|
KL Plus
Terus
Cemerlang, 5
Gol
Mahamadou
Benam Proton |
Dikemaskini :
19 Mar 2008 01:31 PM
KL Plus terus
mengungguli sainagan
Liga Perdana sesudah
menewaskan Harimau
Muda 1-0 di Stadium
Majlis Perbandaran
Selayang, malam tadi,
sekaligus kekal di
tangga teratas
dengan kelebihan
empat mata.
Anak buah Mat Zan
Mat Aris terpaksa
menanti sehingga
minit ke-52 untuk
memperoleh gol
tunggal perlawanan
menerusi penyerang
import dari
Argentina, Adrian
Trinidad yang
melepaskan rembatan
kencang dari dalam
kawasan penalti yang
gagal diselamatkan
penjaga gol.
Di Stadium Sultan
Muhammad Ke-IV,
lebih 20, 000
penyokong tuan rumah
menjadi saksi
kehebatan awang
import Kelantan yang
meledakkan lima gol
untuk membantu
pasukannya
mencatatkan
kemenangan bergaya
5-1 ke atas Proton
FC.
Kelantan, yang belum
pernah mencicirkan
sebarang mata di
stadium keramat
mereka, membuka
tirai jaringan
menerusi gerakan
solo Mahamadou pada
minit ke-14 diikuti
dua gol menerusi
tandukan pada minit
ke-19 dan 59 sebelum
menambah dua lagi
jaringan pada minit
ke-62 dan 77.
Gol tunggal pasukan
pelawat
‘dihadiahkan’ kapten
pasukan sang kijang,
Sarudi Aziz yang
tertampan bola ke
gawang sendiri.
Di Stadium Darulaman,
jaringan tunggal
Liew Kit Kong pada
minit ke-70
membolehkan Kuala
Muda Naza meneruskan
tekanan terhadap KL
Plus di tangga
teratas selepas
menang tipis 1-0 ke
atas Tentera.
Di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos,
Larkin, jaringan
pada masa kecederaan
Othelo Ocampos
membantu Johor
menewaskan Kuala
Lumpur 1-0 dan terus
mengekalkan mereka
di kelompok tiga
pasukan teratas liga.
Di Stadium Bola
Sepak Kuala Lumpur,
Shahzan Muda
menewaskan Felda
United 2-0 menerusi
jaringan Vagner Luis
de Olivers pada
minit ke-31 dan
Anthony Josep Milic
(M-68).