Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Arkib Berita Februari

 


 

Kriket ICC U-19 : Hujan Bantu Kemaraan England

Pukulan 'batting' hebat daripada kedua-dua pasukan seharusnya menyudahkan satu aksi hebat tetapi hujan menjejaskan permainan yang menyaksikan England muncul pemenang selepas menewaskan Sri Lanka dengan lapan larian dalam saingan Kejohanan Kriket Piala Dunia ICC Bawah 19 Tahun di Kelab Diraja Selangor, semalam.

Pasukan Inggeris itu kini akan melangkah ke perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam saingan Super Eight menentang sama ada Bangladesh atau Australia pada 1 Mac ini. seterusnya

Nicol Ketuai Larian Obor Olimpik

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy dunia, Nicol David dan pemain badminton nombor dua dunia, Lee Chong Wei merupakan antara dua atlet negara yang dipilih sebagai peserta Larian Obor Sukan Olimpik Beijing 2008 Pusingan Malaysia di ibu kota pada 21 April ini.

 

Dalam larian terpanjang dalam sejarah acara ini, mereka akan disertai oleh wanita pertama Asia yang berjaya menakluki Kutub Utara dan Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan bekas personaliti TV, Ras Adiba Radzi. seterusnya

 

Menjelang Sukan Universiti Asean : Pelajaran Atlit Tidak Terabai

KUALA LUMPUR, 27 Feb - Jadual pembelajaran pelajar yang bakal membawa cabaran negara ke Sukan Universiti Asean (SUA) di sini Disember depan tidak akan diabaikan, kata Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Persediaan Atlet SUA, Abdul Malik Abdul Ghani.

Malaysia dipilih untuk kali ketiga oleh Majlis Sukan Universiti Asean (AUSC) untuk menjadi tuan rumah. Kali pertama ialah pada 1981 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi dan kali kedua di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 1994. seterusnya

Irfan Bangga Aksi Pemain

Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim, menyifatkan satu mata yang dikutip pasukan kendaliannya pada perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Utama Kangar, kelmarin tetap tidak mengecewakan.

Malah, Irfan memuji persembahan anak buahnya yang disifatkan sebagai barisan ketiga akibat ramai tonggak utama tidak diturunkan kerana masalah kecederaan, bangkit dari ketinggalan untuk mengikat kedudukan, 2-2.
seterusnya

 

Terbuka Jerman : Hanya Roslin Mara

KUALA LUMPUR – Dua pemain Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Lee Tsuen Seng dan Sairol Amar Ayob menyempitkan peluang untuk bersaing merebut tiket ke Sukan Olimpik Beijing selepas tersingkir seawal pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Jerman, semalam.

Pemain veteran Nusa Mahsuri, Mohd. Roslin Hashim bagaimanapun masih berpeluang untuk memburu tiket ke temasya 8-24 Ogos itu apabila muncul perseorangan tunggal Malaysia layak ke pusingan kedua. seterusnya

Kriket ICC U-19 : Misi Malaysia Berakhir

Johor Bharu, 26 Feb - Malaysia mengakhiri kempen dengan nada duka apabila ditewaskan Zimbabwe pada perlawanan akhir kejohanan Piala Dunia Kriket ICC Bawah 19 di padang Akademi Kriket Johor di sini.

Dalam perlawanan yang hanya diadakan sebanyak 34 larian berbanding 50 seperti yang ditetapkan, ekoran hujan turun, Zimbabwe membuat 186 larian dengan kehilangan enam wiket 34 over untuk menewaskan Malaysia dengan 44 larian.
seterusnya

 

 

Kedah Unggul, Perak Pintas Perlis Di Tempat Ketiga

Dengan hanya baki 10 perlawanan untuk dilalui, Kedah semakin unggul dalam saingan liga super musim ini, setelah mencatatkan kemenangan kesepuluh berturut-turut dengan menundukkan Johor FC 2-0 di Stadium Darul Aman.

