Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Arkib Berita Januari

 

116 Artikel


 

Ngauman Harimau Tidak Menjadi

Kuala Lumpur- Setelah mengalami kekalahan 1-7 kepada Argentina semalam, pasukan negara menerima satu lagi tamparan setelah dikejutkan dengan kekalahan 0-7 kepada Australia, pasukan yang menduduki ranking ke-32 dunia, pagi tadi.

Aksi di Stadium Negara jelas tidak memihak kepada pasukan tuan rumah, dengan Australia menguasai sebahagian besar perlawanan dan menjaringkan gol pendahuluan seawal minit pertama menerusi Adrian Vizzari, disusuli gol De Moraes dua minit kemudian, sebelum Robert Simon dan De Moraes meledakkan satu gol masing-masing untuk mendahului 4-0 di babak pertama. seterusnya

Malaysia Kecundang Di Tangan Argentina

Setelah menewaskan Indonesia pada perlawanan pembukaan semalam, pasukan negara kecundang pada pertembungan kedua kumpulan A menentang Argentina 1-7.

Argentina tidak menunggu lama untuk mendahului apabila Cristian Borruto memintas hantaran ke belakang Fadhil Yusoff sebelum menewaskan penjaga gol negara, Zaidi Ramli pada minit ke-4. seterusnya

13 Pasukan Tidak Masuk Akal – Benezet

Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jean- Michel Benezet membuat teguran terbuka terhadap bilangan 13 pasukan dalam kelompok elit Liga Super, yang padanya harus dikaji semula musim depan.

 

Benezet menyatakan bilangan nombor genap dalam liga elit adalah lebih sesuai bagi mewujudkan pertandingan kompetitif dalam saingan domestik dan tidak masuk akal liga elit Malaysia menpunyai 13 pasukan. seterusnya
 

Muralee Optimis Kemampuan Anak Buah

Tiada jalan pintas buat skuad hoki remaja negara yang dijadual menjalani latihan padat bermula daripada asas permainan, sekalipun kejohanan hoki Piala Dunia Remaja berbaki setahun setengah lagi.

Sudah pasti tempoh itu bukan saja menjadi ujian getir buat anak buah V Muraleedharan, tetapi juga jurulatih baru pasukan hoki Bawah 21 Tahun negara itu yang mengambil alih kendalian skuad berkenaan sejak 24 Disember lalu. seterusnya

Kemenangan Qi Meritus, Jazeman Diiktiraf

Penantian tiga bulan Jazeman Jaafar akhirnya membuahkan hasil setelah diumumkan sebagai juara Formula BMW Asia manakala pasukannya, Qi Meritus juara keseluruhan kategori pasukan, selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menerima rayuan mereka.

Kejuaraan Formula BMW Asia dirampas daripada Meritus selepas kereta yang dipandu juara perlumbaan di Zhuhai, Jazeman dikatakan menggunakan spring di kotak gear yang tidak mengikut piawaian diwajibkan - ditakrif lebih pendek daripada spring baru yang belum digunakan. seterusnya

 

Isu Bola Marathon : PSM, Ahmad Digantung

Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), semalam mengumumkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan presidennya, Datuk Ahmad Ismail digantung sepenuhnya sebagai anggota badan induk itu berkuat-kuasa, hari ini.

Setiausaha Agung Istaf, Abdul Halim Kader, berkata seluruh anggota exco Istaf sebulat suara meluluskan usul menggantung PSM kerana didakwa ‘menderhaka’ kepada badan induk itu apabila cuba menubuhkan persatuan alternatif dunia. seterusnya

 

Sang Kenari Terus Bermegah, Dua Gol Zaquan Julang Rusa

Kedah mempertahankan kelebihan lima mata di tangga teratas liga super setelah mengesahkan kemenangan 3-2 ke atas Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan malam tadi.

 

Namun, kemenangan yang diperoleh tidak hadir dengan mudah, tatkala sang harimau kumbang mencemaskan anak buah Azraai Khor dengan dua kali menjaringkan gol penyamaan. seterusnya

 

Misi Getir Rayzam Di Doha

Masanya sudah tiba buat pelari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian membuktikan dia adalah antara permata baru olahraga tanah air ketika dia bersiap untuk menghadapi Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Asia di Doha, dua minggu lagi.

