|
Presiden
Istaf Mahu
Selesai
Kemelut Cara
Baik |
Dikemaskini :
15 Feb 2008 07:36 PM
Presiden Persekutuan
Sepak Takraw
Antarabangsa (Istaf),
Jen Charouck
Arirachakaran sedia
bersemuka dengan
Presiden Persatuan
Sepak Takraw
Malaysia (PSM),
Datuk Ahmad Ismail
bagi meletakkan
titik noktah kepada
kemelut yang melanda
sukan itu, ketika
ini.
Kesudian Charouck
itu dinyatakan
kepada Setiausaha
Kehormat Majlis
Olimpik Malaysia
(MOM), Datuk Sieh
Kok Chi ketika
mereka mengadakan
pertemuan tidak
rasmi penuh bermakna
ketika sama-sama
menghadiri seminar
antarabangsa di
Lausanne, minggu
lalu.
Kok Chi, berkata
Charouck mahu
menyelesaikan
kemelut itu secara
baik demi menjaga
nama baik Malaysia
dan Thailand - dua
negara yang menjadi
peneraju utama sepak
takraw di peringkat
dunia.
“Saya berkesempatan
berjumpa Charouck
dan berbincang
mengenai isu sepak
takraw dan presiden
Istaf itu bersedia
untuk mengadakan
pertemuan dengan
presiden PSM untuk
mencari jalan
penyelesaian terbaik
kepada isu
berbangkit ketika
ini.
“Dia juga
menjelaskan Istaf
tidak mahu isu itu
berpanjangan serta
masih menganggap
Datuk Ahmad sebagai
sahabat baiknya dan
ia tidak seharusnya
mengeruhkan
persefahaman antara
dua negara yang
menjadi peneraju
utama sepak takraw.
“Charouck memberi
jaminan akan
berusaha sebaik
mungkin untuk
menyelesaikan
perkara ini dan
hanya meminta
sedikit kesabaran
daripada pihak
Malaysia,” kata Kok
Chi yang akan
membawa mesej
Charouck itu dan
hasil pertemuan
dengan presiden
Istaf itu kepada
Ahmad.
Isu sepak takraw
yang bermula dengan
hanya membabitkan
bola baru - Marathon
Gen II - kini sudah
tersimpang jauh
daripada fokus
sebenar terutama
sekali perang mulut
dan tuding menuding
yang berlaku antara
Presiden PSM dan
Setiausaha Agung
Istaf, Halim Kader.
Tidak mahu melihat
kemelut itu
berpanjangan hingga
membantutkan
pembangunan sukan
itu, Kok Chi
mengambil inisiatif
untuk menjadi orang
tengah untuk cuba
menyelesaikan
masalah itu dan
mengambil kesempatan
daripada seminar
antarabangsa di
Lausanne untuk
mengadakan pertemuan
dengan Charouck.
Walaupun tidak
diberikan tugasan
selaku wakil khas
PSM, Kok Chi
menggalas
tanggungjawab tidak
rasmi untuk cuba
menyelesaikan
perbalahan yang
semakin meruncing
antara PSM dan Istaf,
demi kepentingan
kedua-dua pihak,
lebih-lebih bagi
membela nasib atlit.