Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Panahan Emas Salam

 


Dikemaskini : 25 Jan 2008 07:25 PM

 

Pemanah paralimpik negara, Muhamad Salam Sidik mempamerkan aksi mengagumkan untuk meraih pingat emas dalam acara recurve lelaki berkerusi roda di Sukan Para Asean ke-4 di Korat, semalam.

Pada pertandingan akhir recurve lelaki berkerusi roda, Muhamad Salam menumpaskan rakan sepasukan, Zulkifli Mat Zin dengan perkiraan 103-99 mata.

 

Pencapaian terbaik Muhamad Salam dalam Sukan Paralimpik sebelum ini ialah berjaya mara ke pusingan suku akhir dan hanya meraih tempat kelima di Sukan Paralimpik Athens dalam tahun 2004.

 

Sementara itu Mohd Suhaimi Mat Desa dan Nor Sa’adah Abdul Wahab meraih pingat gangsa, masing-masing dalam acara recurve berdiri (standing) lelaki dan recurve terbuka wanita.

 

Gelanggang angkat berat di Dewan Kebkanjana Institut Teknologi Chanapolkhan, semalam turut menyaksikan atlit negara menyumbang dua emas menerusi P Mariappan dalam kategori 67.5 kilogram dan Mohd Yuspi Mat Dali, acara 75kg lelaki.

 

 

Cetak laman ini