|
Isu PSM
Bakal Dibawa
Ke CAS |
Dikemaskini :
28 Jan 2008 03:36 PM
Mesyuarat Majlis
Tertinggi Persatuan
Sepak Takraw
Malaysia (PSM)
memutuskan untuk
menamatkan
pembohongan badan
induk sukan itu dan
merujuk segala
pertikaian ke
Mahkamah Timbang
Tara Sukan (CAS)
yang berpejabat di
Lausanne,
Switzerland.
Malah, PSM juga mahu
meminta CAS
mengharamkan bola
Marathon Gen II
berdasarkan segala
bukti saintifik yang
sudah diperoleh
termasuk beberapa
kajian lagi yang
masih dijalankan
oleh Sirim dan dua
atau tiga lagi
universiti.
Usaha membawa kes
itu pada Mei ini
pasti menempuh jalan
berliku kerana perlu
mendapat persetujuan
kedua-dua pihak yang
bertelagah, ketika
PSM lebih rela
menangguhkan
keputusan keluar
daripada gabungan
induknya, menyedari
Malaysia adalah
pengasas Persekutuan
Sepak Takraw Asia (Astaf).
Namun, Presiden PSM,
Datuk Ahmad Ismail,
menegaskan langkah
awal yang dirangka
Majlis Tertinggi
adalah dengan
menerima cadangan
Persekutuan Sepak
Takraw Indonesia,
untuk mengadakan
sidang tertutup
anggota gabungan
Astaf.
"Ini adalah langkah
terakhir kami andai
Astaf terus berdegil
enggan bersemuka dan
mengadakan kongres
atau mesyuarat penuh
bagi menangani
kemelut ini,"
katanya pada sidang
akhbar selepas
mesyuarat itu lewat
malam kelmarin.
Astaf yang dipimpin
Pengerusi
Persekutuan Sepak
Takraw Singapura,
Abd Halim Kader
sejak 2004, didapati
tidak pernah
mengadakan mesyuarat
atau kongres selain
didakwa bersekongkol
bersama setiausaha
agungnya, Boochai
Lorhpipat yang juga
pemilik syarikat
pengeluar bola sepak
takraw jenama
Marathon.
Malah, memetik
laporan media, Halim
turut mempunyai
kaitan dengan
syarikat Ben Helm,
milik anaknya yang
juga kini Naib
Presiden Takraw
Singapura, yang
menjadi pembekal
bola takraw untuk
pasaran Singapura
serta untuk Sukan
Asia di Doha 2006.
Ismail berkata, PSM
banyak menerima
maklum balas
daripada beberapa
negara terutama
menerusi Indonesia
tiga hari lalu yang
menegaskan, terlalu
banyak kepincangan
berlaku dalam Astaf
dan berpendapat
perlu melemahkan
monopoli perniagaan
dalam Astaf.
"Kami berpendapat,
sudah tiba waktunya
untuk memecahkan
monopoli pihak
tertentu dan
kekuatan mereka
menerusi perniagaan
perlu dilemahkan,"
katanya.
Kemelut yang semakin
parah itu bermula
dengan isu penarikan
diri PSM daripada
Sukan Sea di Korat,
Thailand sebagai
menghukum Astaf yang
mahu menggunakan
bola baru bersalut
getah jenis Marathon
Gen II kerana ia
tidak diluluskan
oleh Astaf atau
Persekutuan Sepak
Takraw Antarabangsa
(Istaf).
Tuduh menuduh
berlaku dan apabila
PSM mengumumkan
mempunyai bukti
saintifik hasil
ujian universiti
tempatan menyatakan
bola itu empat kali
ganda lebih berisiko
mendatangkan
kecederaan otak
berbanding bola
lama, Boonchai
bertindak cuba
memecah belahkan PSM
dengan mengumumkan
kesediaan badan
induk itu menerima 'PSM
baru' di Malaysia.
Ahmad berkata, PSM
akan menganjurkan
taklimat perpaduan
warisan sepak takraw
di setiap negeri
disusuli peringkat
kebangsaan sebelum
mereka menyerahkan
memorandum bantahan
kepada Kedutaan
Thailand, bagi
membantah pelakuan
biadap Boonchai itu.