|
Kriket Piala
Dunia ICC
B-19 Lambang
Kemegahan |
Siti Hawa & Siti
Khadijah
Dikemaskini :
17 Feb 2008 07:00 PM

Kuala Lumpur, 15 Feb
– Kejohanan Kriket
Piala Dunia yang
bakal berlangsung
pada 17 Febuari 2008
sehingga 3 mac 2008
telah membuktikan
bahawa Malaysia juga
mampu mengadakan
kejohanan yang
gilang gemilang
meskipun masih baru
didalam acara sukan
kriket.
Perasmian pembukaan
Kejohanan Kriket
Piala dunia hari ini
telah disempurnakan
oleh Yang Amat Mulia
Tunku Imran Ibni
Tunku Jaafar selaku
presiden Persatuan
Kriket Malaysia
(MCA) yang
berlangsung di
Kriket Akademi
bandar Kinrara.
Sebanyak 16 pasukan
yang datang dari
seluruh dunia
termasuk pasukan
tuan rumah Malaysia
bakal berentap
merebut gelaran
juara pada musim ini.
Kejohanan ini akan
berlangsung di tiga
gelanggang yang
berasingan iaitu di
sekitar Kuala
Lumpur, Pulau Pinang
dan Johor.
Malaysia begitu
berbesar hati
apabila diberi
peluang untuk
menjadi tuan rumah
bagi kejohanan ini
sekaligus mengangkat
taraf sukan kriket
negara dan peluang
bagi para pemain
baru untuk mengenali
Malaysia.
Dalam ucapan
pembukaan majlis
perasmian, presiden
MCA, Tunku Imran
berkata “selaku tuan
rumah, Malaysia
telah menyediakan
kemudahan yang
terbaik di sepanjang
kejohanan ini”.
“Ia bukanlah sekadar
perlawanan
semata-mata tetapi
adalah pendedahan
kepada pemain-pemain
muda dengan
menyesuaikan diri
dengan persekitaran
terutamanya apabila
berhadapan dengan
media. Selain itu,
ia adalah tentang
menjadi ahli sukan
yang serba boleh”
kata Ketua Pegawai
Eksekutif ICC, Mr.
Malcolm Speed.
Turut hadir di
majlis tersebut
adalah wakil dari
Kementerian
Pelancongan
Malaysia, En. Azizan
Nordin.