Selepas cemerlang memungut pingat emas ketika ketiadaan seorang lagi pakar acara 110 meter berpagar, Mohd Robani Hassan di Sukan Sea Korat, hujung tahun lalu, pelari yang baru memasuki usia 20 tahun pada 11 Januari lalu itu kini memiliki tanggungjawab berat yang perlu ditunaikan. seterusnya

 

Sieh Kok Chi : Sebarang Masalah Tanggungjawab Sendiri

Persatuan Sukan Kebangsaan perlu lebih bertanggung jawab ke atas atlit masing-masing dan tidak lepas tangan sehingga memaksa Majlis Sukan Negara (MSN) menjadi badan penyelesai segala masalah yang membelenggu mereka.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berpendapat peranan yang dimainkan persatuan sukan kebangsaan tampak semakin berkurangan, hingga masalah yang menghantui atlit mereka sendiri gagal diselesaikan. seterusnya

Futsal KL World 5 : Malaysia Bermula Dengan Baik

Kuala Lumpur, 29 Jan – Malaysia mengulangi kejayaan menewaskan Indonesia di Sukan Sea Korat apabila mengalahkan lawan itu 3-2 pada perlawanan pembukaan Kejohanan Futsal KL World 5’ di Stadium Negara malam tadi, sekaligus ‘menghadiahkan’ Indonesia kekalahan kedua selepas tewas 1-5 kepada Australia pada aksi sebelah pagi.

 

Skuad negara yang nyata kelihatan agak gugup pada babak pertama, membenarkan Indonesia mencuri pendahuluan menerusi jaringan Deny Hartono pada minit kelima. seterusnya

 

Safee Wira Selangor

Dua gol Safee Sali dalam tempoh tiga minit pada babak kedua membantu Selangor mengatasi pendatang baru liga super, UPB MyTeam 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya malam tadi.

 

Setelah aksi hambar babak pertama, kedua-dua pasukan bangkit mempamerkan aksi menarik pada separuh masa kedua, dengan mencipta beberapa gerakan serta peluang jaringan, namun ketumpulan barisan penyudah mengagalkan usaha kedua-dua pasukan mencari gol pendahuluan. seterusnya

 

Insentif, Biasiswa Menanti Safuan

Biasiswa dan insentif kewangan adalah bentuk imbuhan yang difikirkan Persekutuan Lawn Bowl Malaysia bagi menghargai kejayaan Safuan Said meraih pingat emas perseorangan lelaki di final Kejohanan Lawn Bowl Dunia di Christchurch, New Zealand, kelmarin.

 

Presidennya, Tan Sri Ahmad Sarji mengumumkan pemberian habuan itu selaras dengan sistem insentif yang diamalkan persekutuan berkenaan bagi meraikan atlit mereka yang cemerlang. seterusnya

 

Rekod Lalu Bukan Ukuran - Balakrishnan

Kejayaan menewaskan Indonesia pada Sukan Sea Disember lalu, harus dijadikan pembakar semangat tetapi jurulatih skuad futsal negara, P Balakrishnan tidak mahu anak buahnya terlalu yakin apabila memulakan saingan KL World 5's bertemu republik itu di Stadium Negara malam ini.

 

Sebaliknya, Balakrishnan tetap berwaspada terhadap kekuatan lawan yang pastinya mahu menebus kekalahan lalu. seterusnya

 

Istaf Ingatkan Ahmad Supaya Tidak Main Politik

Ketika Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) sedia mencari penyelesaian kepada isu bola Marathon Gen II, ia juga mengingatkan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail supaya tidak menjadikan sukan sebagai bahan politiknya.

 

Naib Presidennya, Prof Dr Charlem Chaiwatcharapon, berkata kelantangan Ahmad dibimbangi akan mengeruhkan keadaan dengan negara jiran terutama sekali Thailand, hingga boleh menjejaskan hubungan kedua-dua pihak. seterusnya

 

Juara Remaja Kebangsaan Milik Perak

IPOH - Perak muncul juara keseluruhan kategori lelaki Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Sukan Teras/ 100 Plus Zon A peringkat pertama 2008 di sini, semalam.

