|
Sekitar LTdL
2008 :
Navigare
Jadi Tumpuan |
Dikemaskini :
28 Jan 2008 04:12 PM

Salah
seorang pelumba dari pasukan Panaria semasa kejohanan LTDL lalu
Pasukan berjersi
oren yang kini
dikenali sebagai CSF
Group-Navigare
daripada nama
sebelumnya
Ceramica-Panaria
dijangka mendominasi
perlumbaan basikal
Le Tour de Langkawi
(LTdL) 2008
berikutan kemasukan
dua pelumba utama
skuad itu.
Seperti biasa,
kehadiran pasukan
itu yang diterajui
Roberto Riberveri
sentiasa mempunyai
kesan positif ke
atas perlumbaan
tahunan itu sama ada
dalam kategori pecut
ataupun pendakian.
Dan kali ini, ia
tidak banyak berbeza
berbanding
perlumbaan lalu,
sekalipun dengan
kemasukan pakar
pecut, Ruben
Guillermo Bongiorno
dari Argentina serta
pakar mendaki Julio
Alberto Perez dari
Mexico dalam
mengejar jersi
kuning kejuaraan
keseluruhan.
Memang diakui
pelumba berbakat,
Bongiorno sebelum
ini memenangi lima
peringkat LTdL
termasuk kemenangan
berturut-turut
kriterium di Kuala
Lumpur pada 2003 dan
2004.
Perez, yang mencipta
nama pada perlumbaan
Giro d'Italia tahun
lalu dengan kekuatan
pendakiannya untuk
menjulang pasukannya,
Ceramica ke tempat
kelima dalam jelajah,
adalah pemenang
pendakian Genting
Highlands pada LTdL
2000.
Empat lagi muka baru
CSF akan menambah
tarikan kepada edisi
ke-13 LTdL dari 9-17
Februari ini, dan
mereka termasuk
Mauro Abel Richeze,
adik kepada raja
pecut Maximiliano
Richeze serta Matteo
Priamo, Filippo
Savini dan Francesco
Tomei.
Navigare adalah
pasukan tradisi LTdL
dengan kali pertama
beraksi pada 1998
apabila pasukan itu
dikenali sebagai
Scrigno-Gaerne.
Dan selepas beberapa
tahun berlalu,
mereka mengubah
namanya beberapa
kali disebabkan
pertukaran penajaan,
dari nama Scrigno
kepada
Navigare-Gaerne,
Ceramiche
Panaria-Margres,
Ceramica-Fiordo dan
terbaru
Cemarica-Panaria.
Tetapi satu faktor
konsisten yang kekal
ialah pasukan Itali
itu sentiasa
memberikan yang
terbaik kepada
peminat lumba
basikal di Malaysia
dan tidak pernah
gagal untuk
menampilkan aksi
cemerlang.
Kayuhan bertenaga
melalui pelumba
seperti Allesandro
Pettachi, Luca Cei
dan Dario Pieri pada
edisi awal LTdL
diteruskan dengan
semangat sama pada
edisi berikut oleh
pelumba seperti
Enrico Degano,
Nathan O'Neill,
Graeme Brown, Brett
Lancaster, Bongiorno
dan tahun lalu,
Richeze.