 

Marlon Alex James sekali lagi meledakkan dua gol, pada minit ke-2 dan 78 untuk mengesahkan tiga mata penuh milik Sang Kenari, dan meninggalkan Selangor yang tidak beraksi malam tadi dengan kelebihan lima mata. seterusnya

 

Giliran KL Dihimpit Masalah Gaji Tertunggak

Selepas Melaka, nampaknya isu gaji tertunggak pemain dalam saingan Liga Malaysia masih tiada kesudahannya. Kali ini ia membabitkan pasukan dalam saingan Liga Perdana, Kuala Lumpur.

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) melalui penukaran pucuk pimpinan pada musim ini tetapi sehingga kini masih belum mengotakan janjinya kepada pemain-pemain musim 2006/07 untuk melunaskan bayaran penuh gaji tertunggak mereka. seterusnya

Penganugerahan Lesen “A” kepada Jurulatih

Seramai 21 orang jurulatih terpilih untuk menerima penganugerahan lesen A yang disampaikan Persatuan Bolasepak Asia (AFC), di bawah kendalian Robert Rene Alberts dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.

 

Penganugerahan kali ini adalah yang kedua diadakan selepas kali terakhir pada tahun 2004 iaitu dibawah kendalian Karl Heinz Wegang dan dibahagikan kepada dua fasa di mana fasa pertama bermula 18 Februari hingga 1 Mac manakala fasa kedua pada 15 Mei – 1 Jun ini. seterusnya

 

Kelantan Belasah Pendahulu, Johor Makin Hampir

KL Plus gagal mempertahankan kelebihan empat mata di persada liga perdana setelah dibelasah tuan rumah, Kelantan 2-5 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

 

Setelah berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan di Selayang Jumaat lalu, anak buah Mat Zan Mat Aris turun dengan misi untuk memberikan sang Kijang kekalahan pertama di gelanggang sendiri, namun petanda kemusnahan terlihat seawal 30 saat permainan bermula apabila Mohd Nizad Ayub menolak masuk hantaran Mahamadou Mustapha untuk gol pertama perlawanan. seterusnya

 

Isu Dalaman MPGA Memuncak

Kemelut dalaman Persatuan Profesional Golf Malaysia (MPGA) semakin memuncak apabila Naib Presidennya, Abdul Aziz Ismail membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat Pesuruhjaya Sukan yang didakwanya punca kegagalan kes itu diselesaikan sehingga sekarang.

Abdul Aziz dalam aduan kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan di pejabatnya di Putrajaya semalam, menggesa badan itu membuka fail siasatan terhadap Tan Sri Elyas Omar yang didakwa menerima suapan daripada Presiden MPGA, Datuk Ithnin Yacob agar keputusan yang diambil berpihak kepada Ithnin.
seterusnya

 

MyTeam Gagal Saingi Terengganu

Hasrat UPB MyTeam membalas dendam kekalahan 1-3 kepada Terengganu pada perlawanan pusingan pertama di Kuala Terengganu, tidak kesampaian apabila tewas dengan angka jaringan sama kepada pasukan itu di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya malam tadi.

Setelah gagal mencatatkan kemenangan pada tiga perlawanan terakhir, termasuk ketika tewas 0-2 kepada Pulau Pinang pada saingan Piala FA, hasrat MyTeam menjadikan Terengganu mangsa kebangkitan tersrlah sejak awal permainan, apabila berjaya mendahului pada minit ke-9 menerusi Mijo Dadic. seterusnya

Kedah, Selangor Terus Bersaing, Perak Berpesta Gol

Dua pasukan teratas liga super, Kedah dan Selangor terus menhangatkan perebutan mahkota kejuaraan liga musim ini, setelah menewaskan lawan masing-masing 2-1 di tempat lawan, malam tadi.

 

Pada ketika dua gol Marlon Alex James membantu sang Kenari mengenepikan barisan penuh bersemangat Sarawak di Kuching, Selangor memerlukan jaringan Razman Roslan untuk mengesahkan kemenangan ke atas DPMM FC di Bandar Seri Begawan. seterusnya

 

Johor Berputih Mata, ‘Kijang Rebah Di Lebuhraya’

Johor mensia-siakan peluang untuk melonjak ke tangga kedua liga setelah diikat seri 1-1 oleh PKNS Selangor pada aksi di Stadium Maljlis Perbandaran Petaling Jaya, malam tadi.

