|
KBS : Kaji
Dasar Sukan
Negara,
Tiada Lagi
Sukan
Terpinggir
|
Dikemaskini :
25 Mar 2008 02:28 PM
Kementerian Belia
dan Sukan (KBS) akan
mengkaji semula
Dasar Sukan Negara (DSN)
yang menjadi asas
kepada hala tuju
sukan di negara ini
supaya terus relevan
dengan perkembangan
semasa.
Menterinya, Datuk
Ismail Sabri Yaakob
berkata Jawatankuasa
KBS yang
dipengerusikan Ketua
Setiausaha
kementerian, Datuk
Mohd Yasin Mohd
Salleh diberi tempoh
enam bulan, bermula
semalam untuk
mengkaji dan
mengemaskini dasar
itu.
“Ketika DSN mula
dibentang pada 1986
dan diluluskan pada
1988, banyak jenis
sukan belum wujud
atau popular ketika
itu. Ini menyebabkan
banyak jenis sukan
ketinggalan dalam
pelaksanaan DSN,”
katanya.
Terdahulu, Ismail
Sabri yang
menggantikan Datuk
Seri Azalina Othman
yang kini bertukar
portfolio sebagai
Menteri Pelancongan
mengadakan pertemuan
dengan 65 persatuan
sukan di negara ini.
Beliau berkata
jawatankuasa itu
sedang mengkaji
semua jenis sukan
baru atau sukan yang
belum popular bagi
memastikan DSN yang
dikemaskinikan tidak
mengetepikan sukan
tertentu.
Katanya, ketika
dasar itu mula
dilaksanakan
terdapat sukan
seperti orienteering
(merentas desa) dan
sukan ekstrem yang
tidak mempunyai
persatuan sendiri
atau tidak popular.
“Tetapi kini, sukan
ekstrem amat popular
terutama di kalangan
remaja.
Faktor ini juga akan
diambil kira dalam
kemaskini DSN,”
katanya.
Beliau juga
mengingatkan anggota
persatuan
menghentikan
‘politiking’ yang
menyebabkan
perpecahan dalam
persatuan dan
menjejas prestasi
atlit.
“Hadiah terbesar
untuk saya sebagai
menteri yang baru
ialah hentikan
segala pergaduhan
dalam persatuan,”
katanya.
Beliau juga mahukan
persatuan mempunyai
Indeks Penilaian
Prestasi (KPI)
masing-masing bagi
menentukan sasaran
kecemerlangan mereka..