| |
| |
|
Beregu
Veteran
Menggegar,
Beregu Emas
Kecundang |
Aiman Aminul
Dikemaskini :
18 Mar 2008 04:11 PM
Nasib berbeza
dialami dua wakil
beregu kita yang
beraksi di pusingan
kedua Kejohanan
Badminton Terbuka
Switzerland, tatkala
wakil KLRC, Sairul
Amar Ayob meneruskan
kemaraan ke suku
akhir setelah
menundukkan rakan
senegara Wong Choon
Hann 12-21, 21-18,
24-22.
Pasangan beregu
veteran negara,
Choong Tan Fook- Lee
Wan Wah dipaksa
berhempas pulas
mengharungi
pertarungan tiga set
sebelum mengalahkan
pasangan Denmark,
Lars Paaske - Jonas
Rasmussen, 17-21,
21-19, 21-18
sekaligus menempah
pertemuan suku akhir
menentang satu lagi
wakil Denmark
Mathias Boe- Carsten
Mogensen yang
menundukkan pasangan
senegara Jens
Eriksen-Martin
Lundgaard Hansen.
Namun yang
mengecewakan, aksi
tidak konsisten
beregu emas negara,
Koo Kien Keat / Tan
Boon Heong yang
kecundang kepada
beregu muda negara,
Zakri Latiff /
Fairuzizuan Tazari
19-21, 17-21,
meneruskan
kekecewaan yang
dialami di All
England minggu lalu.
Jaguh perseorangan
negara, Lee Chong
Wei pula menewaskan
Dicky Palyama 21-12,
17-21, 21-12
manakala ratu
badminton negara,
Wong Mew Choo yang
diletakkan sebagai
pilihan kelapan,
gagal meneruskan
cabaran apabila
kandas di pusingan
kedua selepas tunduk
kepada pemain Hong
Kong, Zhou Mi 15-21,
6-21.
Seorang lagi pemain
perseorangan wanita,
Julia Wong turut
kandas di pusingan
kedua setelah tewas
kepada pilihan
ketujuh dari Jerman,
Xu Huaiwen.
|
|
|
|
|
|