 

Jelas, ketiadaan penggempur utama sang jengking, Otelo Ocampos Espinola sedikit sebanyak merencatkan jentera serangan pasukan Johor, yang seharusnya membawa pulang tiga mata berharga ke Johor Bharu. seterusnya

 

Skuad Kriket Malaysia Gagal Ulangi Kejutan

Johor Bahru, 21 Feb 2008 – Setelah mengejutkan Zimbabwe pada aksi sebelumnya, skuad Kriket Malaysia gagal meneruskan rentak cemerlang dalam Kejohanan Kriket Piala Dunia setelah dikalahkan oleh pasukan New Zealand dengan kehilangan 8 wiket di Johor hari ini.

Kekalahan pada perlawanan hari ini meletakkan Malaysia di tangga ke 3 dalam kumpulan A meninggalkan Zimbabwe dengan menang 1 perlawanan. seterusnya

Piala FA : Sang Kenari Berpesta Gol

Petaling Jaya, 19 Feb – Kedah memulakan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA dengan bergaya setelah menundukkan PKNS Selangor 5-2 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, pada aksi peringkat pertama pusingan pertama, yang bermula malam tadi.

 

Beraksi di tempat lawan, tidak menjadi masalah kepada Kedah yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu PKNS sejak sepak mula permainan. seterusnya

 

KLIM 2008: Semangat Kesukanan Sejagat

Kuala Lumpur, 20 Feb 2008- Bagi merealisasikan matlamat “Malaysia Cergas” dan “Malaysia Boleh”, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Olahraga Amatur Kuala Lumpur (FTAA) dengan penaja utamanya, AmBank akan mengadakan AmBank Kuala Lumpur International Marathon 2008 (AmBank KLIM’08) ke-17 bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke-34 pada 30 Mac depan.

Am Bank KLIM yang merupakan acara sukan bertaraf antarabangsa, hari ini telah melancarkan majlis promosi dan penyerahan tajaan  bertempat di dataran bandaraya Kuala Lumpur. seterusnya

Piala FA : Ledakkan Safee Julang Merah Kuning, Felda Gah Di Selayang

Safee Sali membuktikan dirinya selaku antara penyerang terbaik negara masa kini, sesudah meledak hatrik untuk membantu Selangor membenam cabaran DPMM FC 5-1 pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi.

 

Safee yang semakin mendapat tumpuan ekoran sentuhan penyudahnya yang cukup tajam, menjaringkan gol pada minit ke-15, 35 dan 63, dan berpeluang menjaringkan sekurang-kurangnya dua lagi gol, namun kedua-dua percubaannya terkena tiang. seterusnya

 

Korea Utara Bantu Malaysia Layak

Kuala Lumpur - Malaysia layak secara automatik ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 Tahun Asia gara-gara pelanggaran peraturan oleh salah satu lawannya, Korea Utara yang menurunkan pemain melebihi usia dalam pusingan kelayakan di Singapura, Oktober tahun lalu.

Sekalipun menduduki tangga tercorot Kumpulan G kelayakan itu, skuad bimbingan Aminuddin Hussin ini telah dibantu oleh keputusan Jawatankuasa Tatatertib Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang mendapati Korea Utara menyalahi Perkara 72 Kod Tatatertib AFC, Jumaat lalu. seterusnya

Anuar Dilamar Pasukan Profesional Amerika

Kuala Lumpur, 18 Feb – Sensasi baru sukan lumba basikal negara, Anuar Manan mengesahkan dia dilamar oleh kelab profesional berbasikal terkemuka Amerika Syarikat dan Asia.

Anuar yang menduduki tempat kedua keseluruhan kategori pecut pada Le Tour de Langkawi 2008 (LTdL 2008) yang berakhir semalam, memberitahu dia ada menerima tawaran untuk menyertai pasukan Amerika Syarikat, Team Type 1 dan Meitan Hompo-GDR dari Jepun. seterusnya

 

Ranking Dunia : Malaysia Antara 36 Pasukan Tercorot

Kuala Lumpur - Ranking terbaru bola sepak dunia yang dikeluarkan oleh FIFA menyaksikan pasukan negara terus merudum satu lagi anak tangga ke kedudukan 165 berbanding kedudukan 164 yang dikeluarkan bulan lepas.

