|
Malaysia
Kecundang Di
Tangan
Argentina |
Adzlina dan Siti
Khadijah
Dikemaskini :
31 Jan 2008 05:01 PM
Setelah menewaskan
Indonesia pada
perlawanan pembukaan
semalam, pasukan
negara kecundang
pada pertembungan
kedua kumpulan A
menentang Argentina
1-7.
Argentina
tidak menunggu lama
untuk mendahului
apabila Cristian
Borruto memintas
hantaran ke belakang
Fadhil Yusoff
sebelum menewaskan
penjaga gol negara,
Zaidi Ramli pada
minit ke-4.
Bagaimanapun,
kelebihan itu tidak
bertahan lama
apabila kapten
pasukan kebangsaan,
Addie Azwan Zainal
berjaya menyamakan
kedudukan pada minit
ke-12, namun
Argentina garang
dengan menambah
empat gol dalam
tempoh lima minit
selepas gol
penyamaan Addie.
Mauro Taffarel
menjaringkan gol
kedua Argentina pada
minit ke-13,
disusuli gol
Alamirgo Vaporaki
dua minit kemudian,
Taffarel dan Borruto
masing-masing
menjaringkan satu
lagi gol untuk
kedudukan 5-1 di
babak pertama.
Harapan menyaksikan
anak buah
Balakrishnan bangkit
di babak kedua,
nyata meleset
apabila mereka
dikerah bertahan
sepanjang perlawanan,
dengan Argentina
berjaya menambah dua
lagi gol menerusi
Ignacio Caviglia.
Dalam satu lagi
perlawanan,
Indonesia bangkit
dari dua kekalahan
pada hari pertama
untuk mencatatkan
kemenangan 7-2 ke
atas England,
sementara aksi
kumpulan B
menyaksikan China
tewas kedua-dua
perlawanan mereka
kepada Thailand 1-5
dan Belanda 1-3,
sementara Brazil
menundukkan Iran
4-0.