Arkib Berita Mac
Liga
Hoki Remaja :
SSBJ Juara
Berganda Kali
Keempat
Berturut-Turut
Sekolah
Sukan Bukit
Jalil (SSBJ)
membuktikan
betapa mereka
perlu digeruni
di arena hoki
tanah air
selepas membenam
cabaran Tenaga
Nasional Berhad
(TNB), 4-1 untuk
muncul juara
Piala Milo –
Liga Hoki Remaja
Malaysia 2008,
petang tadi.
Kemenangan
berganda –
selepas
menjuarai
Divisyen 1 –
bagi pasukan
SSBJ ini turut
menyaksikan
mereka
mengekalkan
gelaran berganda
bagi tahun
keempat sejak
kali pertama
melakukannya
pada 2004.
seterusnya
Kemana
Wang Mengalir ?
Majlis Sukan
Negara (MSN)
kini jelas
dihimpit
belenggu
‘hutang' yang
harus mendapat
penjelasan
terperinci dan
telus mengenai
projek serta
program dibiayai
hingga
mengakibatkan
kantung badan
induk itu kini
hampir kosong.
Tambahan pula,
ada perkhabaran
tidak sampai
tiga tahun
sebelumnya,
kedudukan
kewangan MSN
begitu ampuh
tetapi kini
berdepan situasi
kritikal.
seterusnya
Liga
Perdana : Sabah
Ikat Plus, Kuala
Muda & Kelantan
Teruskan Tekanan
Hasrat KL Plus
untuk terus
mengukuhkan
kedudukan di
tangga teratas
Liga Perdana
tidak kesampaian
apabila diikat
Sabah 2-2 di
Kompleks Sukan
Tawau, Sabah.
Walaupun masih
bergelar
pendahulu,
kelebihan anak
buah Mat Zan Mat
Aris kini
dikurangkan
kepada dua mata
sahaja setelah
pesaing terdekat,
Kuala Muda
menewaskan
barisan bawah 19
tahun negara,
Harimau Muda
2-1.
seterusnya
Liga
Super : Kedah,
Selangor Terus
Bersaing
Penguasaan Kedah
dilihat semakin
sukar untuk
disekat setelah
kejayaan mereka
menundukkan
Brunei DPMM 4-1
di Stadium Darul
Aman malam tadi,
meninggalkan
Selangor yang
mencatatkan
kemenangan 2-0
ke atas Perlis
di tempat lawan
dengan kelebihan
lima mata.
Kedah, ternyata
berada di kelas
tersendiri
dengan hanya
mengambil dua
minit untuk
mendahului
menerusi
jaringan Badrul
Baktiar, sebelum
Badrul sekali
lagi
menjaringkan gol
setelah
menyambut
hantaran Fadly
Baharom.
seterusnya
Abdul Aziz Kena
Saman RM20 Juta
Pesuruhjaya
Sukan, Tan Sri
Elyas Omar
menerusi firma
guamannya Rafie
Mohd Shafie &
Associates
memfailkan saman
fitnah RM20 juta
ke atas bekas
Naib Presiden
Persatuan Pemain
Golf Profesional
Malaysia (MPGA),
Abdul Aziz
Ismail yang
mendakwanya
menerima rasuah
dan seterusnya
mempengaruhinya
untuk bertindak
berat sebelah.
Elyas
menyifatkan
tuntutan itu
sebagai 'mengaibkan
dan sengaja
hendak
menjatuhkan
maruah dan
kredibilitinya
sebagai
Pesuruhjaya
Sukan.'
seterusnya
BAM Nafi Masalah
Kewangan Punca
Kemerosotan
Salah satu badan
sukan yang
dianggap paling
mewah di negara
kita, Persatuan
Badminton
Malaysia (BAM)
dilanda krisis
kewangan yang
agak serius
hingga tidak
mampu membayar
elaun ranking
pemainnya yang
sudah tertunggak
hampir enam
bulan.
Bagaimanapun,
BAM menafikan
masalah kewangan
dan kegagalan
melunaskan elaun
tertunggak itu
menjadi punca
utama pemain
kebangsaan di
bawah naungan
badan induk ini
tidak dapat
memberikan
persembahan
cemerlang.
seterusnya
Hoki : Impian
Olimpik Perlukan
Keajaiban
Mirnawan
Nawawi, nama
yang pernah
disegani suatu
ketika dulu di
arena sukan hoki
negara, mengakui
betapa peluang
negara untuk
layak ke Sukan
Olimpik Beijing
adalah sukar
tetapi
menegaskan ia
tidak harus
menjadi alasan
buat skuad untuk
gagal
menampilkan
persembahan
terbaik.
Malah, beliau
mengakui adalah
tidak mustahil
skuad negara
mampu
merealisasikan
sasarannya -
layak ke
perlawanan akhir
pusingan
kelayakan
Olimpik di
Kakamigahara,
Jepun.
seterusnya
CYC
2008 Janji
Perubahan
Drastik
Edisi
kedua Kejohanan
Piala
Juara-juara
Belia (CYC)
bakal
berlangsung
dengan janji
betapa usaha
memupuk bakat
pemain muda
negara, bakal
dilaksanakan
lebih tersusun.