Menerusi senarai yang diperolehi dari laman web FIFA semalam, kedudukan Malaysia sebelum ini diambil alih oleh Pakistan. seterusnya

Fairuz Yakin Kekal Kejuaraan GP2 Asia

Sepang - Pelumba negara, Mohamed Fairuz Fauzy yakin pengalaman menjuarai pusingan kedua Grand Prix 2 (GP2) Asia di Litar Antarabangsa Sentul, Jakarta, kelmarin mampu membantunya mencatat keputusan lebih baik pada pusingan ketiga perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan depan.

Fairuz berkata, ini kerana kedua-dua litar terbabit mempunyai keadaan cuaca sama iaitu panas dan lembap yang ketara, selain berisiko untuk menerima kadar taburan hujan yang tinggi semasa sesi kelayakan dan perlumbaan. seterusnya

Saingan Piala FA Buka Tirai Malam Ini

Setelah aksi Liga Super sudah sampai ke pertengahan musim, aksi Piala FA bakal membuka tirainya malam ini melibatkan 28 pasukan dari Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM.

Setelah peringkat awal saingan edisi lalu menyaksikan format kalah mati, serta kiraan gol di tempat lawan, persaingan setiap peringkat kali ini dikembalikan secara dua pusingan timbal balik. seterusnya

Piala Dunia Kriket B-19 : Malaysia Gagal Gugat Pakistan

MALAYSIA jelas bukan tandingan Pakistan apabila gagal menyaingi ketangkasan lawan itu yang menang dengan 8 wiket pada hari pertama Kejohanan Piala Dunia Kriket ICC Bawah 19 Tahun di Oval Akademi Kriket Johor, semalam.

Tuan rumah memukul dahulu dan hanya mendapat 75 larian dalam 24.4 over dan kehilangan semua wiket dengan pemukul Nik Azril membuat 28 larian. seterusnya

 

Impian Olimpik Elaine, Che Di Penghujung Tanduk ?

Kuala Lumpur, 17 Feb - Impian melihat dua atlit taekwondo, Elaine Teoh dan Che Chew Chan bersaing di Olimpik bakal terkubur ekoran surat terbaru pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak mengiktiraf badan induk sukan itu.

Surat Pesuruhjaya Sukan bertarikh 5 Februari lalu kepada Pengarah Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN) Ab Jalil Abdullah, menegaskan kedudukan Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) ketika ini, masih belum didaftarkan semula dengan pejabat itu. seterusnya

LTdL 08 : Ruslan Ungguli Edisi Ke-13 LTdL

Kuala Lumpur, 17 Feb - Tirai Le Tour de Langkawi (LTdL) ditutup sepenuhnya semalam dengan juara mutlak menjadi milik pelumba Serramenti PVC Diquigiovanni-Androni Giocattoli-Selle Italia, Ruslan Ivanov yang megah menyarung Jersi Kuning selaku pelumba terbaik pada edisi kali ini.

Walaupun tidak memenangi sebarang peringkat daripada keseluruhan sembilan ditawarkan pada edisi ke-13 ini, kejayaan mencipta kelebihan 29 saat ketika pendakian ke Bukit Fraser mengatasi pencabar utamanya, Matthieu Sprick kelmarin banyak membantu kemenangan pelumba berasal dari Moldova itu. seterusnya

 

Safee Imbau Nostalgia Mokhtar Dahari

Safee Sali, nama yang semakin meniti di bibir peminat bolasepak tempatan, terutamanya di kalangan para penyokong pasukan Selangor.

