|
13 Pasukan
Tidak Masuk
Akal –
Benezet |
Aiman Aminul
Dikemaskini :
31 Jan 2008 04:57 PM
Pengarah Teknikal
Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa (Fifa),
Jean- Michel Benezet
membuat teguran
terbuka terhadap
bilangan 13 pasukan
dalam kelompok elit
Liga Super, yang
padanya harus dikaji
semula musim depan.
Benezet menyatakan
bilangan nombor
genap dalam liga
elit adalah lebih
sesuai bagi
mewujudkan
pertandingan
kompetitif dalam
saingan domestik dan
tidak masuk akal
liga elit Malaysia
menpunyai 13 pasukan.
"Saya tidak faham
mengapa Liga Super
anda mempunyai hanya
13 pasukan, struktur
liga anda adalah
baik tetapi bilangan
13 pasukan tidak
masuk akal bagi saya.
Jika ada 13 pasukan,
bererti satu pasukan
akan rehat setiap
minggu dan untuk
mewujudkan saingan
lebih kompetitf,
mungkin 12 atau 14
pasukan adalah lebih
sesuai kerana setiap
pasukan akan beraksi
setiap minggu,"
katanya sewaktu
mengadakan seminar
sehari bersama
jurulatih tempatan
di Wisma FAM semalam,
Pada masa sama,
Benezet juga
merasakan pemain di
Malaysia sebenarnya
mempunyai kemampuan
teknikal yang sama
seperti pemain di
Perancis dan Belanda,
namun mereka tidak
tahu memaksimumkan
keupayaan mereka
selain menegaskan
pendidikan dalam
bola sepak penting
bagi menghasilkan
pemain dan juga
jurulatih berkualiti
dalam usaha
mewujudkan skuad
kebangsaan yang
mantap.
Menyedari hakikat
itu, Setiausaha
Agung Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM),
Datuk Azzuddin Ahmad
berkata badan induk
itu akan meminta
bantuan Fifa untuk
menghantar satu
pasukan teknikal
bagi menilai semula
struktur keseluruhan
Liga M dan juga
program pembangunan
belia.
Sementara itu,
Benezet juga
menyuarakan rasa
puas hati Fifa
terhadap pelantikan
Azzuddin sebagai
Setiausaha Agung
kerana badan dunia
itu sentiasa
mengalu-alukan
seorang bekas pemain
sebagai pentadbir
bola sepak.