Malah, Persatuan
Bola Sepak
Malaysia (FAM)
juga menjanjikan
pembabitan lebih
menyeluruh
berbanding
langkah lebih
meminggirkan
diri pada tahun
sebelumnya.
seterusnya
Liga Hoki Remaja
: TNB, SBBJ
Berentap Di
Final
Tenaga Nasional
Berhad (TNB)
menunjukkan
kejaguhannya
semalam dengan
membelasah
Sekolah Sukan
Bandar Penawar (SSBP)
4-1 untuk layak
ke final Liga
Hoki Remaja
Malaysia (LHRM)
2008 sekaligus
menempah
pertemuan
menentang
Sekolah Sukan
Bukit Jalil (SSBJ),
Ahad ini.
Kemenangan di
Stadium Hoki
Kuala Lumpur itu
membolehkan
pasukan naib
juara Divisyen
Satu yang
sebelum ini
ketinggalan 2-1
pada saingan
pertama Selasa
lalu, menang
dengan agregat
5-3 ketika SSBJ
melangkah mudah
selepas
menewaskan
Majlis Sukan
Johor-Majlis
Perbandaran Batu
Pahat (MPBP) 3-0
di Padang
Universiti Tun
Hussein Onn,
Batu Pahat untuk
menang agregat
6-1, semalam.
seterusnya
FAM
Kecewa, Dollah
Sedia Bersemuka
Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM)
melahirkan rasa
kecewa terhadap
tindakan empat
pemain Selangor
yang bertindak
meninggalkan
klinik bolasepak
Ian Rush tanpa
kebenaran,
kelmarin, dan
akan tampil
menuntut
penjelasan
daripada
Persatuan Bola
Sepak Selangor (FAS)
sebelum sebarang
hukuman
dikenakan.
Timbalan
Presidennya,
Khairy
Jamaluddin yang
peka dengan
insiden itu
meminta
Setiausaha Agong,
Datuk Azzuddin
Ahmad menulis
surat kepada
pihak terbabit
itu menuntut
penjelasan dan
mahu mendapatkan
segera gambaran
sebenar.
seterusnya
Selangor, Kedah
Buru Impian,
‘Giant-Killer’
Tumbang Di Laman
Sendiri
Selangor
mengharungi
detik penuh
mendebarkan
sebelum
mencatatkan
kemenangan 2-1
ke atas Perak
pada aksi kedua
pusingan kedua
Piala Fa di
Stadium Shah
Alam malam tadi.
Kelebihan
beraksi di
tempat sendiri
dan bekalan
empat gol tempat
lawan dari Ipoh
tempoh hari
menyaksikan
Selangor hanya
perlu
mengelakkan
kekalahan selain
mengharapkan
keputusan seri
tidak lebih dari
empat gol untuk
mengesahkan
kemaraan.
seterusnya
KBS
Tidak Akan
Langgar Akta
Pembangunan
Sukan
Bukit Jalil, 27
Mar – Persatuan
sukan yang belum
mendaftar dengan
Pejabat
Pesuruhjaya
Sukan diminta
berbuat demikian
kerana persatuan
tersebut tidak
layak disenarai
dalam kategori
penerima bantuan
kewangan dari
pihak kerajaan
sekiranya gagal.
Menteri Belia
dan Sukan, Datuk
Ismail Sabri
Yaakob
menegaskan
bahawa
Kementerian
Belia dan Sukan
(KBS) akan
melanggar Akta
Pembangunan
Sukan jika ia
membekalkan
peruntukan
kepada persatuan
yang belum
mendaftar di
pejabat
berkenaan.
seterusnya
Tindakan
4 Pemain
Selangor Undang
Kecewa Sathia
Tindakan empat
tonggak Selangor
- Akmal Rizal
Ahmad Rakhli,
Safee Sali,
Indra Putra
Mahayuddin dan
Amirulhadi
Zainal – yang
mengambil
keputusan
meninggalkan
klinik bola
sepak Ian Rush
lebih awal tanpa
kebenaran pada
hari terakhir
semalam jelas
mengundang rasa
kecewa jurulatih
pasukan
kebangsaan,
B.Sathianathan.
Jurulatih
Selangor, Dollah
Salleh dikatakan
menghubungi
jurulatih skuad
negara, B.
Sathianathan
bagi memohon
pelepasan
keempat-empat
pemainnya yang
terbabit dalam
perlawanan
pusingan kedua
Piala FA
menentang Perak
di Stadium Shah
Alam malam ini,
tetapi gagal
mendapat
pelepasan
pemainnya.
seterusnya
UKM
Rai Atlit
Cemerlang
Kuala Lumpur, 27
Mac 2008 –
Seramai 105
atlit yang
bergiat aktif
dalam arena
sukan buat
Universiti
Kebangsaan
Malaysia
sepanjang tahun
di peringkat
universiti
mahupun negara
telah mendapat
penghargaan
istimewa pada
Majlis Anugerah
Sukan Ke-18
bertempat di
Dewan Perdana
Felda semalam.
Sebanyak 19
kategori
disediakan bagi
semua penerima
anugerah samada
mahasiswa atau
kakitangan yang
telah lama
berkecimpung
dalam memajukan
arena sukan
universiti serta
negara.
seterusnya
Kebajikan
Atlit Keutamaan
KBS
Kebajikan
atlit sentiasa
menjadi
keutamaan
Kementerian
Belia dan Sukan
bagi memastikan
nasib mereka
sentiasa terbela
sama ada ketika
masih menjadi
atlit negara
atau selepas
bersara.