Setelah tidak begitu menyerlah bersama dua pasukan terdahulunya, Sarawak dan Kuala Lumpur, Safee, penyerang skuad bawah 23 tahun negara, kini antara penyerang tempatan digeruni dalam saingan liga Malaysia. seterusnya

 

MOM Tepis Dakwaan MGF

Kuala Lumpur, 17 Feb - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menepis dakwaan bahawa badan induk itu memperlekehkan masalah disiplin dalam isu membabitkan gimnas 'terbuang', Ng Shu Wai.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, sebaliknya mendakwa pencalonan Shu Wai - yang memilih bersara ketika dihadapkan surat tunjuk sebab angkara masalah disiplinnya - dibuat oleh Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF). seterusnya

Nicol Muncul Juara Kejohanan Asia Kali Keenam Berturut-Turut

Ratu skuash negara, Nicol David jelas tidak mempunyai tandingan di Asia apabila mudah menundukkan Rebecca Chiu untuk merangkul gelaran keenam benua buat dirinya di Kuwait semalam.

 

Nicol, pemain nombor satu dunia, yang turun sebagai juara bertahan mengulangi kejayaannya ke atas pemain sama pada di final dua tahun lalu di Taiwan dengan kemenangan 9-5, 9-2, 9-2. seterusnya

 

Kenari Berpesta, Selangor Teruskan Tekanan

Kedah kembali dari tempoh rehat panjang selama hampir dua minggu, dengan mengekalkan penguasaan di tangga teratas liga super setelah membelasah jiran mereka, Pulau Pinang 4-1 di Stadium Darul Aman.

 

Harimau Kumbang, yang menurunkan pemain import terbarunya, Daniel Alex Cabrere, nyata gagal menyaingi sang Kenari, yang hanya memerlukan seminit untuk berada di depan menerusi jaringan Badrul Bakhtiar. seterusnya

 

 

 

Liga Hoki Remaja : MSSM KL – SSBP Jr Hambar, MBPJ Kecewa Minit Akhir

Saingan Liga Hoki Remaja – PHM – Milo antara MSSM Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar Jr yang berlangsung di Stadium Hoki Kuala Lumpur petang tadi, berkesudahan seri tanpa jaringan.

 

MSS KL yang berpesta gol pada perlawanan pertama dengan menewaskan M.Impian Jr 5-0, nyata gagal mengulangi persembahan cemerlang mereka, dengan beberapa percubaan mereka digagalkan sentuhan penyudah yang agak tumpul. seterusnya

 

SSBJ Belasah ‘Adik’ Pada Aksi Pembuka Tirai

Kuala Lumpur, 15 Feb – Juara bertahan, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) membuka tirai Liga Hoki Remaja-PHM-Milo dengan nota kemenangan menewaskan adik mereka, SSBJ Junior, 4-0 di Stadium Tun Razak.

 

Dua gol menerusi jaringan Azreen Rizal Naseer pada minit ke-12 dan 20 serta satu gol masing-masing menerusi Faridzul Hafiq (m-42) serta Mohd Izzat Rahim pada minit ke-59 memastikan kemenangan mutlak milik SSBJ. seterusnya

 

LTdL 08 : Usov Juara, Adegan Dramatik Hiasi Perlumbaan Di Kuantan

Adegan Alberto Loddo memaki hamun tiga pelumba CFS Group-Nagivare menghangatkan saingan Peringkat 7 Le Tour de Langkawi (LTdL'08) ketika Alexandre Usov paling beruntung memenangi perlumbaan dipenuhi kemalangan pada penamat saingan, semalam.

Pada saingan berakhir di Kuantan sejauh 126.60 kilometer dari Kuala Rompin itu, kira-kira lapan pelumba terjatuh hanya lima meter menghampiri garisan terakhir sebelum Loddo yang turut ditimpa malang bingkas bangkit dan memaki hamun tiga pelumba Nagivare itu. seterusnya

Kuala Muda Tumbang, KL Plus Melonjak Ke Persada

Kuala Muda gagal mempertahankan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana, setelah tewas 0-1 kepada Kelantan di gelanggang keramat tuan rumah, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, malam tadi.

 

Anak buah K.Devan, nyata gagal menyerlah di hadapan 20, 000 penyokong tuan rumah, yang hadir untuk menyaksikan perlawanan yang diibaratkan buku bertemu ruas, sebaliknya Sang Kijang beraksi cemerlang untuk mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 10 aksi Liga Perdana musim ini. seterusnya

 

Kriket Piala Dunia ICC B-19 Lambang Kemegahan

Kuala Lumpur, 15 Feb – Kejohanan Kriket Piala Dunia yang bakal berlangsung pada 17 Febuari 2008 sehingga 3 mac 2008 telah membuktikan bahawa Malaysia juga mampu mengadakan kejohanan yang gilang gemilang meskipun masih baru didalam acara sukan kriket. 

