|
Liga Super :
Kedah,
Selangor
Terus
Bersaing |
Aiman Aminul
Dikemaskini :
31 Mar 2008 10:42 PM
Penguasaan Kedah
dilihat semakin
sukar untuk disekat
setelah kejayaan
mereka menundukkan
Brunei DPMM 4-1 di
Stadium Darul Aman
malam tadi,
meninggalkan
Selangor yang
mencatatkan
kemenangan 2-0 ke
atas Perlis di
tempat lawan dengan
kelebihan lima mata.
Kedah, ternyata
berada di kelas
tersendiri dengan
hanya mengambil dua
minit untuk
mendahului menerusi
jaringan Badrul
Baktiar, sebelum
Badrul sekali lagi
menjaringkan gol
setelah menyambut
hantaran Fadly
Baharom.
Fadly, bintang baru
skuad kenari
mengambil giliran
menjaringkan gol
menerusi rembatan
yang gagal
diselamatkan penjaga
gol DPMM, Wardun
Yusoff, dan Marlon
Alex James
melengkapkan
kemenangan bergaya
anak buah Azraai
Khor Abdullah.
Gol tunggal pasukan
DPMM dijaringkan
Didier Belibi.
Di Stadium Utama,
Kangar, Perlis gagal
menggunakan
kesempatan beraksi
di gelanggang
sendiri sesudah
tewas 0-2 kepada
Selangor, hasil dua
gol jaringan Frank
Seator.
Perak pula gagal
merapatkan jurang
perbezaan mata
dengan dua pasukan
teratas setelah
hanya mampu
mencatatkan
keputusan seri 1-1
menentang Sarawak di
Stadium Sarawak.
Ahmad Shahrul Azhar
meletakkan Perak di
hadapan pada minit
ke-8 namun gol
jaringan Nyom Nyom
Aloys membantu tuan
rumah mencuri satu
mata berharga.
Negeri Sembilan pula
bangkit dari
kekalahan memalukan
di tempat sendiri
menentang Terengganu
pada saingan Piala
FA tempoh hari,
setelah menewaskan
Johor FC 4-1 di
Stadium JCorp.
S.Kunalan membuka
tirai jaringan untuk
pasukan Negeri
Sembilan, diikuti
dua gol Udo Fortune
dan gol minit akhir
Aidil Zafuan Abd
Radzak, manakala
tuan rumah
memperoleh dua gol
dalam tempoh tiga
minit terakhir
menerusi Walter
Silva dan Gustavo
Fuentes.
Pertembungan antara
dua pasukan dari
pantai timur
menyaksikan Pahang
menewaskan tuan
rumah Terangganu
2-1, hasil dua gol
jaringan bekas
pemain Terangganu
sendiri, Hairudin
Omar, manakala gol
tunggal sang penyu
dijaringkan
Norfarhan Mohamad.
Pertembungan pasukan
kelompok bawahan
pula menyaksikan
jaringan hatrik
Norshahrul Idlan
Talaha membantu UPB
MyTeam menewaskan
Pulau Pinang 4-1 di
Stadium Bandaraya.
Satu lagi gol
pelawat dijaringkan
Sasa Branezac
manakala Chun Ken
Hong dan Alex
Cabrera menjaringkan
gol untuk pasukan
tuan rumah.