Menterinya,
Datuk Ismail
Sabri Yaakob,
berkata
kementerian
sentiasa
berusaha
memperbaiki
kelemahan yang
ada dalam aspek
itu selain
memastikan semua
atlit di bawah
Majlis Sukan
Negara (MSN)
dilindungi
insurans
berkelompok.
seterusnya
Usaha
Tangga Kejayaan
– Sazali
Kuala Lumpur, 26
Mac- ‘Usaha’.
Itulah antara
ungkapan keramat
dalam ucapan
yang telah di
sampaikan oleh
atlet Bina Badan,
Sarjan Sazali
Samad di Majlis
Anugerah Sukan
UKM ke 18 yang
berlangsung di
Dewan Perdana
Felda, semalam.
Katanya lagi,
untuk menjadi
atlet yang
barjaya,
seseorang atlet
perlu memiliki
keyakinan yang
amat tinggi
dalam memperoleh
sesuatu. Selain
itu, usaha
adalah kayu
pengukur kepada
pencapaian yang
cemerlang.
Kata-katanya
menjadi
perangsang dan
menambah
semangat pelajar
dalam menceburui
dalam bidang
sukan ini pada
masa akan datang.
seterusnya
Beri Tiket
Percuma, KFA
Tanggung
Kerugian Stadium
Rosak
Perbadanan
Stadium Darul
Aman terpaksa
mengeluarkan kos
penyelengaraan
sehingga ribuan
ringgit akibat
kerosakan di
sekitar bangunan
stadium
berkenaan,
gara-gara
pemberian tiket
percuma kepada
penyokong
tempatan pada
perlawanan bola
sepak Liga Super
antara Kedah
menentang Perak
malam kelmarin.
Kerosakan di
stadium itu
dipercayai
berpunca
tindakan agresif
orang ramai
ketika berebut-rebut
memasuki stadium
berkenaan
selepas tiket
percuma itu
habis diedarkan
kira-kira pukul
6.30 petang
kelmarin.
seterusnya
Kemelut Politik
: Sukma
Terengganu Tetap
Berjalan Lancar
Kelancaran
penganjuran
Sukma Malaysia (Sukma
XII) di
Terengganu dari
31 Mei sehingga
9 Jun ini, tidak
akan terjejas
sekalipun negeri
pantai timur itu
kini dilanda
kemelut politik
yang tidak
menentu.
Dengan berbaki
65 hari lagi
sebelum temasya
terulung
Malaysia itu
bermula,
pengurus promosi,
publisiti dan
penajaan Sukma
XII, Khairol
Azmie Embong
mengesyorkan
kepada pemberita
bahawa persiapan
berjalan dengan
lancar dengan
gelanggang utama
Kompleks Stadium
Gong Badak sudah
siap pembinaan
sepenuhnya.
seterusnya
Dua Elemen
Dikenalpasti
Untuk Majukan
Sukan Negara
Berbincang dan
merangka
strategi secara
bersama-sama
menentukan hala
tuju, termasuk
dalam aspek
memastikan jenis
sukan yang bakal
disertai di
peringkat
antarabangsa,
merupakan antara
dua elemen yang
menjadi intipati
usaha baru
Majlis Olimpik
Malaysia (MOM)
menangani
masalah
persatuan sukan.
Setiausaha
Kehormat Majlis
Olimpik
Malaysia, Datuk
Sieh Kok Chi,
berkata
persatuan sukan
di negara ini
perlu mempunyai
hubungan akrab
dengan MOM bagi
membolehkan
perancangan dan
strategi lebih
tersusun dapat
dirancang.
seterusnya
Kien Keat-Boon
Heong Tiada
Pilihan
Pasangan emas
negara, Koo Kien
Keat-Tan Boon
Heong diminta
supaya tidak
terus menerus
mempamer aksi
hambar, serta
tidak konsisten
yang menjejaskan
prestasi mereka
sekiranya mahu
terus mendapat
sokongan dari
Majlis Sukan
Negara (MSN).
Ketua Pengarah
Majlis Sukan
Negara (MSN),
Datuk Zolkples
Embong
menyatakan
sedemikian
selepas
mengambil
inisiatif
mengadakan
pertemuan dengan
pasangan itu
serta
jurulatihnya
Rexy Mainaky,
berikutan
persembahan
hambar di
beberapa
kejohanan
antarabangsa
sejak
kebelakangan ini.
seterusnya
Ian Rush :
Kurang Tumpuan
Dan Kurang
Komunikasi
Masalah Utama
Lagenda
bolasepak
Liverpool, Ian
Rush dalam sesi
klinik bola
sepak
kendaliannya di
Bukit Jalil,
petang tadi
mengenalpasti
tiga kelemahan
ketara yang
masih wujud pada
penyerang
tempatan iaitu
kekurangan
tumpuan, tahap
kecergasan dan
kurangnya
komunikasi
dengan rakan
sepasukan selain
kurang yakin
terhadap diri
sendiri seperti
dinyatakannya
semalam.
Selepas dua hari
mengendalikan
klinik bola
sepak khas buat
penyerang
tempatan itu,
Rush berpendapat
penyerang
tempatan harus
memperbaiki tiga
faktor itu
apabila beraksi
di peringkat
tertinggi apatah
lagi dengan
permainan bola
sepak kini yang
menerapkan
permainan pantas.
seterusnya
Tiada Alasan
Untuk Gagal -
Ismail
Kontinjen negara
dianggap gagal
sekiranya pulang
dari Beijing
Ogos ini tanpa
pingat - tidak
kira apa
warnanya –
begitulah
ungkapan ringkas
oleh Menteri
Belia dan Sukan,
Datuk Ismail
Sabri Yaakob,
yang menyatakan
hakikat itu
harus diterima
kerana Indeks
Petunjuk
Prestasi (KPI)
sukan negara
bagi Sukan
Olimpik ialah
memenangi apa
jua pingat di
temasya itu.
