Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Australia Dan Chile Ke Separuh Akhir Piala Antara Benua

 


Dikemaskini : 21 May 2008 09:35 AM

 

Australia layak ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Antara Benua apabila menjuarai Kumpulan B selepas menewaskan Togo 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam ini.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut diberhentikan oleh pengadil China Liang Zhao pada minit ke-79 selepas pasukan Togo bermain dengan tujuh pemain selepas dua pemain mereka dilayangkan kad merah pada minit ke 61 dan 74.

Di samping kecederaan oleh dua pemain negara benua Arika itu, pasukan itu tidak dapat meneruskan perlawanan selepas sudah melakukan tiga pertukaran pemain yang dibenarkan.

Australia, yang dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik Beijing Ogos ini, merupakan pasukan tunggal yang memegang rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan untuk mengumpul sembilan mata.

Pada perlawanan tersebut, jaringan gol Australia dimulakan oleh Jason Michael Hoffman seawal minit ketujuh sebelum Aaron Terry Downes menambah gol kedua pada minit ke-42.

Togo, gagal mengutip sebarang mata di peringkat kumpulan, nyata bukan tandingan anak-anak buah Arnold Graham apabila gagal mempamerkan corak permainan yang menarik sebaliknya hanya berlegar di tengah padang.

Kedudukan skuad dari Afrika itu bertambah parah apabila Michael Anthony Zullo menjaringkan gol ketiga Australia pada minit ke-64 sebelum Matthew Simon menambah gol ke empat lima minit kemudian.

Sementara itu, dalam perlawanan lain kumpulan sama, Chile mengiringi Australia ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan apabila menewaskan Croatia 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Jaringan tunggal Pablo Gonzalez pada minit ke-38 sudah cukup untuk membolehkan Chile mengumpul enam mata walaupun tewas satu perlawanan kepada Australia Ahad lepas.

Lawan Australia dan Chile diperingkat separuh akhir hanya akan diketahui setelah perlawanan terakhir kumpulan A iaitu Nigeria menentang Iraq petang esok di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 6.30 petang.
 

Dipetik Dari Bernama

 

 

Cetak laman ini