Perasmian pembukaan Kejohanan Kriket Piala dunia hari ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Imran Ibni Tunku Jaafar selaku presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA) yang berlangsung di Kriket Akademi bandar Kinrara. seterusnya

Presiden Istaf Mahu Selesai Kemelut Cara Baik

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Jen Charouck Arirachakaran sedia bersemuka dengan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail bagi meletakkan titik noktah kepada kemelut yang melanda sukan itu, ketika ini.

Kesudian Charouck itu dinyatakan kepada Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi ketika mereka mengadakan pertemuan tidak rasmi penuh bermakna ketika sama-sama menghadiri seminar antarabangsa di Lausanne, minggu lalu. seterusnya

Deltras FC Surabaya Pilihan Abd Rahman

Bekas pengendali skuad Singa Utara, Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan sudah memberikan persetujuan secara lisan untuk melatih sebuah kelab profesional di Surabaya, Indonesia, baru-baru ini.

Jurulatih berpengalaman dari Kuala Terengganu itu berkata, persetujuan menerima tawaran itu dibuat kepada pengurusan pasukan itu, Kelab Sepak Bola Deltras (Deltras FC), Surabaya, beberapa hari lalu. seterusnya

Skuad badminton Negara Janji Aksi Mantap di Vietnam

Walaupun aksi di pusingan kelayakan badminton Piala Thomas di Vietnam minggu depan hanya satu formaliti, aksi mantap dan bertenaga daripada pemain negara tetap ditagih bagi mendapat kedudukan antara dua pasukan pilihan di pusingan akhir di Jakarta, Mei nanti.

Di atas kertas, skuad Piala Thomas negara tidak berdepan kesukaran untuk mengisi satu daripada empat tiket dari pusingan kelayakan zon Asia di bandaraya Ho Chi Minh bermula Selasa ini, tetapi mereka mengejar bukan sekadar kelayakan. seterusnya

Masalah Hafiz Mendapat Perhatian BAM

Demi menyelamatkan karier Hafiz Hashim daripada terus terumbang-ambing ketika ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengambil juara Seluruh England 2003 itu untuk berada di bawah sayapnya.

Perkara ini diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif BAM semalam, yang sebulat surat bersetuju menawarkan tempat kepada Hafiz dalam skuad kebangsaan bersama-sama dengan ganjaran serta keistimewaan yang dinikmati pemain di bawah naungannya.
seterusnya

 

Beng Hee, Azlan Mudah Mara Ke Pusingan Ketiga

Juara bertahan dan naib johan, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar mara mudah ke pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Asia untuk mengekalkan diri pada landasan mengulangi final individu tahun lalu yang menemukan kedua-dua pemain Malaysia itu.

Dalam saingan yang dilangsungkan di Kuwait City, pilihan utama yang juga finalis tahun lalu, Mohd Azlan yang menerima bye di pusingan pertama, mudah menundukkan lawannya dari Qatar, Abdulrahman Salem Al Malki 9-0, 9-0, 9-0 dalam permainan yang hanya mengambil masa 11 minit. seterusnya

 

Sang Ki-Jan-G Sedia Tempur

Walaupun Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, bagaikan gelanggang keramat buat pasukan Kelantan sepanjang Liga Perdana tahun ini, pertemuan menentang Kuala Muda Naza malam ini, tetap dijangka berlangsung sengit.

Biarpun semua lawan Sang Kijang yang bertandang ke gelanggang itu berjaya dijinakkan, pengendali pasukan, Norizan Bakar, atau lebih sinonim dengan panggilan Cikgu Jan, mahu anak buahnya berhati-hati dalam pertembungan ibarat buku dengan ruas malam ini. seterusnya

LTdL 08 : Serpa Kembali Unggul Di Kuala Rompin

Ketika kelibat pakar pecut kerap kali menjadi tumpuan, Jose Serpa kembali menampilkan dirinya selaku antara pelumba terhebat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila mengungguli saingan Peringkat 6 dari Bandar Penawar ke Kuala Rompin, semalam.