 

Tuan rumah berjaya meraih kejuaraan acara perseorangan dan beregu bawah 14 dan 16 tahun serta beregu bawah 18 tahun. seterusnya

 

Kedah Tanpa Marlon

Kedah harus menerima hakikat berdepan Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan, malam ini tanpa penjaring terbanyak, Marlon Alex James yang terpaksa diketepikan selepas menerima kad kuning ketiganya ketika bertemu Sarawak, Sabtu lalu.

 

Namun, penyerang yang sudahpun menjaringkan 11 gol musim ini, tidak mahu ia dijadikan faktor bimbang malah yakin pemain lain yang bakal diturunkan dapat menyempurnakan misi mencari gol untuk pasukan Hijau Kuning melakar kemenangan lagi di gelanggang lawan nanti. seterusnya

 

Kuala Muda Rampas Takhta, Sang Kijang Terus Garang

Kuala Muda Naza menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri serta kesempatan di atas ketiadaan Johor yang tidak beraksi malam tadi untuk merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana yang baru, setelah menundukkan Proton FC 4-1 di Stadium Darulaman.

 

Barisan bimbingan K.Devan, mendahului pada minit ke-16 menerusi jaringan Mohd Ferozi Daud yang menyudahkan hantaran Liew Kit Kong, sebelum Kit Kong sendiri menjaringkan gol kedua Kuala Muda pada minit ke-29 hasil hantaran Farderin Kadir. seterusnya

 

Kaironnisam Tidak Mahu Mengalah

Episod berbeza dirasai bekas kapten negara, Kaironnisam Sahabuddin Hussain yang bukan saja namanya tidak disenaraikan dalam skuad pelatih kebangsaan, malah pasukannya UPB-MyTeam juga berada di kelompok bawahan Liga Super.

 

Bekas kapten skuad negara berusia 29 tahun itu kali terakhir menjalankan tanggungjawabnya ketika Kejohanan Piala Asia tahun lalu selepas mengetuk pintu skuad kebangsaan pada Sukan Sea 2001 tetapi namanya tidak disenaraikan B Sathianathan bagi kem latihan pertama bermula Februari ini. seterusnya

 

Malaysia Menang Akhirnya, Australia Kejutkan India

Akhirnya, kemenangan yang dicari anak buah V.Muralidharan pada Kejohanan Remaja Jemputan Lapan Negara yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil berjaya diperoleh, setelah menundukkan Korea Selatan 2-1 pada perlawanan penentuan tempat ketujuh, sekaligus mengelak aib menduduki tangga tercorot di arena sendiri.

 

Setelah hampa dengan hanya mampu mengutip satu mata sepanjang tujuh perlawanan lalu – menentang lawan yang sama – pasukan negara memerlukan jaringan emas Mohd Shafiq Mohd Zain pada minit ke-78 untuk mengesahkan kemenangan setelah kedudukan masa sebenar terikat 1-1. seterusnya

 

Safuan Bergelar Jagoan Dunia

Gelaran juara perseorangan lelaki dunia menjadi milik pemain negara, Safuan Said selepas menang 21-10 ke atas pencabarnya, Aaron Sheriff, 22, dari Australia dalam saingan akhir Kejohanan Lawn Bowl Dunia di padang Burnside Bowling Club, semalam.

 

Anak kelahiran Perak itu berjaya membuktikan kecemerlangan persembahannya dalam final di Christchurch, New Zealand dengan menyumbang emas tunggal kepada skuad negara yang sebelum ini memungut empat gangsa menerusi gandingan pemain lelaki dan wanita dalam kejohanan empat tahun sekali ini. seterusnya

 

Isu PSM Bakal Dibawa Ke CAS

Mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk menamatkan pembohongan badan induk sukan itu dan merujuk segala pertikaian ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang berpejabat di Lausanne, Switzerland.

