|
Qi Meritus
Putih Mata,
Fairuz Raih
Tempat Kedua
|
Dikemaskini :
28 Jan 2008 04:02 PM

Pelumba Pasukan
Super Nova, Fairuz
Fauzi ( kiri ) di
podium bersama juara
Sirkit Dubai,
Romain Grosjean dan
pemenang tempat
ketiga Karun
Chandhok.
Pelumba negara,
Fairuz Fauzi yang
mewakili Super Nova
berjaya menaiki
podium selepas
menduduki tempat
kedua dengan catatan
43 minit 36.769 saat
pada hari kedua
pusingan pertama GP2
Asia di Dubai
Autodrome, semalam.
Perlumbaan itu
dimenangi pelumba
Perancis, Romain
Grosjean yang
mencatat 43:32.991s
manakala Karun
Chandhok dari India
ketiga dengan
43:38.965s.
Bagi Fairuz,
peraturan GP2 yang
menetapkan lapan
pelumba terbaik
disusun daripada
belakang pada
perlumbaan kedua,
membantu kejayaannya
meraih tempat kedua.
"Ia memberi peluang
sama rata kepada
semua pelumba, dan
kini saya berharap
kejayaan ini dapat
memberi semangat
kepada pasukan saya
untuk melakukan
persiapan terbaik
pada pusingan kedua
GP2 Asia di Sentul,
Indonesia bulan
depan," kata Fairuz.
Bagaimanapun, hasrat
Qi Meritus melihat
salah seorang
pelumbanya menaiki
podium tidak
kesampaian, selepas
Hiroki Yoshimoto
hanya menduduki
tempat keempat
manakala Luca
Filippi pula tidak
dapat menamatkan
perlumbaan. Hiroki
hanya mampu mencatat
43:46.769s.
Hiroki dan Filippi
yang bermula di
petak ketiga dan
keempat memulakan
perlumbaan hari
kedua dengan baik,
apabila terus
menghambat Fairuz di
petak utama.
Namun Hiroki
terpaksa mendukung
tugas pelumba
tunggal Meritus,
selepas kereta
Filippi mengalami
kerosakan mekanikal
pada pusingan
keempat.
Biarpun berjaya
memecut ke posisi
kedua pada pusingan
kelima, namun tanpa
sokongan Filippi
menyukarkannya
mempertahankan
kedudukan itu.
Hiroki kehilangan
tempat kedua pada
pusingan ke-12,
selepas kereta
pelumba dari
Romania, Michael
Herck mengalami
kerosakan dan
memaksa kereta
keselamatan masuk.
Sebaik saja kereta
keselamatan
meninggalkan trek,
Fairuz dan Karun
memintas Hiroki.