|
Liga Perdana
: Sabah Ikat
Plus, Kuala
Muda &
Kelantan
Teruskan
Tekanan |
Aiman Aminul
Dikemaskini :
31 Mar 2008 10:44 PM
Hasrat KL Plus untuk
terus mengukuhkan
kedudukan di tangga
teratas Liga Perdana
tidak kesampaian
apabila diikat Sabah
2-2 di Kompleks
Sukan Tawau, Sabah.
Walaupun masih
bergelar pendahulu,
kelebihan anak buah
Mat Zan Mat Aris
kini dikurangkan
kepada dua mata
sahaja setelah
pesaing terdekat,
Kuala Muda
menewaskan barisan
bawah 19 tahun
negara, Harimau Muda
2-1.
Plus pada satu
ketika dilihat mampu
membawa pulang tiga
mata setelah dua gol
jaringan Alex Agbo
dan Hairul Nizam
Haniff membolehkan
mereka bangkit
mendahului setelah
ketinggalan hasil
jaringan Sylvester
Sindih.
Namun, gol penyamaan
jaringan Dragic
Dalibor enam minit
sebelum perlawanan
tamat membolehkan
Sabah menghidupkan
sisa harapan merebut
tempat ke liga
super.
Kuala Muda pula
memerlukan jaringan
K.Sathian pada minit
ke-59 untuk
mengesahkan
kemenangan ke atas
anak buah
K.Rajagopal di
Stadium Nasional
Bukit Jalil.
Sang Harimau sebelum
itu memadam
kelebihan ciptaan
Farderin Kadir
menerusi gol
penyamaan Ahmad
Fakri Saarani.
Kelantan turut
mengukuhkan
cengkaman di tangga
ketiga liga setelah
menewaskan tuan
rumah, Tentera 3-2
di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang.
Dua gol jaringan
penyerang prolifik
sensasi Kelantan,
Mahamadou Mustapha
serta satu menerusi
Md Nizab Ayub
membolehkan sang
kijang bangkit dari
ketinggalan satu gol
untuk memungut tiga
mata penuh yang
begitu sukar
diperolehi di tempat
lawan sebelum ini.
Tentera memperoleh
dua gol mereka
menerusi jaringan
Stanley James dan
Nazri Akui.
Bagaimanapun, hasrat
Johor untuk terus
berada dalam
kelompok empat
teratas tidak
kesampaian setelah
tewas mengejut 0-1
kepada Proton FC di
Stadium Majlis
Bandaraya Petaling
Jaya, hasil jaringan
tunggal Marcos
Santana.
Di Stadium Hang Tuah,
tuan rumah Melaka
gagal menggunakan
kesempatan beraksi
di tempat sendiri
setelah hanya mampu
seri 2-2 menentang
Felda United.
Felda mendahului
menerusi jaringan
Julius Abegar pada
minit ke-65, sebelum
Melaka menjaringkan
dua gol pantas
menerusi Julius
Abegar dan Kofi
Estiba pada minit
ke-71 dan 76.
Jaringan Jostat
Nkhoma pada minit
ke-84 berjaya
membantu Felda
mengutip satu mata
yang cukup berharga
di tempat lawan.
Dalam satu lagi
perlawanan yang
berlangsung di
Stadium Darul
Makmur, Shahzan Muda
menewaskan PKNS
Selangor 3-1.
Gol-gol Shahzan
dijaringkan Anthony
Josip Milicic, Abdul
Wafi dan Wan Azwari
manakala gol tunggal
pasukan PKNS
dijaringkan Tengku
Adam Tengku Rosly.