Serpa, juara Peringkat 8 di Genting Highlands tahun lalu yang menobatkannya selaku pelumba nombor dua keseluruhan edisi ke-12 itu, tenggelam pada lima peringkat awal sebelum menamatkan saingan selaku juara dengan catatan 4 jam 26 minit 43 saat. seterusnya

LIGA  HOKI REMAJA 2008 BUKA TIRAI ESOK

Kuala Lumpur, 14 Feb –  Kejohanan Hoki Remaja Kebangsaan anjuran Persatuan Hoki Malaysia sekali lagi bakal kembali memeriahkan arena sukan hoki tanah air apabila membuka tirainya pada 15 Februari ini.

 

Kejohanan yang dianjurkan buat kali ketiga dengan kerjasama Tenaga Nasional Malaysia (TNB), MILO dan  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ini  bertujuan untuk menghargai bakat-bakat baru dari skuad hoki remaja negara, di mana pemilihan para pemain adalah berdasarkan persembahan permainan yang ditunjukkan ketika bermain di dalam perlawanan persahabatan sebelum ini. seterusnya

 

Pasukan Kriket Harus Buktikan – Tunku Imran

Kuala Lumpur, 13 Feb - Kriket Malaysia mungkin kurang disiarkan di dada-dada akhbar tempatan, dan juga kurang disebut dibibir rakyat Malaysia, namun penganjuran ICC U/ 19 Cricket World Cup Malaysia 2008 yang akan bermula pada 15 Februari hingga 2 March 2008 sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak dalam usaha mempromosikan sukan tersebut dengan lebih giat di negara kita.

“Kriket Malaysia maju setapak lagi setelah dipilih menjadi tuan rumah pada kejohanan kali ini. Walaupun di tangga tercorot yang hanya tertulis di kertas, namun di padang mereka mampu melakukannya dengan baik. Ini terbukti pada pagi tadi ketika menentang Papua New Guinea  dalam perlawanan persahabatan”, demikian kata-kata Tunku Imran pada Majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada pasukan kriket Malaysia bawah 19 tahun di Kinrara Cricket Academy, semalam. seterusnya

Kevin Sahut Cabaran, Lengkapkan Penyertaan Hatrik Ke Olimpik

Cabaran yang dilontarkan Majlis Sukan Negara (MSN) jelas membakar semangat atlit pelayaran negara, Kevin Lim apabila berjaya menempatkan dirinya ke temasya Sukan Olimpik di Beijing kelak, menerusi kategori A dalam acara standard laser senior.

Kevin melengkapkan penyertaan hatriknya ke Olimpik, selepas Sydney dan Athens apabila berjaya merebut antara 10 tempat terakhir kelayakan ke Beijing dalam Kejuaraan Laser Dunia 2008, di Terrigal, Australia. seterusnya

LTdL 08 : Rentak Juara Alberto Loddo

Selepas empat peringkat dilalui penuh debaran, barulah juara lima peringkat musim lalu, Alberto Loddo berjaya memecah kebuntuan untuk memenangi saingan kelima dari Johor Bahru ke Bandar Penawar, Johor pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL), semalam.

Mungkin kecewa apabila pesaing utamanya, Danilo Hondo mencatat kemenangan pertama kelmarin, pelumba Tinkoff Credit Systems itu bangkit garang pada perlumbaan dengan jarak 139.9 kilometer itu bagi mengesahkan kemenangan dengan catatan 3 jam 07 minit, 53 saat. seterusnya

 

Rahman Ikut Jejak Irfan ?

Bekas jurulatih Perlis, Abdul Rahman Ibrahim dikhabarkan sudah memberikan persetujuan secara lisan melatih sebuah kelab profesional di Surabaya, Indonesia.

