|
Zolkples
Turun Padang
Siasat Punca
Kemerosotan
Beregu Emas |
Dikemaskini :
19 Mar 2008 01:29 PM
"Saya mahu berjumpa
Rexy dan Kien Keat
dan Boon Heong untuk
mengenal pasti punca
kemerosotan mendadak
pasangan utama
negara," kata Ketua
Pengarah Majlis
Sukan Negara (MSN),
Datuk Zolkples
Embong.
Bagi Zolkples,
kemerosotan pasangan
beregu itu amat
merisaukannya
memandangkan mereka
dilihat sebagai
antara harapan utama
kontinjen negara
memungut pingat emas
pertama di Sukan
Olimpik yang bakal
berlangsung di
Beijing, Ogos ini.
“Saya sudah
menyuarakan hasrat
sejak kejohanan
Seluruh England
sedang berlangsung
untuk bertemu Rexy
bersama-sama dengan
Kien Keat dan Boon
Heong untuk mengenal
pasti punca sebenar
kemerosotan mereka.
“Saya faham
kekecewaan Rexy
terhadap kedua-dua
pemain itu, tetapi
biar saya bersemuka
dengan mereka
terlebih dulu
sebelum mencari
jalan penyelesaian
terbaik bagi semua
pihak, ” kata
Zolkples.
Bagi Zolkples,
beliau mahu
mendengar sendiri
mengapa Rexy
bercadang mahu
mengambil tindakan
yang begitu drastik
untuk menggugurkan
pasangan beregu itu
menjelang Sukan
Olimpik memandangkan
temasya itu sudah
semakin hampir.
“Ia memang sesuatu
yang mengejutkan
tapi jika itulah
yang terbaik untuk
pasangan itu sedar
untuk membaiki
prestasi mereka,
mungkin kita boleh
terima cadangan itu.
“Tapi, itu pastinya
jalan terakhir dan
sesuatu yang saya
harap tidak perlu
diambil.
“Saya tahu Rexy kini
mahu menumpukan
perhatian terhadap
dua lagi pasangan
beregu negara ekoran
kemerosotan Kien
Keat-Boon Heong
tetapi biar saya
adakan pertemuan
terlebih dulu dengan
mereka.
“Saya difahamkan
mereka akan ke Alor
Star Rabu ini (esok)
untuk siri Grand
Prix Kebangsaan, dan
jika saya perlu ke
sana untuk
mengadakan pertemuan
itu, saya akan
berbuat demikian,”
kata Zolkples.
Kien Keat-Boon Heong
mula mencipta
reputasi selaku
beregu utama ketika
memenangi pingat
emas beregu lelaki
di Sukan Asia 2006
dan mula diberi nama
jolokan ‘beregu emas’.
Kecemerlangan mereka
diteruskan dengan
menjuarai Siri Super
Terbuka Malaysia,
Seluruh England dan
Terbuka Switzerland
2007, tetapi
kemerosotan mula
kelihatan ketika
tewas di Siri Super
Singapura Mei lalu
apabila tersingkir
di pusingan pertama.
Walaupun berjaya
mempamerkan
kebangkitan dengan
menjuarai beberapa
kejohanan Siri Super
selepas itu,
kemerosotan semakin
jelas kelihatan
sejak musim 2008
bermula dengan
penyingkiran mereka
pada pusingan
pertama Terbuka
Malaysia dan Seluruh
England sebelum
tewas di tewas pada
pusingan kedua
Terbuka Switzerland
baru-baru ini.