|
Kemelut
Politik :
Sukma
Terengganu
Tetap
Berjalan
Lancar |
Dikemaskini :
27 Mar 2008 08:17 AM
Kelancaran
penganjuran Sukma
Malaysia (Sukma XII)
di Terengganu dari
31 Mei sehingga 9
Jun ini, tidak akan
terjejas sekalipun
negeri pantai timur
itu kini dilanda
kemelut politik yang
tidak menentu.
Dengan berbaki 65
hari lagi sebelum
temasya terulung
Malaysia itu bermula,
pengurus promosi,
publisiti dan
penajaan Sukma XII,
Khairol Azmie Embong
mengesyorkan kepada
pemberita bahawa
persiapan berjalan
dengan lancar dengan
gelanggang utama
Kompleks Stadium
Gong Badak sudah
siap pembinaan
sepenuhnya.
“Persiapan berjalan
seperti biasa,
politik tak
bercampur dengan
sukan dan ia tak
menimbulkan isu.
Kami mempunyai
Menteri Besar baru
dan berharap dapat
menemui Menteri
Belia dan Sukan baru,
Datuk Ismail Sabri,
bulan depan.
“Kompleks Sukan
Terengganu sudah
siap memuatkan
stadium terbuka
dengan kapasiti
50,000, stadium
tertutup berhawa
dingin dengan
kapasiti maksimum
6,000 dan pusat
bowling 48 lorong
yang pertama
seumpamanya dalam
negara ini.
“Pusat sukan ini
mengambil masa
perjalanan seminit
dari lapangan
terbang dan 20
sehingga 30 minit
dari Kuala
Terengganu,” katanya
pada taklimat media
Karnival Pra Sukma
XII di Federal
Hotel, Jalan Bukit
Bintang, semalam.
Ketika ditanya
mengenai jarak
gelanggang yang jauh
antara satu sama
lain yang dijangka
mencetuskan masalah
logistik penganjuran,
Khairol berkata ia
dirancang sedemikian
bagi meminimumkan
masalah penginapan
berikutan kehadiran
hampir 10,000 atlit
dan pegawai ke
Terengganu.
“Kami menjangkakan
7,293 atlit dan
2,500 pegawai akan
menyertai Sukma dan
langkah untuk
mengadakannya di
pelbagai gelanggang
adalah untuk
mengurangkan masalah
kekurangan hotel.
“Di Universiti Darul
Iman akan
menempatkan 6,000
orang dengan
kekurangan tempat
tinggal buat
pengunjung dapat
dikurangkan melalui
penginapan homestay,”
katanya.
Karnival Pra Sukma
dijadualkan pada 1
sehingga 6 Mei ini
bertujuan
mempromosikan Sukma
di kalangan peminat
tempatan di samping
bertindak sebagai
latihan percubaan
bagi menguji
prasarana di
gelanggang terbabit.
Latihan percubaan
itu membabitkan
2,000 atlit daripada
10 negeri, termasuk
sesi latihan pasukan
olahraga dan
taekwondo di Sukma
XII.
“Pra-Sukma pada 1
hingga 6 Mei
dijangka akan
membabitkan 3,000
peserta. Pelbagai
tarikan yang akan
diadakan termasuk
persembahan nasyid,
forum perdana, artis
tempatan, permainan
tradisional,
merekacipta wau,
bola jaring, futsal,
persembahan fesyen
batik, karaoke dan
pertandingan mewarna
bagi kanak-kanak,”
kata penganjur
Karnival, pengarah
Evolution Plan
Resources, Andri
Abdul Hadi.
Penganjuran Sukma
kali ini menyaksikan
31 acara dengan 19
sukan wajib dan 12
sukan pilihan yang
akan dipertandingkan
di tujuh daerah
iaitu Kuala
Terengganu, Marang,
Dungun, Kemaman,
Hulu Terengganu,
Setiu dan Besut. Dua
sukan demonstrasi
akan dipertandingkan
iaitu kabbadi dan
Formula Future.