Dikemaskini :
18 Mar 2008 04:34 PM
Kedudukan skuad
Harimau Muda di
tangga pertengahan
Liga Perdana kini
tidak merisaukan
jurulatihnya,
K.Rajagopal yang
beranggapan pemain
muda dalam skuad itu
kini sudah
memperoleh
pendedahan berguna.
Bagi Rajagopal,
penyertaan Harimau
Muda dalam Liga
Perdana bukan untuk
memburu kemenangan,
sebaliknya
pendedahan dan
peluang beraksi
dalam kesebelasan
utama dan bersaing
dengan pemain import
dan pemain lebih
senior.
Selepas 16
perlawanan Liga
Perdana, Harimau
Muda kini menduduki
tangga ketujuh
dengan 21 mata dan
boleh dianggap satu
perkembangan baik
memandang rata-rata
pemain berusia
antara 17 hingga 19
tahun.
"Faktor utama
penyertaan kami
dalam Liga Perdana
ialah untuk
pendedahan, kerana
saya percaya jika
mereka kekal bersama
negeri masing-masing,
sebahagian besar
pemain tidak akan
berpeluang beraksi
dalam kesebelasan
utama.
"Kini mereka sudah
memperoleh
pendedahan beraksi
dalam kesebelasan
utama dan juga
merasai saingan
kompetitif liga,"
kata Rajagopal.
Selain daripada
pendedahan,
Rajagopal juga
merasakan Skuad
Harimau Muda adalah
skuad pelapis kepada
skuad Bawah 23 Tahun
(B-23) dan skuad
senior kebangsaan.
Beliau turut
berkeyakinan
beberapa anak
didiknya kini mampu
diserapkan untuk
memperkuatkan sama
ada skuad B-23 atau
senior pimpinan B
Sathianathan.
Antara pemain yang
cemerlang bersama
Harimau Muda musim
ini ialah penyerang
dari Perak, Ahmad
Fakri Saarani, Irfan
Ghani dan kapten
pasukan dari
Selangor, K Gurusamy.
"Kita memerlukan
kelompok pemain yang
besar, dan dengan
adanya skuad Harimau
Muda, saya rasa ia
akan membantu
Sathianathan untuk
membentuk sebuah
skuad kebangsaan
yang mantap di masa
depan," kata
Rajagopal.
Bekas jurulatih
Selangor dan
Kelantan itu juga
sering menggilirkan
pemain dalam
kesebelasan utama
bagi membolehkan
setiap pemain dapat
menimba peluang
beraksi dalam
perlawanan
kompetitif.