|
KBS Tidak
Akan Langgar
Akta
Pembangunan
Sukan |
Dikemaskini :
28 Mar 2008 08:13 PM
Bukit Jalil, 27 Mar
– Persatuan sukan
yang belum mendaftar
dengan Pejabat
Pesuruhjaya Sukan
diminta berbuat
demikian kerana
persatuan tersebut
tidak layak
disenarai dalam
kategori penerima
bantuan kewangan
dari pihak kerajaan
sekiranya gagal.
Menteri
Belia dan Sukan,
Datuk Ismail Sabri
Yaakob menegaskan
bahawa Kementerian
Belia dan Sukan (KBS)
akan melanggar Akta
Pembangunan Sukan
jika ia membekalkan
peruntukan kepada
persatuan yang belum
mendaftar di pejabat
berkenaan.
“Langkah ini adalah
wajar ke arah
penyelarasan
peruntukan tabungan
hanya kepada mereka
yang benar-benar
layak mendapatkannya,”
katanya selepas
pertemuan dengan
Pesuruhjaya Sukan,
Tan Sri Elyas Omar
di sini, semalam.
Ismail Sabri juga
mengharapkan
mana-mana persatuan
sukan yang belum
berdaftar untuk
segera berbuat
demikian bagi
mengelakkan sebarang
kesulitan daripada
berlaku.
“Sesetengah
persatuan sukan
hanya berdaftar
dengan Pendaftar
Syarikat (ROC)
ketika ditubuhkan,
tetapi sejak Akta
Pembangunan Sukan
1997 digunakan
mereka wajib
berdaftar dengan
Pesuruhjaya Sukan
namun sehingga kini
ada yang masih
enggan berbuat
demikian,” katanya.
Ketika ini, terdapat
2,748 badan, iaitu
persatuan sukan
kebangsaan, negeri,
daerah serta kelab
berdaftar dengan
Pejabat Pesuruhjaya
Sukan dan menurut
Ismail Sabri
sehingga kini
pejabat berkenaan
sudah menerima 183
permohonan baru
manakala status 86
lagi masih dalam
kajian.
Sementara itu, belum
ada sebarang
kepastian sama ada
kontrak Tan Sri
Elyas Omar sebagai
Pesuruhjaya Sukan
akan dilanjutkan
atau sebaliknya
apabila kontraknya
tamat pada 14 April
ini kerana pada
tanggapan Ismail
Sabri belum ada
calon yang dikenal
pasti pihak
kementerian.
Katanya, beliau
harus berbincang
terlebih dulu dengan
pegawai kementerian
sebelum membuat
keputusan sama ada
mahu melanjutkan
khidmat Elyas atau
sebaliknya.
Elyas sebelum ini
pernah menyuarakan
hasrat untuk tidak
lagi melanjutkan
kontrak dan memberi
laluan kepada tenaga
lebih muda bagi
mengambil alih tugas
sebagai Pesuruhjaya
Sukan yang
dianggapnya kian
mencabar.
Dalam perkembangan
lain, Elyas berkata
pihaknya akan
menyiasat laporan
mengenai
penyelewengan
kewangan bernilai
RM350,000 di
Persatuan Badminton
Kuala Lumpur (KLBA).
“Kami akan menyiasat
sama ada terdapat
penyelewengan wang
di KLBA. Jika
terbukti benar
laporan diterima,
kami akan
menyerahkan kes itu
kepada Badan
Pencegah Rasuah
kerana ia berada di
luar bidang kuasa
Pesuruhjaya Sukan,”
kata Elyas, semalam.