“Jika atlit
tidak membawa
pulang sebarang
pingat maka
kontinjen negara
dianggap gagal
dan semua pihak
harus menerima
hakikat tanpa
perlu memberi
pelbagai alasan.
seterusnya
Litar
Sepang Saksi
Kejaguhan
Ferrari
Bermula dari
petak kedua,
Kimi Raikkonen
memacu jentera
Ferrari untuk
menjuarai
perlumbaan
pusingan kedua,
Grand Prix
Malaysia
Petronas 2008
apabila jauh
meninggalkan
pesaing lain di
Litar Sepang,
semalam.
Begitupun,
hasrat Ferrari
untuk mencatat
penyudahan 1-2
di depan
sejumlah 126,690
penonton
tertinggi dalam
sejarah pada
edisi ke-10 GP
Malaysia tidak
kesampaian
apabila pemandu
petak pertama
dan rakan
sepasukan,
Felipe Massa
yang menguasai
saingan selepas
bermula,
terbabas dan
gagal meneruskan
perlumbaan pada
pusingan ke-30.
seterusnya

FAM
Bakal Tumpu
Pembangunan
Sukan
Timbalan
Presiden FAM,
Khairy
Jamaluddin
menegaskan badan
pemasaran FAM,
Malaysia Super
League (MSL)
Berhad, selepas
ini akan
meningkatkan
usaha untuk
mengadakan lebih
banyak program
pembangunan dan
Klinik Bola
Sepak Ian Rush
yang dikhaskan
kepada pemain
penyerang yang
dilihat mampu
menjadi perintis
kepada usaha MSL
itu.
"Sebelum ini,
banyak sumber
kewangan hanya
disalurkan
kepada liga,
tetapi kini kami
akan memberi
lebih banyak
tumpuan terhadap
program
pembangunan bola
sepak. Selepas
ini, kami
merancang untuk
mengadakan
klinik khas buat
penjaga gol dan
juga
jurulatih-jurulatih
tempatan," kata
Khairy yang juga
Pengerusi MSL
pada sidang
media Klinik
Bola Sepak Ian
Rush di Bukit
Jalil semalam.
seterusnya
KBS : Kaji Dasar
Sukan Negara,
Tiada Lagi Sukan
Terpinggir
Kementerian
Belia dan Sukan
(KBS) akan
mengkaji semula
Dasar Sukan
Negara (DSN)
yang menjadi
asas kepada hala
tuju sukan di
negara ini
supaya terus
relevan dengan
perkembangan
semasa.
Menterinya,
Datuk Ismail
Sabri Yaakob
berkata
Jawatankuasa KBS
yang
dipengerusikan
Ketua Setiausaha
kementerian,
Datuk Mohd Yasin
Mohd Salleh
diberi tempoh
enam bulan,
bermula semalam
untuk mengkaji
dan mengemaskini
dasar itu.
seterusnya
Ian
Rush : Keyakinan
Aset Penting
Seorang
Penyerang
Bekas penyerang
sensasi
Liverpool, Ian
Rush yang
mengendalikan
klinik bolasepak
selama tiga hari
di Bukit Jalil
yang bermula
pagi tadi,
merumuskan
wujudnya
kelemahan yang
ketara pada
barisan
penyerang
tempatan namun
dalam masa yang
sama menegaskan
kelemahan itu
dapat diatasi.
Rush, lagenda
bolasepak Wales,
menyatakan
bahawa penyerang
kita harus
memiliki tahap
keyakinan diri
yang tinggi dan
mampu memisahkan
diri daripada
pemain
pertahanan
secara kerap
untuk mencipta
ruang gempuran
lebih padu.
seterusnya
Barisan
Utama Pikul
Cabaran Piala
Thomas
Tiada barisan
kedua sebaliknya
skuad terkuat
akan memikul
cabaran negara
menghadapi
kejohanan
badminton Piala
Thomas di
Jakarta, Mei ini,
sekali gus
menepis andaian
pengurusan skuad
kebangsaan bakal
memberi
keutamaan
sepenuhnya
kepada saingan
Sukan Olimpik
2008 di Beijing,
Ogos ini.
Ketua jurulatih,
Yap Kim Hock,
berkata
pengurusan skuad
sudah sepakat
menurunkan
pemain terbaik
untuk berentap
di Jakarta,
sekalipun
peluang skuad
negara kali ini
dianggap tipis
terutama sekali
kelemahan pada
pemain bahagian
perseorangan.
seterusnya
Liga Super :
Kedah Berpesta
Lagi, Perak
Mangsa Terbaru
Kedudukan
Kedah selaku
pendahulu Liga
Super kini
semakin sah
sukar dicabar
aetelah pasukan
bimbingan Azraai
Khor Abdullah
itu membelasah
Perak 5-1 di
hadapan 35,000
penonton pada
perlawanan yang
berlangsung di
Stadium
Darulaman malam
tadi.
Kerapuhan
benteng Perak
kini semakin
ketara dengan
pasukan
bimbingan Steve
Darby kini sudah
melepaskan 14
jaringan
daripada hanya
tiga perlawanan
termasuk satu
perlawanan Piala
AFC.
seterusnya
GP
Malaysia 2008 :
Isyarat Awal
Ferrari
Ferrari memberi
isyarat bakal
menebus
kehambaran GP
Australia pada
perlumbaan
pusingan kedua
Grand Prix
Malaysia
Petronas 2008
apabila
menguasai dua
petak di depan
dalam sesi
kelayakan,
semalam.
