Malaysia Kecundang
Lagi
Siti
Hawa
Dikemaskini :
19 Jan 2008 08:03 AM
Barisan remaja
negara tewas buat
kali kedua
berturut-turut, kali
ini 1-4 di tangan
Pakistan dalam aksi
Kejohanan Hoki
Jemputan Lapan
Pasukan yang
berlangsung di
Stadium Hoki
Nasional Bukit Jalil
semalam.
Anak buah
V.Muralidharan, yang
turun padang dalam
misi mencatat
kemenangan sulung
setelah diaibkan
Australia 2-5 pada
aksi pertama
kelmarin,
gagal mempamer
persembahan
meyakinkan menentang
Pakistan, yang turut
membawa misi melakar
kemenangan setelah
dibelasah Jerman 5-1
pada perlawanan
pertama.
Pakistan hanya
memerlukan tujuh
minit untuk
mendahului, menerusi
jaringan padang
Haseem Khan, namun
pasukan negara
berjaya menyamakan
kedudukan 10 minit
kemudian menerusi
Abdul Ghafar Mohd
Nor Hafiq yang
menyempurnakan
pukulan sudut
penalti.
Walaupun babak
pertama berakhir
dengan keputusan
kekal 1-1 dengan
kedua-dua pasukan
mempamer aksi
seimbang, Pakistan
bangkit garang pada
separuh masa kedua
sekali lagi menerusi
Haseem Khan yang
bijak memperdaya
penjaga gol negara
untuk gol kedua pada
minit ke-56.
Butt Imran menambah
derita skuad negara
setelah menjaringkan
gol menerusi pukulan
sudut penalti pada
minit ke-61, sebelum
Ali Kashif
melengkapkan
kemenangan Pakistan
menerusi pukulan
penalti stroke dua
minit kemudian.