11:16 PM

Kuala Lumpur, 17 Feb
- Tirai Le Tour de
Langkawi (LTdL)
ditutup sepenuhnya
semalam dengan juara
mutlak menjadi milik
pelumba Serramenti
PVC
Diquigiovanni-Androni
Giocattoli-Selle
Italia, Ruslan
Ivanov yang megah
menyarung Jersi
Kuning selaku
pelumba terbaik pada
edisi kali ini.
Walaupun tidak
memenangi sebarang
peringkat daripada
keseluruhan sembilan
ditawarkan pada
edisi ke-13 ini,
kejayaan mencipta
kelebihan 29 saat
ketika pendakian ke
Bukit Fraser
mengatasi pencabar
utamanya, Matthieu
Sprick kelmarin
banyak membantu
kemenangan pelumba
berasal dari Moldova
itu.
Pada perlumbaan
penutup di Kriterium
Kuala Lumpur,
semalam, Ivanov
menamatkan
perlumbaan di tangga
ke-48 dalam saingan
dimenangi Mouro Abel
Richeze dari CSF
Group-Navigare.
Sementara itu,
Aurlien Clerc dari
Bouygues Telecom
bergelar pemenang
Jersi Hijau Raja
Pecut, Shinishi
Fukushima dari
Meitan Hompo-GDR
selaku pelumba
terbaik Asia
menyarung Jersi Biru
manakala Filippo
Savinni kekal selaku
Raja Bukit (Jersi
Polka Dot Merah).
Pasukan terbaik
keseluruhan juga
menjadi milik Selle
Italia manakala
Seoul Cycling Team
mengungguli kategori
pasukan terbaik
Asia.
"Saya lebih gembira
semalam (kelmarin),"
kata Ivanov merujuk
kepada kejayaan di
Bukit Fraser ketika
saingan semalam
lebih kepada penamat
yang sudah tidak
mampu memberikan
ancaman besar buat
Jersi Kuning
miliknya.
"Saya berterima
kasih kepada (pengurus
pasukan Giovanni)
Savio yang membawa
balik saya ke
pasukan besar
seperti ini. Pasukan
saya sebenarnya
memang layak, ia
sukar untuk
diceritakan.
"Ini adalah
permulaan yang bagus,
kehadiran semula
saya ke perlumbaan
profesional. Saya
harap selepas ini
saya akan mampu
membalas semua
kepercayaan pasukan
saya."
Ivanov jelas
terhutang budi
kepada rakan
sepasukannya, Jose
Serpa yang sanggup
memberikan laluan
buatnya memenangi
Jersi Kuning selepas
pendakian ke Bukit
Fraser walaupun
pendaki hebat yang
muncul pemenang di
Genting Highlands
pada 2006 dan tahun
lalu itu mampu
memenangi Peringkat
8 itu dengan mudah.
"Tanpa Serpa saya
menang tidak mampu
melakukannya," kata
Ivanov.
Ivanov, 34,
terkapai-kapai tanpa
pasukan profesional
sejak dua tahun lalu
sebelum dilamar
Savio bagi
memperkukuhkan
pasukan berasal dari
Venezuela itu dengan
LTdL kali ini adalah
penampilan
pertamanya.
Peringkat terakhir
semalam juga
akhirnya
memperlihatkan
kehebatan Richeze,
pelumba yang lebih
dikaitkan sebagai
punca kemalangan
menyebabkan lebih
lapan pelumba
terjatuh pada
penamat saingan di
Kuantan, Jumaat lalu.
Namun pelumba itu
menegaskan
pasukannya memang
berhak memiliki
kejayaan pada
peringkat itu
selepas berusaha
keras sepanjang LTdL
kali ini apabila dia
sendiri dua kali
muncul pelumba di
tangga kedua sebelum
kejayaan di
Kriterium Kuala
Lumpur semalam.
"Saya meminta maaf
kerana menyebabkan
kemalangan itu, ia
bukanlah niat saya,"
kata pelumba berusia
23 tahun dari
Argentina itu.