|
FAM Bakal
Tumpu
Pembangunan
Sukan
|
Siti Hawa
Dikemaskini :
25 Mar 2008 02:33 PM
Timbalan
Presiden FAM, Khairy
Jamaluddin
menegaskan badan
pemasaran FAM,
Malaysia Super
League (MSL) Berhad,
selepas ini akan
meningkatkan usaha
untuk mengadakan
lebih banyak program
pembangunan dan
Klinik Bola Sepak
Ian Rush yang
dikhaskan kepada
pemain penyerang
yang dilihat mampu
menjadi perintis
kepada usaha MSL itu.
"Sebelum ini, banyak
sumber kewangan
hanya disalurkan
kepada liga, tetapi
kini kami akan
memberi lebih banyak
tumpuan terhadap
program pembangunan
bola sepak. Selepas
ini, kami merancang
untuk mengadakan
klinik khas buat
penjaga gol dan juga
jurulatih-jurulatih
tempatan," kata
Khairy yang juga
Pengerusi MSL pada
sidang media Klinik
Bola Sepak Ian Rush
di Bukit Jalil
semalam.
Namun, Khairy tetap
menyuarakan rasa
kecewa dengan
ketiadaan
pemain-pemain Kedah
dan Perak pada
klinik Ian Rush itu
kerana terbabit
dengan perlawanan
Liga Super semalam.
"Ya, saya kecewa
pemain dari Kedah
dan Perak tidak
dapat turut serta
dalam klinik ini
tetapi tiada apa
yang mampu kami
lakukan mengenai
penjadualan
perlawanan mereka.
Mungkin klinik kami
selepas ini akan
diadakan selepas
tamat musim Liga M,
" katanya.
Sementara itu,
biarpun memberikan
tiket percuma kepada
penonton untuk
perlawanan Liga
Super antara negeri
itu dan Perak di
Stadium Darulaman
malam tadi,
Persatuan Bola Sepak
Kedah (KFA) tetap
tidak terkecuali
dari membayar levi
kepada Persatuan
Bola Sepak Malaysia
(FAM).
Perkara itu disahkan
Khairy yang
menyatakan KFA harus
membayar levi yang
dikenakan seperti
yang dikenakan
kepada semua pasukan
yang menjadi tuan
rumah.
"Ini bukan tindakan
bermotifkan politik,
tetapi ia memang
sudah termaktub
dalam peraturan
Jawatankuasa
Pertandingan FAM dan
setiap Persatuan
Bola Sepak Negeri
wajib mematuhi
peraturan ini tanpa
mengira siapa
kerajaan pemerintah
“, jelas Khairy.
Mengikut peraturan
Jawatankuasa
Pertandingan, setiap
persatuan bola sepak
negeri akan
dikenakan levi 10
peratus daripada
jumlah jualan tiket
dan dalam kes KFA,
jumlah jualan tiket
jika stadium penuh
adalah RM264,000,
sekali gus bermakna
persatuan perlu
membayar levi
RM26,400 kepada FAM.