|
Kien Keat-Boon
Heong Tiada
Pilihan |
Dikemaskini :
27 Mar 2008 08:13 AM
Pasangan emas negara,
Koo Kien Keat-Tan
Boon Heong diminta
supaya tidak terus
menerus mempamer
aksi hambar, serta
tidak konsisten yang
menjejaskan prestasi
mereka sekiranya
mahu terus mendapat
sokongan dari Majlis
Sukan Negara (MSN).
Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara
(MSN), Datuk
Zolkples Embong
menyatakan
sedemikian selepas
mengambil inisiatif
mengadakan pertemuan
dengan pasangan itu
serta jurulatihnya
Rexy Mainaky,
berikutan
persembahan hambar
di beberapa
kejohanan
antarabangsa sejak
kebelakangan ini.
Bagi Zolkples, jika
Kien Keat-Boon Heong
sekali lagi
membangkitkan
masalah, beliau
tidak akan
teragak-agak untuk
memberi restu kepada
Rexy jika jurulatih
berasal dari
Indonesia itu
bertindak
menggugurkan
pasangan itu
daripada skuad Sukan
Olimpik Beijing
2008.
“Saya tidak mahu
lagi dengar dan
lihat timbul masalah
dengan pasangan ini,”
kata Zolkples
semalam. “Jika wujud
juga, saya tidak
akan lagi
menyelesaikan
sebaliknya saya akan
memberi sokongan
penuh kepada Rexy
untuk mengambil apa
saja tindakan.
“Malah saya akan
memberi restu kepada
Rexy jika dia mahu
menggugurkan
pasangan ini
daripada Sukan
Olimpik Beijing,
jika mereka
berterusan
menyajikan
persembahan tidak
konsisten dan
menimbulkan masalah.
“Pada masa sama,
saya juga akan terus
memantau mereka
ketika latihan
sekarang ini dan
daripada maklum
balas yang saya
terima, setakat ini
kedua-duanya kembali
menunjukkan komitmen
positif berbanding
sebelumnya,” kata
Zolkples.
Jumaat lalu, Ketua
Pengarah MSN itu
mengadakan pertemuan
dengan Kien Keat-Boon
Heong dalam usaha
menyelongkar misteri
prestasi merudum
pasangan itu yang
menimbulkan
kebimbangan
memandangkan mereka
adalah sandaran
utama pingat di
Beijing.
Ini kali kedua
Zolkples mengadakan
pertemuan dengan
pasangan itu dengan
kali pertama ialah
selepas kehambaran
yang ditunjukkan
mereka di Kejohanan
Dunia di Kuala
Lumpur, tahun lalu.
“Saya harap
pertemuan terbaru
saya ini adalah yang
terakhir dan saya
berharap tidak akan
mendengar lagi
masalah sama ada
disiplin atau
sebagainya
membelenggu pasangan
ini,” kata Zolkples.
“Saya juga berharap
mereka dapat
menumpukan
sepenuhnya kepada
badminton.
“Apapun kita lihat
bagaimana prestasi
mereka dalam aksi
akan datang iaitu
Kejohanan Asia dan
saya akan memantau
prestasi mereka
dengan teliti.”