| |
| |
Skuasy Tampil Aksi
B-12
Dikemaskini :
25 Jan 2008 07:23 PM
Buat julung kali,
sirkit skuasy remaja
kebangsaan CIMB yang
memasuki edisi
ketiga tahun ini
menampilkan kategori
Bawah 12 Tahun
dengan Pusat Skuasy
Jalan Duta menjadi
gelanggang pusingan
pembukaan bermula
semalam sehingga
Ahad ini.
Pengerusi penganjur,
Datuk Syed Mustaffa
Syed Ali yang
ditemui ketika
melancarkan sirkit
berkenaan di Dewan
Komanwel, Bukit
Jalil, semalam,
menyatakan selain
kategori B-12,
sirkit ini juga
menyenaraikan
kategori umur B-9
dan B-11 lelaki dan
perempuan dengan
matlamat melahirkan
lebih ramai Nicol
David, Ong Beng Hee
dan Mohd Azlan
Iskandar.
Pada pelancaran
berkenaan, Ketua
Komunikasi Korporat
Kumpulan CIMB,
Effendi Shahul Hamid
mengumumkan
penubuhan tabung
RM20,000 setahun di
bawah inisiatif
Yayasan CIMB yang
diasaskan November
lalu, bagi membantu
pemain kurang
berkemampuan.
Sebagai Rakan Sukan
Persatuan Skuasy
Raket Malaysia
(SRAM), CIMB
bersetuju
melanjutkan penajaan
RM2 juta setahun
sehingga 2009 dengan
RM1.5 juta adalah
bagi penganjuran
Terbuka Kuala Lumpur
dan Malaysia,
membiayai kos
pentadbiran dan
selebihnya RM50,000
adalah bagi program
pembangunan.
|
|
|
|
|
|