Malah, PSM juga mahu meminta CAS mengharamkan bola Marathon Gen II berdasarkan segala bukti saintifik yang sudah diperoleh termasuk beberapa kajian lagi yang masih dijalankan oleh Sirim dan dua atau tiga lagi universiti. seterusnya

Sekitar LTdL 2008 : Navigare Jadi Tumpuan

Pasukan berjersi oren yang kini dikenali sebagai CSF Group-Navigare daripada nama sebelumnya Ceramica-Panaria dijangka mendominasi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2008 berikutan kemasukan dua pelumba utama skuad itu.

Seperti biasa, kehadiran pasukan itu yang diterajui Roberto Riberveri sentiasa mempunyai kesan positif ke atas perlumbaan tahunan itu sama ada dalam kategori pecut ataupun pendakian. seterusnya

 

 

MSN Enggan Masuk Campur

Ketika persengketaan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan badan induk antarabangsa sukan itu berlarutan, programnya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) tampak akan tertangguh sehingga semua isu dapat diselesaikan.

 

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkeples Embong, berkata beliau tidak mahu campur tangan dalam masalah dalaman PSM dan menyerahkan kepada kebijaksanaan barisan kepimpinannya untuk menyelesaikan kemelut itu. seterusnya

 

Malaysia Kecewa Lagi

Aksi terakhir skuad hoki remaja negara pada Kejohanan Hoki Jemputan 8 Negara menentang Jerman di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang tadi berkesudahan dengan kekalahan 1-3.

 

Kehebatan lawan terbukti apabila Fabian Bauwens-Adenauer menggegar gawang tuan rumah seawal minit ke-15 selepas memanfaatkan peluang asakan bertali arus rakan sepasukannya di hadapan gol Malaysia. seterusnya

 

Qi Meritus Putih Mata, Fairuz Raih Tempat Kedua

Pelumba negara, Fairuz Fauzi yang mewakili Super Nova berjaya menaiki podium selepas menduduki tempat kedua dengan catatan 43 minit 36.769 saat pada hari kedua pusingan pertama GP2 Asia di Dubai Autodrome, semalam.

 

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Perancis, Romain Grosjean yang mencatat 43:32.991s manakala Karun Chandhok dari India ketiga dengan 43:38.965s. seterusnya

 

 

 

Bakat Muda - FAM Sedia Bantu

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak swasta serta orang perseorangan yang mahu mengadakan program pemupukan bakat muda untuk membantu persatuan negeri menambah pemain pelapis dalam misi Malaysia menjadi kuasa bola sepak di rantau ini.

 

Timbalan Presidennya, Khairy Jamaluddin menyanjung tinggi usaha ProMtouch yang berjaya menghimpunkan 350 pelajar sekolah untuk menjalani latihan awal bola sepak mirip usaha yang dilakukan kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kelab Eropah lain. seterusnya

 

Sabri Julang Kedah, Khalid Wira Yang Malang

Pemain pertahanan, Sabri Abu memastikan Kedah terus menguasai persada liga setelah dua jaringannya membantu sang kenari menewaskan pasukan tangga tercorot, Sarawak 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Star malam tadi.

 

Sabri menjaringkan gol pertama pada minit ke-5 setelah menguis masuk bola tandukan Cornelius Bernard Hugging hasil sepakan sudut Nelson Sam sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-12 setelah memperoleh peluang yang sama, kali ini hasil hantaran A.Victor. seterusnya

 

Kejohanan Dunia Boling Padang : Safuan Berpeluang Raih Emas

Impian skuad negara memburu sebutir pingat emas di Kejohanan Lawn Bowl Dunia 2008 terus menyala setelah Safuan Said berjaya melayakkan diri ke saingan akhir di Christchurch, New Zealand, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu memenangi halangan separuh akhir perseorangan lelaki dengan menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2006, Ryan Bester dari Kanada 21-20 di gelanggang Burnside Bowling Club.