Seandainya ianya menjadi kenyataan, maka Rahman dilihat bakal mengikut jejak langkah bekas jurulatih Telekom Melaka yang merupakan penggantinya di Perlis pada ketika ini, Irfan Bakti Abu Salim yang melatih kelab Persipura Jayapura di Irian Jaya, Indonesia selepas melepaskan jawatannya di Telekom pertengahan tahun lalu. seterusnya

LTdL 08 : Anuar Gagal Pertahan Jersi Hijau

DUA hari mencipta sejarah memakai Jersi Hijau selaku Raja Pecut pada perlumbaan jelajah terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL), Anuar Manan terpaksa menyerahkan gelaran itu kepada pelumba Bouygues Telecom, Aurlien Clerc, semalam.

Nyata Clerc, pelumba berusia 28 tahun dari Switzerland yang sudah cuba merampas jersi itu sejak Peringkat 3 lagi bukan tandingan Anuar dari segi taktikal kerana dia berupaya memasang strategi serampang dua mata pada edisi ke-13 kali ini. seterusnya

Skuad Hoki Negara Dihimpit Masalah Kecederaan

Masalah kecederaan terus membelenggu skuad hoki senior negara apabila penjaga gol, Khairulnizam Ibrahim, mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan sembilan pemain cedera ketika perlawanan kelayakan di Jepun berbaki kira-kira enam minggu.

Penjaga gol berusia 24 tahun itu dikatakan dilanggar kenderaan lain di Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran hentian rehat Seremban, Khamis lalu. seterusnya

Hondo Pamer Aksi Sebenar

Kemunculan semula Danilo Hondo ke kancah perlumbaan berbasikal profesional antarabangsa tepat pada masanya apabila mengungguli saingan Peringkat 4 dari Port Dickson ke Batu Pahat pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) semalam.

Bekas pakar pecut pasukan Gerolsteiner yang kini menyertai Serramenti PVC Diquigiovanni-Androni Giocattoli-Selle Italia System itu melakukan pecutan bertenaga bagi memenangi perlumbaan sejauh 169 kilometer itu, menepati statusnya selaku antara pelumba yang akan menonjol pada edisi ke-13 LTdL kali ini. seterusnya

Gergasi Berpesta, Tok Gajah Dilibas Sang Bujang Senang

Selangor kembali melonjak ke tangga kedua liga super setelah mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Perak di gelanggang keramat tuan rumah di Stadium Ipoh, Perak.

Setelah tewas aksi pusingan pertama 2-4 di gelanggang sendiri, hasrat gergasi merah kuning untuk membalas dendam kekalahan terserlah, biarpun tanpa kehadiran dua tonggak utama yang digantung, Indra Putra Mahyudin dan Razman Roslan. seterusnya

Penganjuran Formula 1 Pada Waktu Malam – SIC Yakin Boleh

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yakin mampu menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) pada waktu malam pada tahun depan selepas kajian mengenainya terutama membabitkan aspek pemilihan sistem lampu dimuktamadkan.

 

Pengerusinya, Datuk Mokhzani Mahathir, berkata Litar Sepang mempunyai lapan lagi perlumbaan F1 sebelum kontrak berakhir 2015 dan SIC perlu segera merebut segala peluang yang terhidang. seterusnya

 

Tumpuan Hafiz Terjejas

Hafiz Hashim mengakui betapa dirinya tidak lagi berasa tenang untuk menyertai latihan - pengakuan yang dilihat mampu menjejaskan peluang negara menjelang kelayakan saingan Piala Thomas di Vietnam minggu depan.

Namun katanya, dia akan cuba melupakan seketika segala permasalahan yang menghantui diri selain bertekad untuk membantu skuad negara andai terpilih untuk diturunkan dalam saingan itu kelak. seterusnya

 

Sukan Paralimpik Beijing : 12 Atlet Layak Tanpa Wild Card

Petaling Jaya, 12 Feb - Pencapaian cemerlang 12 atlet paralimpik negara yang bakal beraksi di Sukan Paralimpik Beijing, merupakan pencapaian terbaik tanpa memerlukan sistem "Wild Card" sepertimana diamalkan sebelum ini.

 

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Zainal Abu Zarin berkata secara keseluruhannya, pencapaian 12 atlet par