Felipe Massa
cemerlang
menyambar petak
pertama buat
kali kedua
berturut-turut
di Litar F1
Sepang apabila
mencatat masa
sepusingan
terpantas
seminit 35.748
saat di litar
sepanjang
5.543km
sepusingan itu,
mengatasi rakan
sepasukan
Ferrari yang
juga juara dunia
2007, Kimi
Raikkonen.
seterusnya
Liga Hoki Remaja
: Hatrik Syafiq
Bantu TNB
Bangkit
Jaringan hatrik
Mohd Syafiq
Othman menerusi
pukulan sudut
penalti pada 18
minit terakhir
perlawanan
menjadi gol
penyelamat
maruah buat
pasukan pilihan,
Tenaga Nasional
Berhad (TNB)
yang menang
tipis 4-3 ke
atas Persatuan
Hoki Kelantan (PHK)
dalam saingan
suku akhir
pertama, Liga
Hoki Remaja
Malaysia (LHRM)
2008 di Stadium
Hoki Kuala
Lumpur, semalam.
Pelawat bermula
garang dengan
meledak gol
sulung seawal
minit ke-11,
menerusi tolakan
Shahrul Anwar
Ibrahim yang
membawa bola
secara solo dari
luar kawasan D
sebelum TNB
memperoleh gol
penyamaan pada
minit ke-28
selepas Faizal
Yaacob
menyudahkan
cantik hantaran
dari luar D.
seterusnya
Peluang
Kedua Kien Keat-Boon
Heong
Aksi suram
kombinasi Koo
Kien Keat-Tan
Boon Heong
mungkin pernah
mencetus berang
Rexy Mainaky
namun jurulatih
itu belum
tergamak untuk
meminggirkan
mereka dalam
perancangan ke
Sukan Olimpik di
Beijing, Ogos
nanti.
Perubahan
pendirian itu -
selepas Rexy
sebelumnya
lantang
mempertikaikan
fokus dan
komitmen Kien
Keat ekoran
prestasi hambar
ketika kejuaraan
Seluruh England
dan Terbuka
Switzerland lalu
- terhasil
selepas
pertemuan empat
mata di antara
kedua-duanya,
Rabu lalu.
seterusnya
Piala FA : Kedah
Selesa, Perak,
Selangor Sama
Gah
Aksi pusingan
kedua Piala FA
dibuka dengan
nostalgia final
1990 dan 1991
yang membabitkan
dua musuh
tradisi, Perak
dan Selangor
dijelmakan
semula dalam
pertemuan
dramatik yang
berkesudahan
seri 4-4 di
Stadium Perak,
malam tadi.
Selangor, juara
1991, bermula
garang dengan
gandingan
penyerang, Safee
Sali dan Elie
Aiboy menghukum
kegoyahan
pertahanan Perak
yang belum kebah
dibelasah
pasukan Tentera
Singapura 1-6
pada saingan
Piala AFC di
stadium yang
sama, apabila
masing-masing
menjaringkan gol
pendahuluan pada
minit ke-12 dan
32.
seterusnya
Edisi Ke-10 GP
Malaysia
Dijangka Yang
Terbaik
Edisi ke-10
kejuaraan Grand
Prix Malaysia
2008 diramal
akan muncul
perlumbaan
terbaik pernah
dianjurkan
ketika Litar
Antarabangsa
Sepang (SIC)
menjangkakan
satu rekod
dicatat dengan
kunjungan
125,000 penonton
bagi menyaksikan
acara Formula
Satu (F1) itu.
Malaysia adalah
tuan rumah bagi
kejuaraan
Pusingan 2
Kejohanan Dunia
FIA yang bermula
hari ini dengan
sesi kelayakan.
seterusnya
Klinik Bola Ian
Rush : Tiada
Pemain Perak,
Kedah
Klinik
bola sepak yang
bakal
dikendalikan
bekas penyerang
Liverpool, Ian
Rush dari 24
sehingga 26 Mac
ini kelihatan
seperti satu
usaha sia-sia
apabila pemain
dari Kedah dan
Perak difahamkan
tidak akan
menyertai klinik
itu yang
dikhaskan untuk
penyerang
tempatan.
Pemain Perak,
Khalid Jamlus
dan Razali Umar
Kandasamy serta
pemain Kedah,
Khyril Muhymeen
Zambri, Hasmawi
Hassan dan
Samransak Kram
pada mulanya
berada dalam
senarai 27
pemain terpilih
untuk klinik itu,
tetapi persatuan
bola sepak
negeri pemain
berkenaan
memohon untuk
mereka
dikecualikan.
seterusnya
Menteri
Sukan Baru :
Jadikan
Musyawarah Satu
Keutamaan
Keseimbangan
antara program
pembangunan
sukan dan belia
menjadi tumpuan
utama Menteri
Belia dan Sukan
yang baru, Datuk
Ismail Sabri
Yaakob dalam
memastikan usaha
memperkasa
bangsa dapat
diperkemas dan
dirancakkan.
