Dikemaskini :
28 Jan 2008 03:30 PM
Ketika persengketaan
Persatuan Sepak
Takraw Malaysia (PSM)
dengan badan induk
antarabangsa sukan
itu berlarutan,
programnya bersama
Majlis Sukan Negara
(MSN) tampak akan
tertangguh sehingga
semua isu dapat
diselesaikan.
Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara
(MSN), Datuk
Zolkples Embong,
berkata beliau tidak
mahu campur tangan
dalam masalah
dalaman PSM dan
menyerahkan kepada
kebijaksanaan
barisan
kepimpinannya untuk
menyelesaikan
kemelut itu.
“Saya tidak mahu
mengulas mengenai
masalah yang berlaku
dalam sepak takraw
ketika ini,” kata
Zolkples. “Biarlah
PSM menyelesaikan
kemelutnya sendiri
dan selepas itu
barulah kami akan
duduk berbincang (mengenai
program latihan).”
Kenyataan Zolkples
secara tidak
langsung memberi
rumusan bahawa semua
program kerjasama
antara PSM dan MSN
ditangguhkan untuk
seketika sehingga
semua kemelut yang
membelenggu sepak
takraw - bermula
daripada isu
penggunaan bola baru
bersalut getah -
dapat diselesaikan.
Tetapi dengan PSM
bakal memanjangkan
perkara itu ke
Mahkamah Timbang
Tara Sukan
Antarabangsa, isu
berkenaan tampak
tidak akan berakhir
dalam tempoh singkat
tetapi mungkin
berpanjangan, sekali
gus mungkin membawa
kesan kepada program
PSM-MSN.
Sebelum ini,
dilaporkan MSN bakal
menamatkan bantuan
kewangan dan latihan
kepada PSM jika
badan induk itu
tetap dengan
pendiriannya tidak
akan menyertai
kejohanan
antarabangsa jika
bola kontroversi
bersalut getah terus
digunakan.
Zolkples juga
meminta supaya PSM
menjelaskan
pendirian mereka dan
hala tuju persatuan
ketika ini, yang
tampak agak kabur
selepas terbabit
dengan perbalahan
dengan badan induk
Asia dan dunia -
Persekutuan Sepak
Takraw Antarabangsa
(Istaf) dan
Persekutuan Sepak
Takraw Asia (Astaf)
- mengenai bola baru
bersalut getah -
Marathon Gen II.
Ketua Pengarah MSN
sudah menghantar
surat kepada PSM
meminta penjelasan
badan induk itu
mengenai pendirian
berkaitan kemelut
berkenan dan
menganggap adalah
tidak praktikal
meneruskan bantuan
kewangan ataupun
latihan kerana
pemain tidak akan
mengambil bahagian
dalam pertandingan
antarabangsa.