 

Terdahulu di suku akhir, Safuan menghampakan pemain Ireland, Martin McHugh 21-11 untuk memastikan sekurang-kurangnya pingat gangsa menjadi miliknya. seterusnya

 

Pasangan Tuan Rumah Tamatkan Cabaran Malaysia

Cabaran Malaysia dalam Siri Super Terbuka Korea Selatan berkubur di peringkat suku akhir setelah satu-satunya wakil negara dalam acara beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, tersingkir di Gimnasium Jangchoong, Seoul, semalam.

 

Pei Tty-Eei Hui nyata tidak mampu menandingi kehebatan pasangan tuan rumah yang juga pilihan ketiga kejohanan, Lee Kyung Won-Lee Hyo Jung, apabila kecundang 14-21, 14-21 dalam tempoh 34 minit. seterusnya

 

Beregu Batal Hasrat Tarik Diri

Gangguan yang terjelma, hanya bersifat sementara apabila empat pemain - Tan Bin Shen, Ong Soon Hock, Gan Teck Chai dan Lin Woon Fui - semalam sah membatalkan hasrat keluar daripada skuad badminton negara.

Pendirian itu diputuskan mereka selepas mengambil kira kepentingan negara dalam misi mengejar kilauan emas Sukan Olimpik hasil pertemuan hampir sejam dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.
seterusnya

 

Permulaan Baik Qi Meritus Di Dubai

Penampilan pertama Qi Meritus pada musim pertama GP2 Asia disulami permulaan yang membanggakan di Dubai Autodrome, semalam apabila dua pelumbanya - Luca Filippi dan Hiroki Yoshimoto menamatkan perlumbaan pertama di tempat kelima dan keenam.

 

Walaupun gagal memenangi perlumbaan pertama, kedua-dua pelumba itu berjaya mencatat tujuh mata untuk menduduki tempat ketiga berpasukan, Art Grand Prix mendahului dengan 12 mata dan diikuti I Sport International dengan lapan mata.

seterusnya

 

Kelantan Kecewa Minit Akhir, KL Plus Catat Kemenangan Berharga

Hasrat Kelantan mengutip tiga mata penuh pada perlawanan menentang Proton FC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya tidak kesampaian setelah dinafikan jaringan masa kecederaan Aguama Stanley Okochukwu untuk mengikat kedudukan 2-2.

 

Kelantan, bimbingan Norizan Bakar, menguasai sepenuhnya perlawanan namun beberapa peluang keemasan antaranya pada minit ke-8, 22, 24, 34 dan pada minit terakhir kesemuanya gagal menembusi gawang Proton yang dikawal bekas penjaga gol kebangsaan, Jamsari sabian. seterusnya

 

Johor Kekal Bertakhta

Johor mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga perdana setelah menundukkan tuan rumah, Kuala Lumpur 3-1 pada aksi di Stadium Bolasepak Cheras, sebentar tadi.

 

Beraksi di hadapan hampir 500 penyokong sendiri, nyata skuad warga kota gagal memberikan saingan untuk meleburkan rekod tanpa kalah pasukan pelawat dalam lapan perlawanan, walaupun dilihat lebih banyak menguasai perlawanan. seterusnya

 

Isu Qi Meritus, Jazeman Belum Ada Penyelesaian

Status pasukan Qi Meritus dan pelumbanya, Jazeman Jaafar yang digantung kejuaraan Formula BMW Asia di Zhuhai, China, Oktober lalu masih belum menemui jalan penyelesaian, walaupun selepas pasukan itu membuat rayuan.

 

Meritus dikatakan menggunakan spring di kotak gear yang tidak mengikut piawaian diwajibkan - ditakrif lebih pendek daripada spring baru yang belum digunakan, namun, Meritus tidak diberi peluang untuk merayu dan mencabar dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka ketika itu. seterusnya

 

 

Barisan Remaja Negara Gagal Saingi India

Kuala Lumpur – Pasukan remaja India mengesahkan tempat di pentas perlawanan akhir Kejohanan Hoki Jemputan Lapan Negara setelah menundukkan barisan kurang bersemangat Malaysia 4-1 pada perlawanan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

 

Lawan India di perlawanan akhir nanti adalah antara Australia ataupun Belanda, di mana pasukan Belanda akan bertemu India pada perlawanan terakhir kumpulan esok, dan memerlukan kemenangan untuk mara ke perlawanan akhir. seterusnya

 

Panahan Emas Salam

Pemanah paralimpik negara, Muhamad Salam Sidik mempamerkan aksi mengagumkan untuk meraih pingat emas dalam acara recurve lelaki berkerusi roda di Sukan Para Asean ke-4 di Korat, semalam.