Sambil
mengalungkan
penghargaan dan
terima kasih
kepada Perdana
Menteri, Datuk
Seri Abdullah
Ahmad Badawi,
Ismail berkata
beliau akan
terlebih dulu
mendapatkan
nasihat
penyandang
jawatan sebelum
ini, Datuk Seri
Azalina Othman
yang kini
beralih ke
Kementerian
Pelancongan.
seterusnya
Trio Pemimpin
Selangor Undur
Diri
Shah
Alam, 18 Mar -
Pengurus pasukan
Selangor, Datuk
Satim Diman dan
dua penolongnya,
akhirnya memilih
untuk melepaskan
jawatan mereka
bagi memberi
laluan kepada
Menteri Besar,
Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim
selaku Presiden
FAS untuk
melantik pegawai
pengurusan baru.
Sehubungan
dengan itu,
Setiausaha Agung
FAS, Hamidin
Mohd Amin kini
memangku tugas
pengurus pasukan
sehingga pucuk
pimpinan baru
FAS membuat
pelantikan
pengurusan baru
pasukan.
seterusnya
MBS Baru
Mendapat
Sokongan Zol,
Kok Chi
Kebijaksanaan
menangani
kerenah pegawai
persatuan sukan
kebangsaan
sebelumnya bakal
jadi aset
Menteri Belia
dan Sukan yang
baru, Datuk
Ismail Sabri
Yaakob untuk
mengharungi arus
cabaran
menantinya.
Hakikat itu
terserlah ketika
Ismail memegang
teraju selaku
Pengerusi
Perbadanan
Stadium Merdeka
yang
bertanggungjawab
menguruskan
Kompleks Sukan
Negara daripada
2003 hingga 2006
lalu.
seterusnya
Piala AFC :
Kedah, Perak
Kena Belasah
Dua
wakil negara
dalam saingan
Piala AFC, Kedah
dan Perak
diaibkan kelab
Singapura malam
tadi dengan
Kedah tewas 1-5
kepada Home
United pada
perlawanan
Kumpulan D
Stadium Jalan
Besar, Singapura
manakala Perak
pula diratah 1-6
oleh Kelab
Angkatan Tentera
Singapura (SAF)
pada perlawanan
Kumpulan E di
Stadium Perak,
Ipoh.
Selepas
permulaan
berhati-hati
oleh kedua-dua
pasukan, Shafiq
Jamal
mengejutkan
penonton tuan
rumah dengan
meletakkan Kedah
di depan seawal
minit ke-11.
seterusnya
Kejohanan
Rali MRC 2008 :
Karamjit Yakin
Pertahan Gelaran
Jaguh
rali negara,
Karamjit Singh
bakal
mempertahankan
kejuaraannya
pada Kejohanan
Rali Felda AAM
Malaysia (MRC)
2008 yang bakal
membuka tirai
saingan di Bahau,
Negeri Sembilan
pada 29 Mac ini.
Penampilan
keduanya kali
ini juga
menyaksikannya
mengekalkan juru
arah yang sama -
Jagdeev Singh
dalam buruan
pada enam siri
saingan berakhir
pada 23 November
depan.
seterusnya
KL Plus Terus
Cemerlang, 5 Gol
Mahamadou Benam
Proton
KL Plus terus
mengungguli
sainagan Liga
Perdana sesudah
menewaskan
Harimau Muda 1-0
di Stadium
Majlis
Perbandaran
Selayang, malam
tadi, sekaligus
kekal di tangga
teratas dengan
kelebihan empat
mata.
Anak buah Mat
Zan Mat Aris
terpaksa menanti
sehingga minit
ke-52 untuk
memperoleh gol
tunggal
perlawanan
menerusi
penyerang import
dari Argentina,
Adrian Trinidad
yang melepaskan
rembatan kencang
dari dalam
kawasan penalti
yang gagal
diselamatkan
penjaga gol.
seterusnya
Zolkples Turun
Padang Siasat
Punca
Kemerosotan
Beregu Emas
"Saya mahu
berjumpa Rexy
dan Kien Keat
dan Boon Heong
untuk mengenal
pasti punca
kemerosotan
mendadak
pasangan utama
negara," kata
Ketua Pengarah
Majlis Sukan
Negara (MSN),
Datuk Zolkples
Embong.
Bagi Zolkples,
kemerosotan
pasangan beregu
itu amat
merisaukannya
memandangkan
mereka dilihat
sebagai antara
harapan utama
kontinjen negara
memungut pingat
emas pertama di
Sukan Olimpik
yang bakal
berlangsung di
Beijing, Ogos
ini.
seterusnya
Terbuka
Swiss : Chong
Wei Gagal Lagi
Hasrat Lee Chong
Wei untuk
merangkul
gelaran kedua
Siri Super tahun
ini tidak
kesampaian
apabila pemain
utama negara itu
kecundang di
tangan jaguh
China, Lin Dan,
pada final
Terbuka
Switzerland di
Dewan St Jakob,
Basel, malam
tadi.
Bermula dengan
aksi ibarat
tenggelam punca
pada awal set
pertama, Chong
Wei bangkit
memperkemaskan
persembahan
tetapi tetap
akur ditundukkan
pemain nombor
satu dunia itu
dengan keputusan
21-13, 21-18.
seterusnya
Jiwa Kembali Ke
Pangkuan Skuad
Negara
Kebuntuan Sarjit
Singh mencongak
barisan
pertahanannya
yang pincang
akibat masalah
kecederaan
dilihat menemui
titik noktah
apabila Jiwa
Mohan - harapan
terakhirnya -
bersedia kembali
beraksi.
