Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Insentif, Biasiswa Menanti Safuan

 


Dikemaskini : 29 Jan 2008 06:02 PM

 

Biasiswa dan insentif kewangan adalah bentuk imbuhan yang difikirkan Persekutuan Lawn Bowl Malaysia bagi menghargai kejayaan Safuan Said meraih pingat emas perseorangan lelaki di final Kejohanan Lawn Bowl Dunia di Christchurch, New Zealand, kelmarin.

 

Presidennya, Tan Sri Ahmad Sarji mengumumkan pemberian habuan itu selaras dengan sistem insentif yang diamalkan persekutuan berkenaan bagi meraikan atlit mereka yang cemerlang.

 

“Ketika Nur Iryani Azmi muncul juara Piala Dunia, kami memberi biasiswa dan dia kini sudah berjaya di (Institut) Lim Kok Wing. Saya ada bincang dengan Safuan, kami akan membantunya meneruskan pelajaran.

“Kami memikirkan untuk memberi insentif kewangan bagi membolehkan dia mengekalkan prestasi, supaya pelajarannya di UiTM tidak terjejas oleh kariernya,” kata Ahmad Sarji yang turut tiba bersama rombongan

skuad negara yang pulang dengan kejayaan gemilang meraih satu emas dan empat gangsa.

 

Safuan, 25, menjadi tumpuan media sejurus kemunculannya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, menyifatkan kejayaan itu sebagai menebus kehampaan terlepas emas Sukan Sea Korat XXIV.

 

“Ia dapat menebus kekecewaan di Sukan Sea. Ia adalah kali keempat Malaysia menyertai kejohanan Lawn Bowl Dunia tetapi kali pertama pulang dengan pingat.

 

“Sungguh pun saya berada pada ranking nombor satu dunia, tetapi saya tidak pernah memenangi kejuaraan. Ia adalah persembahan hebat,” katanya yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan ini.

Safuan membawa pulang gelaran juara dunia selepas menang 21-10 ke atas pencabarnya, Aron Sheriff, 22, dari Australia dalam saingan akhir di padang Burnside Bowling Club - kira-kira tiga kilometer dari Christchurch.

 

 

Cetak laman ini