|
SSBJ Belasah
‘Adik’ Pada
Aksi Pembuka
Tirai |
Nurul Izzati & Siti
Khadijah
Dikemaskini :
17 Feb 2008 07:18 PM
Kuala Lumpur,
15 Feb – Juara
bertahan, Sekolah
Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
membuka tirai Liga
Hoki Remaja-PHM-Milo
dengan nota
kemenangan
menewaskan adik
mereka, SSBJ Junior,
4-0 di Stadium Tun
Razak.
Dua gol menerusi
jaringan Azreen
Rizal Naseer pada
minit ke-12 dan 20
serta satu gol
masing-masing
menerusi Faridzul
Hafiq (m-42) serta
Mohd Izzat Rahim
pada minit ke-59
memastikan
kemenangan mutlak
milik SSBJ.
Walaupun pemain muda,
Mod Fahmi Faiz
dilihat mengalami
kecederaan tangan
pada perlawanan
tersebut, jurulatih
SSBJ, S>Prakash
nyata berpuas hati
melihat aksi
pemainnya.
Beliau yang ditemui
wartawan MediaSukan
selepas perlawanan
menyatakan, “Pemain
beraksi dengan baik,
dan lega kerana
perlawanan pertama
sudahpun dilalui
dengan kemenangan”.
Dalam perlawanan
lain, bekas juara
Tenaga Nasional
Berhad (TNB) turut
mencatatkan
kemenangan pada
perlawanan pembukaan,
menewaskan Old La
Sallians Association
of Klang (OLAK) 2-1
di Stadium Hoki
Pandamaran, Klang.
TNB mendahului 2-0
menerusi jaringan
Faisal Yakob pada
minit ke-24 dan Mohd
Hafizul Akmal pada
minit ke-40,
sementara gol
tunggal OLAK
dijaringkan kapten
pasukan S.Vel
Murugan pada minit
ke-42.
Satu lagi perlawanan
Divisyen Satu antara
SM Tuanku Besar (SMTB)
dan dan SM Datuk
Taha (SMDT) di
Stadium Hoki Tampin
berkesudahan seri
2-2.
Md Khaireen Md Zain
dan Nazri Azman
menjaringkan gol
untuk SMDT,
sementara Norazlan
Ghani dan Marlan
Jalil menjaringkan
gol untuk SMTB.
Aksi Divisyen Dua
menyaksikan MSS
Kelantan menewaskan
MATRI 5-0,
CSKK-Selia
menewaskan PFS-USM
3-2, MSSM KL
menewaskan M.Impian
Jr 5-0, MSN Melaka
berpesta gol
membelasah SS Alam
Shah 13-0, sementara
Sekolah Sukan Bandar
Penawar (SSBP
menewaskan SAB
College 4-0.