Kelantan Kecewa
Minit Akhir, KL Plus
Catat Kemenangan
Berharga
Siti Hawa, Nurul
Izzati dan Siti Khadijah
Hasrat Kelantan
mengutip tiga mata
penuh pada
perlawanan menentang
Proton FC di Stadium
Majlis Perbandaran
Petaling Jaya tidak
kesampaian setelah
dinafikan jaringan
masa kecederaan
Aguama Stanley
Okochukwu untuk
mengikat kedudukan
2-2.
Kelantan, bimbingan
Norizan Bakar,
menguasai sepenuhnya
perlawanan namun
beberapa peluang
keemasan antaranya
pada minit ke-8, 22,
24, 34 dan pada
minit terakhir
kesemuanya gagal
menembusi gawang
Proton yang dikawal
bekas penjaga gol
kebangsaan, Jamsari
sabian.
Bagaimanapun, sang
kijang, dengan
kehadiran Naib
Presiden FAM,
Affandi Hamzah –
bekas pengurus
pasukan Kelantan –
terlebih dahulu
membuka tirai
jaringan pada minit
ke-49 menerusi
Mahamadou Mustapha
setelah perlawanan
babak pertama
berkesudahan tanpa
jaringan.
Proton, yang turut
bersemangat dengan
kehadiran Pengarah
Urusan Proton, Datuk
Syed Zainal tidak
menunggu lama untuk
menyamakan kedudukan
menerusi Stanley
Okochukwu lima minit
kemudian.
Kelantan seharusnya
membawa pulang tiga
mata ke Kota Bharu
setelah Mahamadou
sekali lagi
meletakkan mereka di
depan pada minit
ke-80, serta dengan
kelebihan seorang
pemain setelah
pemain Proton
diperintah keluar
padang, namun
Stanley muncul wira
pasukannya dengan
gol penyamaan minit
akhir.
Di Stadium Nasional
Bukit Jalil,
dua jaringan pemain
import KL Plus, Alex
Agbo selain satu gol
menerusi Tercio
Nunez Machado sudah
cukup mematikan
kegarangan skuad
Harimau Muda dengan
kemenangan selesa
3-1.
Agbo membuka tirai
jaringan pada minit
ke-23 dan menambah
jaringan peribadi
keduanya pada minit
ke-63 menerusi
tandukan deras
sebelum langkah
anak-anak buah K
Rajagobal longlai
apabila rembatan
kaki kiri Nunez
menggegar jaring
lagi untuk gol
ketika pada minit
ke-65.
Jaringan Tamil Arasu
pada minit ke-81
buat Harimau Muda
tampak sudah
terlambat buat skuad
muda negara itu
untuk bangkit
mencari
sekurang-kurangnya
satu mata.
Di Kompleks Sukan
Tawau, PKNS
Selangor berjaya
mencuri tiga mata
penuh setelah
menewaskan tuan
rumah 1-0 hasil
jaringan Fadzil
Hashim pada minit
ke-14.
Perlawanan lain
menyaksikan Shahzan
Muda masih kempunan
mendapatkan
kemenangan pertama
apabila sekadar seri
tanpa jaringan
ketika bertemu Felda
United di Stadium
Darulmakmur,
manakala Kuala Muda
Naza terus mengekori
rapat Johor di
tangga teratas
setelah mencatat
kemenangan 1-0 ke
atas Tentera di
Stadium Selayang.