Pada pertandingan akhir recurve lelaki berkerusi roda, Muhamad Salam menumpaskan rakan sepasukan, Zulkifli Mat Zin dengan perkiraan 103-99 mata.
seterusnya

 

Skuasy Tampil Aksi B-12

Buat julung kali, sirkit skuasy remaja kebangsaan CIMB yang memasuki edisi ketiga tahun ini menampilkan kategori Bawah 12 Tahun dengan Pusat Skuasy Jalan Duta menjadi gelanggang pusingan pembukaan bermula semalam sehingga Ahad ini.

 

Pengerusi penganjur, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali yang ditemui ketika melancarkan sirkit berkenaan di Dewan Komanwel, Bukit Jalil, semalam, menyatakan selain kategori B-12, sirkit ini juga menyenaraikan kategori umur B-9 dan B-11 lelaki dan perempuan dengan matlamat melahirkan lebih ramai Nicol David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar. 

seterusnya

 

ISSTEX 2008, Revolusi Terbaru Ekspo Dunia Sukan

ISSTEX 2008 (Ekspo Teknologi Sains Sukan Antarabangsa 2008 yang akan berlangsung pada 16 hingga 18 Mei 2008 di Pusat Konvensyen Mid Valley bukan sekadar ekspo sukan biasa di mana lagenda bola sepak Denmark dan Manchester United, Peter Shmeichel, dijadualkan akan turut serta dalam ekspo yang akan julung kali diadakan ini. seterusnya

 

 

 

 

Piala FA : Juara Bertahan Jumpa PKNS

Undian Piala FA musim 2007/2008 yang berlangsung di Wisma FAM petang tadi menyaksikan juara bertahan, Kedah menghadapi laluan mudah ke pusingan kedua setelah diundi bertemu pasukan liga perdana, PKNS Selangor.

 

Sebanyak 30 pasukan layak menyertai pertandingan ini, dengan masing-masing 13 pasukan dari liga super dan liga perdana, manakala 4 lagi pasukan adalah dari saingan liga FAM – PBD Kuala Terengganu, KB KOR RAMD, MP Muar dan KSK Tambun Tulang - seterusnya

 

Terbuka Korea : Hanya Beregu Wanita Terus Kibar Jalur Gemilang

Hanya gandingan Wong Pei Tty/Chin Eei Hui yang meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea pada ketika tiada seorang pun wakil negara melepasi halangan lawan masing-masing pada aksi pusingan kedua hari ini.

 

Gandingan Pei Tty / Eei Hui mudah menundukkan pasangan Jepun, Aki Akao / Tomomi Matsuda 21-12, 21-13 dalam masa 32 minit, namun kekecewaan terbesar skuad badminton negara adalah kegagalan perseorangan utama negara yang juga pemain nombor dua dunia, Lee Chong Wei, selepas menarik diri pada set ketiga menentang jaguh tuan rumah, Lee Hyun il. seterusnya

 

 

Futsal KL World 5 : Hamidin Umum Senarai Pemain

Teka-teki mengenai siapa pemain yang akan membawa cabaran negara pada Kejohanan Futsal World 5 yang akan berlangsung dari 29 Januari hingga 3 Februari ini terjawab, setelah pengurus pasukan, Hamidin Mohd Amin mengumumkan senarai 12 pemain pada sidang media di Wisma FAM petang tadi.

 

Anak buah P.Balakrishnan, yang membawa pulang pingat perak dari bumi Korat bulan lepas, diundi dalam kumpulan A bersama-sama Argentina, Australia, England dan Indonesia sementara kumpulan B menemukan Brazil, China, Iran, Belanda dan Thailand. seterusnya

 

Skuad Kebangsaan : 36 Pemain Dipanggil

Seramai 36 pemain akan dipanggil untuk menjalani latihan bagi memperkuatkan pasukan kebangsaan kendalian B.Sathianathan, bermula 3hb – 6 hb Februari ini.

