|
Sang Ki-Jan-G
Sedia Tempur |
Dikemaskini :
15 Feb 2008 07:24 PM
Walaupun Stadium
Sultan Muhammad Ke
IV, Kota Bharu,
bagaikan gelanggang
keramat buat pasukan
Kelantan sepanjang
Liga Perdana tahun
ini, pertemuan
menentang Kuala Muda
Naza malam ini,
tetap dijangka
berlangsung sengit.
Biarpun semua lawan
Sang Kijang yang
bertandang ke
gelanggang itu
berjaya dijinakkan,
pengendali pasukan,
Norizan Bakar, atau
lebih sinonim dengan
panggilan Cikgu Jan,
mahu anak buahnya
berhati-hati dalam
pertembungan ibarat
buku dengan ruas
malam ini.
Katanya, pemain
Kelantan tidak boleh
mengharapkan tuah
beraksi di
gelanggang sendiri
semata-mata,
sebaliknya perlu
menunjukkan aksi
terbaik
masing-masing kerana
Kuala Muda Naza
ibarat harimau luka
selepas kalah 0-4
kepada Johor PG di
Alor Star, awal
minggu ini.
Sebagai rekod, dalam
pertemuan dengan
Johor PG sebelum ini,
Kelantan berkongsi
mata apabila seri
1-1 ketika beraksi
di gelanggang lawan
itu, dua minggu lalu.
"Buat masa ini, kami
sudah melakukan
persedian rapi bagi
berdepan Kuala Muda
Naza dan saya
berharap pemain
mempamerkan aksi
terbaik mereka dan
tidak memandang
mudah pertemuan kali
ini.
"Permainan harus
diperkemaskan serta
meningkatkan lagi
prestasi bagi setiap
perlawanan, memberi
sepenuh perhatian
sewaktu menentang
pasukan lawan,"
katanya.
Bagi kapten pasukan
itu, Sarudy Aziz,
dia dan
rakan-rakanya
tertekad tidak mahu
berputih mata di
hadapan penonton
sendiri dan akan
memastikan Kelantan
dapat membawa pulang
tiga mata.
"Berdasarkan
prestasi sebelum ini,
kami yakin akan
dapat mengekalkan
rekod tanpa kalah
dan akan turun
berjuang dengan
semangat dan
komitmen yang tinggi.
"Saya yakin
rakan-rakan yang
lain sudah bersedia
untuk menghadapi
lawan dan berharap
peminat Kelantan
akan memberi
sokongan padu buat
kami," katanya.
Pencapaian Kelantan
yang mengekalkan
rekod tanpa kalah
sepanjang sembilan
perlawan Liga
Perdana setakat ini,
membentuk satu
kegilaan di kalangan
peminat yang kembali
membanjiri stadium
setiap kali pasukan
itu beraksi.
Rekod tanpa kalah
Kelantan yang ketika
ini berada pada
tangga kelima dengan
kekurangan dua
perlawanan,
menyaksikan
sekurang-kurangnya
15,000 peminat dan
penyokong Kelantan
memenuhi stadium
setiap kali mereka
beraksi.