Futsal KL World 5 :
Hamidin Umum Senarai
Pemain
Mirza Azlina,
Nurul Izzati Hazbullah
Dikemaskini :
25 Jan 2008 12:41 AM
Teka-teki mengenai
siapa pemain yang
akan membawa cabaran
negara pada
Kejohanan Futsal
World 5 yang akan
berlangsung dari 29
Januari hingga 3
Februari ini
terjawab, setelah
pengurus pasukan,
Hamidin Mohd Amin
mengumumkan senarai
12 pemain pada
sidang media di
Wisma FAM petang
tadi.
Anak buah
P.Balakrishnan, yang
membawa pulang
pingat perak dari
bumi Korat bulan
lepas, diundi dalam
kumpulan A
bersama-sama
Argentina,
Australia, England
dan Indonesia
sementara kumpulan B
menemukan Brazil,
China, Iran, Belanda
dan Thailand.
Pasukan negara akan
membuka tirai
perlawanan menentang
Indonesia pada pada
29 Januari, diikuti
pertembungan
menentang Argentina
pada hari
keesokannya, dengan
kesemua perlawanan
akan berlangsung di
Stadium Negara Kuala
Lumpur.
Berikut merupakan
senarai lengkap
pemain yang akan
beraksi di KL Futsal
World 5 :
Penjaga Gol
: Zaidi Ramli (ATM),
Devandran
Supramaniam (Selangor)
Bek
: Jamhuri Zainudin,
Mohammad Faizul Abd
Ghafar (KL)
Alas
: Muizzudin Mohd
Haris (Perak),
Mohamad Feroz Ab
Karnim, Muhammad
Fadzil Ab
Karnim (KL), Muhamad
Fadil Yusof (Selangor),
Ahmad Hanif Sarmin (Johor)
Pivot
: Ahmad Rizal Abd
Rahim (Johor), Mohd
Ruzaley Abd Aziz (Johor),
Addie Azwan Zainal
(KL)