 

Pada sidang media di Wisma FAM petang tadi, Khairy Jamaluddin, yang merupakan Timbalan Presiden FAM mengumumkan senarai 36 pemain tersebut kepada wakil media, pada masa yang sama mengharapkan pemain-pemain yang terpilih menunjukkan prestasi yang baik dalam usaha menaikkan semula ranking negara yang semakin jauh terperosok di tangga ke-164. seterusnya

 

Belanda Terlalu Hebat Untuk Barisan Muda Kita

Belanda mempamerkan aksi garang pada separuh masa kedua untuk menundukkan Malaysia 4-0, sekaligus melonjak ke tangga kedua kedudukan liga dalam Kejohanan Hoki Jemputan Lapan Negara di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.

 

Ia merupakan kekalahan kelima Malaysia dalam enam perlawanan setelah memungut mata pertama menentang Korea pada perlawanan sebelumnya. seterusnya

 

Kemarau Emas 7 Tahun Berakhir

SELEPAS dua hari bertarung dan dinafikan pingat dalam acara lawan pedang di Sukan Para Asean ke-4, Korat, akhirnya skuad negara berjaya meraih pingat emas menerusi ketua pasukan, Abdul Rahman Razali dalam acara Epee individu kategori B.

 

Penantian Abdul Rahman selama tujuh tahun menghadiahkan pingat emas kepada negara akhirnya terlaksana selepas mengatasi pencabar tuan rumah Jakkrit Naree pada perlawanan akhir di Bangunan Surapat 3, Universiti Teknologi Suranaree. seterusnya

 

Mesyuarat Majlis : MOM Harap PSM Akan Hadir

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) berharap Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat Majlis badan induk itu Sabtu ini - sesuatu yang gagal dilakukan persatuan itu sejak lima tahun lalu - bagi sama-sama membantu menyelesaikan kemelut yang melanda sukan itu.

 

Setiausaha Agungnya, Datuk Sieh Kok Chi, berkata walaupun masalah yang melanda PSM ini adalah perbalahan dalaman dengan badan induk - Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) - MOM bersedia untuk berbincang isu itu. seterusnya

 

Chong Wei Catat Kemenangan Mudah, Hafiz, Mew Choo Tersingkir Awal

Saingan Kejohanan Badminton Terbuka Korea menyaksikan kejutan Terbuka Malaysia berterusan di sini, setelah beberapa pemain pilihan tersingkir awal, pada ketika hanya Lee Chong Wei dan perseorangan veteran Negara, Wong Choon Hann mara ke pusingan seterusnya, dengan juara Terbuka China, Wong Mew Choo, pemain bermasalah, Hafiz Hashim, abangnya Roslin Hashim dan Sairul Amar Ayub kesemuanya ditunjukkan jalan keluar oleh lawan masing-masing.

 

Chong Wei yang masih segar dengan kejayaan mengungguli Terbuka Malaysia minggu lepas, hanya memerlukan 23 minit untuk menyingkirkan Andrew Dabeka dari Kanada 21-9, 21-9, manakala Choon Hann menewaskan rakan senegara, Lee Tsuen Seng pada aksi tiga set, 19-21, 21-16, 21-10. seterusnya

 

Pusingan Kelayakan Terbuka Korea : Permulaan Hambar Pemain Negara

KUALA LUMPUR – Skuad badminton negara memulakan Kejohanan Siri Super Terbuka Korea dengan langkah sumbang apabila tiada seorang pun pemainnya berjaya melepasi pusingan kelayakan semalam, diketuai oleh pemain perseorangan senior, Kuan Beng Hong.

 

Selepas menang mudah dalam set pertama, Beng Hong tunduk 21-9, 19-21, 20-22 kepada pemain Korea Selatan, Jang Young Soo dituruti dua beregu lelaki, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Chang Hun Pin.