|
Futsal KL
World 5 :
Malaysia
Bermula
Dengan Baik |
Nurul Izzati
Hazbullah dan Siti Hawa
Dikemaskini :
30 Jan 2008 02:29 PM
Kuala Lumpur, 29 Jan
– Malaysia
mengulangi kejayaan
menewaskan Indonesia
di Sukan Sea Korat
apabila mengalahkan
lawan itu 3-2 pada
perlawanan pembukaan
Kejohanan Futsal KL
World 5’ di Stadium
Negara malam tadi,
sekaligus
‘menghadiahkan’
Indonesia kekalahan
kedua selepas tewas
1-5 kepada Australia
pada aksi sebelah
pagi.
Skuad negara yang
nyata kelihatan agak
gugup pada babak
pertama, membenarkan
Indonesia mencuri
pendahuluan menerusi
jaringan Deny
Hartono pada minit
kelima.
Ketinggalan 0-1
tidak mematahkan
semangat juang anak
buah P.Balakrisnan,
dengan Malaysia
menggandakan asakan
ke kubu Indonesia
untuk menyamakan
kedudukan, yang
turut menyaksikan
penjaga gol
Indonesia, Yos Adi
Wicaksono
dilayangkan kad
merah akibat menahan
bola dengan tangan
di tengah gelanggang.
Perlawanan separuh
masa kedua
berlangsung sengit
dengan kedua-dua
pasukan saling
berbalas serangan
dan gol penyamaan
Malaysia hadir pada
minit ke-22 setelah
pemain Indonesia
Beny Hera tertampan
percubaan kapten
pasukan Addie Azwan
Zainal ke gawang
sendiri.
Seminit kemudian,
Addie Azwan Zainal,
yang juga salah
seorang tonggak
negara yang beraksi
pada edisi sulung
kejohanan ini lima
tahunlepas,
menjaringkan gol
kedua buat Malaysia
untuk mendahului
2-1.
Kelekaan pemain
Malaysia membawa
padah apabila Andri
Irwan berjaya
menyamakan kedudukan
2-2 buat anak buah
Justinus Lakhsana
kembali menarik
nafas lega, namun
pasukan negara yang
diiringi sorakan
padu penyokong
sendiri mengesahkan
kemenangan pada
perlawanan pembukaan
dengan Addie sekali
lagi muncul wira
negara setelah
menjaringkan gol
pada minit ke-29.
Pada saingan esok,
Malaysia akan
bertemu Argentina,
yang garang
membelasah England
12-1 pada perlawanan
pembukaan, manakala
aksi kumpulan B
menyaksikan Brazil
menewaskan China
4-0, dan Belanda
seri 3-3 menentang
Thailand.