Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Ngauman Harimau Tidak Menjadi

 

Siti Hawa Majid


Dikemaskini : 01 Feb 2008 12:01 PM

Kuala Lumpur- Setelah mengalami kekalahan 1-7 kepada Argentina semalam, pasukan negara menerima satu lagi tamparan setelah dikejutkan dengan kekalahan 0-7 kepada Australia, pasukan yang menduduki ranking ke-32 dunia, pagi tadi.

Aksi di Stadium Negara jelas tidak memihak kepada pasukan tuan rumah, dengan Australia menguasai sebahagian besar perlawanan dan menjaringkan gol pendahuluan seawal minit pertama menerusi Adrian Vizzari, disusuli gol De Moraes dua minit kemudian, sebelum Robert Simon dan De Moraes meledakkan satu gol masing-masing untuk mendahului 4-0 di babak pertama.

Walaupun cuba bangkit mengasak, barisan serangan negara diketuai kapten pasukan, Addie Azwan Zainal gagal menewaskan penjaga gol Australia, Peter Spathis, sebaliknya Australia menambah tiga lagi gol menerusi Greg Giovenali, Simon dan Vizzari.

Ketua jurulatih kebangsaan, P.Balakrisnan menyifatkan kekalahan ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan mengharapkan agar pasukan negara belajar sesuatu daripada kekalahan ini.

 

Cetak laman ini