Pastinya
persetujuan Jiwa
memberi nafas
lega bukan saja
kepada Sarjit
yang kebuntuan
mendapatkan
penggantinya
lebih sebulan,
tetapi juga
rakan sepasukan
terutama barisan
pertahanan.
seterusnya
Olimpik
Beijing 2008 :
Kien Keat-Boon
Heong Mungkin
Digugur
Kemerosotan
prestasi yang
kian ketara
melanda beregu
utama, Koo Kien
Keat-Tan Boon
Heong tampak
mungkin 'disempurnakan'
dengan
penyisihan
mereka daripada
temasya Sukan
Olimpik di
Beijing, Ogos
nanti.
Kemungkinan itu
terjelma selepas
jurulatih, Rexy
Mainaky disahkan
kecewa dengan
persembahan
gandingan itu,
terutama selepas
tersingkir awal
dalam dua
kejohanan
terakhir
disertai -
Seluruh England
dan Terbuka
Switzerland.
seterusnya
Roslinda
Tebus Kecewa
Ratu lompat
bergalah negara,
Roslinda Samsu
yang kecewa
ekoran kegagalan
beraksi di
Kejohanan Dalam
Dewan Dunia di
Valencia,
Sepanyol minggu
lalu menebus
kehampaannya
dengan dengan
meraih emas pada
Kejohanan Lompat
Bergalah
Antarabangsa
Taiwan, semalam.
Seakan membalas
dendam gara-gara
langsung tidak
dapat menyertai
kejohanan di
Valencia kerana
galahnya tidak
sampai ke
destinasi
ditujui sehingga
mengundang
tanggapan buruk
Kesatuan
Olahraga Amatur
Malaysia (KOAM),
atlit kelahiran
Kuala Nerang,
Kedah itu
melakukan
catatan 4.23
meter bagi
mengesahkan emas
milik negara.
seterusnya
Yufang
Perlu Buktikan
Atlit jalan kaki
negara, Yuan
Yufang perlu
membuktikan
bahawa dia
sememangnya
layak beraksi di
Sukan Olimpik
Beijing, Ogos
ini bukan
sekadar mencipta
omong kosong
sedangkan dia
sebenarnya tidak
layak beraksi di
temasya terbesar
di dunia itu
gara-gara
menyertai
kejohanan yang
tidak diiktiraf.
Yufang yang
mendakwa berjaya
mengatasi syarat
kelayakan ke
Olimpik dalam
satu kejohanan
jalan kaki di
Kunming, China
pada 26 Oktober
lalu ketika
menyertai
latihan dan
kejohanan di
sana perlu
melakukannya
sekali lagi
apabila Kesatuan
Olahraga Amatur
Malaysia (KOAM)
menegaskan
bahawa kejohanan
itu tidak
diiktiraf oleh
badan induk
olahraga di
China.
seterusnya
Rajagopal Tidak
Resah
Kedudukan skuad
Harimau Muda di
tangga
pertengahan Liga
Perdana kini
tidak merisaukan
jurulatihnya,
K.Rajagopal yang
beranggapan
pemain muda
dalam skuad itu
kini sudah
memperoleh
pendedahan
berguna.
Bagi Rajagopal,
penyertaan
Harimau Muda
dalam Liga
Perdana bukan
untuk memburu
kemenangan,
sebaliknya
pendedahan dan
peluang beraksi
dalam
kesebelasan
utama dan
bersaing dengan
pemain import
dan pemain lebih
senior.
seterusnya
Hanya
Chong Wei Mara
Ke Akhir
Sasaran
menggapai
gelaran di
Eropah kian
dihampiri pemain
utama negara,
Lee Chong Wei
yang berjaya
melangkah ke
final Kejohanan
Badminton
Terbuka
Switzerland di
Basel, malam
tadi.
Kemaraan itu
mengubat
kehampaan Chong
Wei yang
sebelumnya
dipaksa
kecundang pada
peringkat
separuh akhir
Seluruh England,
minggu
sebelumnya.
Pemain nombor dua
dunia itu jelas
bukan tandingan
lawan daripada
Poland, Wacha
Przemyslaw yang
gagal menghadirkan
saingan setelah
membenarkan Chong
Wei merakamkan
kemenangan 21-14,
21-14 dalam tempoh
hanya 30 minit.
seterusnya
Kedah Makin
Sukar Digugat,
Selangor, Perak
Cemerlang
Kedah kekal di
tangga teratas
Liga Super
selepas
menewaskan
UPB-MyTeam 2-0
di Stadium
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
malam tadi,
untuk
membolehkan
Hijau Kuning gah
dengan 41 mata
selepas
mengharungi 17
perlawanan.
Kegagalan MyTeam
menyempurnakan
beberapa peluang
keemasan membuka
peluang buat
pelawat untuk
mula mengawal
permainan dan
berhasil memecah
kebuntuan
menerusi pemain
muda Mohd Fadly
Baharom pada
minit ke-40.
seterusnya
Sistem Rating :
PLBM Cemerlang
Diumum antara
tiga persatuan
cemerlang,
Persatuan Lawn
Bowl Malaysia (PLBM)
mengesahkan
mereka adalah
antara tiga
persatuan
cemerlang di
negara ini yang
diumumkan Majlis
Olimpik Malaysia
(MOM).
