|
Pasangan
Kien Keat-Boon
Heong Dan
Nicol
Dimahkota
Olahragawan
Dan
Olahragawati
2007 |
Dikemaskini :
14 May 2008 12:02 AM
Juara beregu
Kejohanan badminton
All England 2007 Koo
Kien Keat-Tan Boon
Heong, dan pemain
skuasy wanita nombor
satu dunia Nicol
David, hari Selasa
dinobatkan sebagai
Olahragawan dan
Olahragawati
Kebangsaan 2007 pada
majlis penyampaian
anugerah Sukan
Negara di sini malam
ini.
Kien Keat-Boon Heong
mengenepikan 12
atlet lain bagi
merangkul anugerah
itu berdasarkan
kepada persembahan
mereka yang cukup
memberangsangkan
tahun lepas, yang
menyaksikan mereka
berjaya menduduki
ranking teratas
dunia selepas
memenangi Malaysian
Open, Korean Open,
juara beregu lelaki
All England yang
menamatkan penantian
25 tahun, dan juga
Swiss, Macau, Danish
serta Philippines
Open.
Pasangan itu
bagaimanapun tidak
dapat hadir ke
majlis malam ini
untuk menerima
anugerah berupa wang
tunai RM10,000 serta
trofi daripada Yang
di-Pertuan Agong
Tuanku Mizan Zainal
Abidin, kerana
sedang mewakili
negara dalam saingan
Piala Thomas di
Jakarta ketika ini.
Ratu skuasy negara
merangkul anugerah
itu buat kali ketiga
berturut-turut, dan
yang kelima secara
keseluruhannya (1999
dan 2003), untuk
melengkapkan
kecemerlangnya hari
ini, apabila
mengungguli British
Open di Liverpool,
buat kali ketiga
pagi ini, selepas
memenanginya pada
2005 dan 2006.
Atlet berusia 24
tahun dari Pulau
Pinang itu
mempamerkan aksi
yang cukup cemerlang
tahun ini, memenangi
lapan kejuaraan
WISPA World Tour
daripada 10
penampilan di
peringkat akhir
walaupun terlepas
World Open.
Beliau turut
mengenepikan 12
calon lain bagi
anugerah malam ini.
Beliau yang turut
dinobatkan sebagai
Asian Sportswoman of
the Year bagi tahun
2007 oleh Asian
Sports Press Union,
mengenepikan
kira-kira 100 atlet
lain yang cukup
tersohor di Asia,
turut memenangi
anugerah WISPA
Player of the Year
bagi tiga tahun
berturut-turut sejak
2005.
Tahun lepas beliau
memenangi CIMB KL
Open, Kuwait Open,
Qatar Classic, Qatar
Open, Malaysian
Open, Singapore
Masters, Dutch Open,
Hongkong Open dan
melengkapkan tahun
yang cemerlang
dengan muncul juara
Kejohanan Asia buat
kali keenam
berturut-turut,
walaupun gagal
mempertahankan
kejuaraan World Open
buat kali ketiga
berturut-turut.
Bapa Nicol, Desmond
David menerima
anugerah itu bagi
pihak Nicol manakala
Naib Pengerusi
Persatuan Badminton
Malaysia (BAM) Datuk
Roland Wong pula
mewakili beregu
negara.
Nicol melalui
persidangan video
dari England yang
dibuat sebaik sahaja
bapanya menerima
anugerah itu bagi
pihaknya, memohon
maaf kerana tidak
dapat hadir pada
majlis malam ini.
Beliau mengucapkan
terima kasih kepada
Majlis Sukan Negara
(MSN) di atas
anugerah itu.
Beregu negara, Kien
Keat dan Boon Heong
pula ketika
dihubungi di Jakarta
berkata mereka
berasa sedih dan
turut memohon maaf
kerana tidak dapat
hadir untuk menerima
anugerah mereka
kerana sedang
mengikuti Kejohanan
Piala Thomas.
Sementara itu P.
Arivalagan terpilih
sebagai jurulatih
lelaki terbaik 2007
atas kejayaannya
membimbing pasukan
karate negara
memenangi pelbagai
anugerah, terutama
memenangi lapan
pingat emas pasa
Sukan SEA Korat
Disember lepas.
Anugerah jurulatih
wanita terbaik pula
diberikan kepada
jurulatih pasukan
bola keranjang
wanita negara Yoong
Sze Yuin, manakala
Anugerah pasukan
lelaki terbaik
menjadi milik
pasukan tiga atlet
sukan memanah yang
berjaya melayakkan
diri ke Sukan
Olimpik Beijing, dan
menduduki tempat
keempat kejohanan
Piala Dunia di Turki.
Pasukan enam anggota
boling wanita negara
yang menjuarai
Kejohanan Dunia
Wanita di Mexico
mengenepikan 44
negara lain pula
bukan tandingan
lain-lain pasukan
untuk memenangi
anugerah pasukan
wanita terbaik.
Selain anugerah
utama, beberapa
personaliti sukan
juga dihargai pada
majlis malam ini,
termasuk Allahyarham
Datuk Seri Harun
Idris, tokoh utama
dalam membentuk
kejayaan pasukan
bola sepak negara
pada tahun 70-an,
dan bekas Setiausaha
Agung Persatuan Bola
Sepak Malaysia Datuk
Paul Mony Samuel
yang kini adalah
setiausaha
Persekutuan Bola
Sepak Asia.
Lagenda Hoki C.
Paramalingam dan
jurulatih tenis
Chang Chia Chun pula
adalah penerima
Anugerah Khas.
Senarai penerima
anugerah sukan 2007:
Olahragawan
Kebangsaan: Koo Kien
Keat-Tan Boon Heong
(badminton)
Olahragawati
Kebangsaan: Nicol
David (skuasy)
Pasukan Terbaik
Lelaki: Memanah
(Cheng Chu Sian, Md
Marbawi Sulaiman,
Wan Mohd Khalmizan)
Pasukan Terbaik
Wanita: Boling (Choy
Poh Lai, Esther
Cheah, Shalin
Zulkifli, Wendy Chai,
Zandra Aziel, Sharon
Koh)
Atlet Paralimpik
Lelaki Terbaik:
Muhamad Salam Sidik
(memanah)
Atlet Paralimpik
Wanita Terbaik:
tiada pemenang
Jurulatih terbaik (lelaki):
P.Arivalagan
(karate)
Jurulatih terbaik (wanita):
Yoong Sze Yuin (bola
keranjang)
Anugerah Personaliti
Sukan : Datuk Seri
Harun Idris
Anugerah Pentadbiran
Sukan: Datuk Paul
Mony Samuel
Anugerah Khas: Chang
Chia Chun (tenis),
C. Paramalingam (hoki)
Dipetik Dari Bernama