|
Kejohanan
Dunia Boling
Padang :
Safuan
Berpeluang
Raih Emas |
Dikemaskini :
26 Jan 2008 06:17 PM
Impian
skuad negara memburu
sebutir pingat emas
di Kejohanan Lawn
Bowl Dunia 2008
terus menyala
setelah Safuan Said
berjaya melayakkan
diri ke saingan
akhir di
Christchurch, New
Zealand, semalam.
Pemain nombor satu
dunia itu memenangi
halangan separuh
akhir perseorangan
lelaki dengan
menewaskan pemenang
pingat gangsa Sukan
Komanwel 2006, Ryan
Bester dari Kanada
21-20 di gelanggang
Burnside Bowling
Club.
Terdahulu di suku
akhir, Safuan
menghampakan pemain
Ireland, Martin
McHugh 21-11 untuk
memastikan
sekurang-kurangnya
pingat gangsa
menjadi miliknya.
Dalam penentuan
mahkota kejuaraan
esok, Safuan bakal
berdepan dengan
pemain Australia,
Aron Sheriff yang
layak ke perlawanan
akhir selepas
menewaskan pemain
tuan rumah, Ali
Forsyth , 21-20.
Sementara itu,
hasrat skuad negara
untuk menambah
koleksi pingat -
sekurang-kurangnya
tiga gangsa -
berkecai apabila
kesemua wakil
tersingkir dalam
saingan suku akhir,
semalam.
Gandingan empat
pemain negara - Azim
Azami Mohd Ariffin,
Muhd Azwan Shuhaimi,
Mohd Amir Mohd Yusof
dan Fairul Izwan
Abdul Muin - gagal
menyerlah apabila
tewas 8-28 kepada
skuad England, Mark
Bantock, Graham
Shadwell, Stephen
Farish dan Robert
Newman.
Bagi kategori wanita,
pasangan pemenang
dua pingat emas
Sukan Komanwel, Siti
Zalina Ahmad dan Nor
Hashimah Ismail
terpaksa akur dengan
keputusan yang
memihak kepada
pasangan England,
Wendy King dan Ellen
Falkner apabila
beregu negara itu
kecundang 10-15
dalam acara dua
pemain.
Nasib juga tidak
menyebelahi trio
wanita negara, Nor
Shafeeqah Yahya, Nur
Fidrah Nor dan
Azlina Arshad
apabila terpaksa
berputih mata dengan
kekalahan tipis
17-18 kepada trio
Afrika Selatan,
Sylvia Burns,
Loraine Victor dan
Lorna Trigwell.
Setakat ini, skuad
negara sudah berjaya
mengutip empat
gangsa selepas layak
ke separuh akhir,
masing-masing
menerusi
perseorangan wanita,
Siti Zalina Ahmad,
regu lelaki, Fairul
Izwan dan Safuan,
trio lelaki dibarisi
Azim Azami, Muhd
Azwan dan Mohd Amir
serta gandingan
empat pemain wanita,
Nor Shafeeqah, Nur
Fidrah, Azlina dan
Nor Hashimah.