Nama dua
persatuan lagi
masih menjadi
tanda tanya
kerana ia tidak
diumumkan MOM
yang
menyerahkannya
kepada persatuan
masing-masing
untuk berbuat
demikian.
seterusnya
Beregu Veteran
Menggegar,
Beregu Emas
Kecundang
Nasib berbeza
dialami dua
wakil beregu
kita yang
beraksi di
pusingan kedua
Kejohanan
Badminton
Terbuka
Switzerland,
tatkala wakil
KLRC, Sairul
Amar Ayob
meneruskan
kemaraan ke suku
akhir setelah
menundukkan
rakan senegara
Wong Choon Hann
12-21, 21-18,
24-22.
Pasangan beregu
veteran negara,
Choong Tan Fook-
Lee Wan Wah
dipaksa
berhempas pulas
mengharungi
pertarungan tiga
set sebelum
mengalahkan
pasangan
Denmark, Lars
Paaske - Jonas
Rasmussen,
17-21, 21-19,
21-18 sekaligus
menempah
pertemuan suku
akhir menentang
satu lagi wakil
Denmark Mathias
Boe- Carsten
Mogensen yang
menundukkan
pasangan
senegara Jens
Eriksen-Martin
Lundgaard
Hansen.
seterusnya
Kejohanan Piala
Sultan Azlan
Shah Dianjak
Seminggu
Saingan
Kejohanan Hoki
Piala Sultan
Azlan Shah yang
dijadualkan pada
3 Mei ini
terpaksa
dilewatkan
kira-kira
seminggu bagi
memenuhi
permintaan
beberapa negara.
Tarikh baru
kejohanan yang
akan berlangsung
di Ipoh itu kini
ditetapkan pada
8 Mei dan
berlangsung
sehingga 18 Mei.
seterusnya
Sin
Mei, Hup Wei
Bakal Peroleh
Habuan Lumayan
Dua atlit
olahraga negara,
Ngew Sin Mei (lompat
kijang) dan Lee
Hup Wei (lompat
tingi) bakal
menerima habuan
tambahan
berbentuk wang
tunai jika mampu
tersenarai dalam
kelompok atlit
negara yang
layak ke Sukan
Olimpik Beijing,
Ogos ini.
Dua atlit
berkenaan juga
akan menerima
pembayaran elaun
bulanan serta
insentif
tambahan jika
memenangi pingat
pada acara utama
seperti Sukan
Sea, Sukan
Komanwel, Sukan
Asia serta
Kejohanan Trek
dan Balapan Asia
(ATF), sesuatu
yang harus
membangkitkan
semangat mereka
untuk terus
beraksi pada
tahap terbaik.
seterusnya
Generasi Baru
Buat MTA
Kuala Lumpur, 13
Mac 2008 –
Persatuan
Taekwando
Malaysia (MTA)
dengan kerjasama
majlis Sukan
Universiti
malaysia (MASUM)
dan persatuan
tentera malaysia
(PTM) telah
melancarkan
majlis pembukaan
persatuan Taekwando
yang berlangsung
di sport Arena
Wisma OCM hari
ini.
MTA telah
membuat
penggubalan yang
besar keatas
dasar pemilihan
atlet yang akan
diserapkan
kepada Majlis
Sukan Negara
(MSN) dan
seterusnya
mewakili negara
di peringkat
antarabangsa.
seterusnya
Piala AFC:
Permulaan
Cemerlang Kedah,
Perak
Kedah dan Perak
memulakan kempen
Piala
Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC)
dengan cemerlang
apabila menang
ke atas lawan
masing-masing
semalam.
Perak mencatat
kemenangan
selesa 3-1 atas
kelab Maldives,
New Radiant,
yang bermain
dengan sepuluh
pemain dalam
Kumpulan C di
tempat lawan
manakala juara
Piala Malaysia
musim lalu,
Kedah mengutip
tiga mata penuh
apabila
menumpaskan
wakil Maldives,
Victory SC 1-0
dalam saingan
Kumpulan D di
Stadium
Darulaman, Alor
Star.
seterusnya
Piala
Thomas :
Malaysia Jumpa
Korea Lagi
Entah mahu
ataupun tidak,
Malaysia harus
menerima hakikat
betapa laluan
perit menanti
Malaysia dalam
saingan akhir
Piala Thomas
apabila
diletakkan
bersama musuh
tradisi Korea
Selatan dan
pasukan Eropah,
England dalam
Kumpulan B
selepas undian
dilakukan di
Jakarta, semalam.
Ia pastinya
mengundang
kebimbangan
kepada skuad
Piala Thomas
negara, yang
perlu muncul
juara kumpulan
jika mahu
mencerahkan
peluang ke
separuh akhir,
kerana jika
gagal
mengungguli
saingan kumpulan,
Malaysia akan
berdepan sama
ada tuan rumah
Indonesia atau
gergasi Eropah,
Denmark di suku
akhir, satu
prospek
pertemuan yang
mahu dielakkan.
seterusnya
Terbuka Swiss :
Sairul Cipta
Kejutan, Chong
Wei Tiada
Masalah Ketepi
Sung Hwan
Sairul Amar Ayob
melakar kejutan
terbesar
pusingan pertama
kejohanan
badminton
Terbuka
Switzerland
setelah
menumbangkan
pemain
Indonesia, Sony
Dwi Kunchoro
pada aksi
pusingan pertama,
semalam.
Sairul, pemain
Kelab Raket
Kuala Lumpur (KLRC)
yang turun
selaku pemain
bukan pilihan
menghadirkan
berita gembira
apabila hanya
mengambil masa
27 minit untuk
menumbangkan
Sony, naib juara
dunia tahun lalu
yang juga
pilihan keenam
kejohanan,
21-13, 21-11.
seterusnya
