Tindakan 4
Pemain
Selangor
Undang
Kecewa
Sathia
|
Dikemaskini :
27 Mar 2008 10:03 PM
Tindakan empat
tonggak Selangor -
Akmal Rizal Ahmad
Rakhli, Safee Sali,
Indra Putra
Mahayuddin dan
Amirulhadi Zainal –
yang mengambil
keputusan
meninggalkan klinik
bola sepak Ian Rush
lebih awal tanpa
kebenaran pada hari
terakhir semalam
jelas mengundang
rasa kecewa
jurulatih pasukan
kebangsaan,
B.Sathianathan.
Jurulatih Selangor,
Dollah Salleh
dikatakan
menghubungi
jurulatih skuad
negara, B.
Sathianathan bagi
memohon pelepasan
keempat-empat
pemainnya yang
terbabit dalam
perlawanan pusingan
kedua Piala FA
menentang Perak di
Stadium Shah Alam
malam ini, tetapi
gagal mendapat
pelepasan pemainnya.
Sathia ketika
dihubungi,
mengesahkan Dollah
menghubunginya
tetapi ketika itu
dia tidak dapat
memberi pelepasan
kerana adalah tidak
adil bagi pemain
daripada pasukan
lain, tambahan ini
adalah kem latihan
bagi penyerang
kebangsaan.
Selepas gagal
mendapat pelepasan,
pemain Selangor
terbabit dikatakan
terus meninggalkan
kem latihan walaupun
tanpa kebenaran dan
tindakan itu
mengecewakan Sathia.
“Saya terkilan
dengan tindakan
pemain ini kerana
meninggalkan kem
latihan tanpa
kebenaran. Walaupun
ini bukan latihan
pusat skuad
kebangsaan, ia
adalah klinik khas
buat penyerang
kebangsaan.
“Tindakan mereka
juga mengecewakan
Rush, kerana dia
sebelum ini terpikat
dengan kebolehan
Safee dan Akmal.
“Saya akan
menghantar laporan
kepada Setiausaha
Agung Persatuan Bola
Sepak Malaysia (Datuk
Azzuddin Ahmad),
esok (hari ini) dan
terserah kepada
badan induk itu
mengambil tindakan
lanjut,” kata Sathia.
Azzuddin ketika
dihubungi
mengesahkan sudah
dimaklumkan mengenai
tindakan empat
pemain Selangor itu,
tetapi tindakan akan
hanya diambil
selepas dia menerima
laporan penuh
daripada Sathia.
“Tindakan
keempat-empat pemain
itu mengecewakan
saya, tetapi saya
tidak boleh nyatakan
bentuk tindakan
dikenakan kerana
harus meneliti
terlebih dulu
laporan Sathia.
Selepas itu baru
saya akan
mengemukakan perkara
itu dalam mesyuarat
exco FAM. Jika
didapati ada
kewajarannya baru
Persatuan Bola Sepak
Selangor akan diberi
surat tunjuk sebab,”
kata Azzuddin.
Sementara itu,
Dollah ketika
dihubungi
menyuarakan hujah
dia memerlukan
kehadiran
keempat-empat pemain
itu bagi sesi
latihan, semalam
sebagai persiapan
menghadapi Perak
dalam perlawanan
Piala FA, malam ini.
“Mereka hanya
menghadiri klinik
bola sepak, FAM
seharusnya faham
bahawa ini adalah
perlawanan penting
buat kami. Kami
pernah berkorban
demi skuad
kebangsaan sebelum
ini, mengapa mereka
tidak boleh
dilepaskan apabila
kami bakal
menghadapi
perlawanan penting,
” kata Dollah.