|
Tan Fook/Wan
Wah, Kien
Keat/Boon
Heong Sah Ke
Beijing
|
Dikemaskini :
30 May 2008 02:42 PM
Persatuan Badminton
Malaysia (BAM) hari
ini mengesahkan
cabaran Malaysia
dalam acara beregu
lelaki di Sukan
Olimpik Beijing akan
digalas oleh
pasangan veteran,
Choong Tan Fook/Lee
Wan Wah dan
gandingan Koo Kien
Keat/Tan Boon Heong.
Pemilihan kedua-dua
beregu terbaik
negara itu sekaligus
memusnahkan harapan
pasangan ketiga
negara, Mohd Zakry
Abdul Latif/Mohd
Fairuzizuan Tazari
untuk beraksi di
Beijing.
Pengurus Besar BAM
Kenny Goh berkata
pemilihan kedua-dua
gandingan tersebut
berdasarkan
kedudukan mereka
dalam ranking dunia.
"Nama kedua-dua
beregu terbaik
negara itu
sebenarnya telah
dipilih oleh
jawatankuasa
kejurulatihan dan
latihan BAM sejak
awal lagi,
berdasarkan ranking
dunia," katanya di
sini hari ini.
Tan Fook/Wan Wah
ketika ini berada di
tangga keempat
ranking dunia dan
Kien Keat/Boon Heong
(kelima) manakala
Mohd Zakry/Mohd
Fairuzizuan (ke-16).
Ketiga-tiga pasangan
utama negara berjaya
melayakkan diri ke
Sukan Olimpik
berdasarkan ranking
1 Mei lepas, namun
BAM hanya dibenar
memilih dua daripada
mereka untuk membawa
cabaran dan senarai
akhir perlu diserah
sebelum Sabtu ini.
Kenny berkata tiada
unsur pilih kasih
atau alasan mahu
memberi peluang
kepada beregu
veteran Tan Fook/Wan
Wah yang akan
beraksi dalam
Olimpik terakhir
mereka sebelum
bersara hujung tahun
ini, dalam pemilihan
tersebut.
Ketiga-tiga pasangan
beregu itu, katanya
menjalani proses
kelayakan melalui
pelbagai kejohanan
untuk ke Beijing dan
dua pasangan teratas
telah membuktikan
kecemerlangan
melalui kedudukan
dalam ranking dunia.
Persoalan mengenai
pemilihan beregu
yang akan ke Olimpik
timbul bila Wan Wah
dikatakan cedera di
bahu kanannya semasa
kempen Piala Thomas
di Indonesia, dua
minggu lepas.
BAM kemudian
mengatakan hanya
beregu yang disahkan
cergas dan bebas
daripada kecederaan
akan ke Beijing
lantas memberi
harapan kepada Mohd
Zakry/Mohd
Fairuzizuan untuk
mengambilalih tempat
senior mereka. Wan
Wah bagaimanapun
disahkan bebas
daripada kecederaan
bahunya selepas
menjalani ujian
ultra bunyi di
Institut Sukan
Negara (ISN) di
Bukit Jalil, semalam.
"Keputusan ujian
menunjukkan Wan Wah
bebas daripada
kecederaan. Dengan
itu, Wah Wah dan
pasangannya, Tan
Fook tiada halangan
untuk beraksi di
Olimpik," katanya.
Kenny berkata
senarai muktamad
pemain badminton ke
Olimpik akan
dihantar kepada
Persekutuan
Badminton Dunia (BWF)
hari ini, sebelum
tarikh akhir pada
Sabtu ini.
Selepas Sabtu, tiada
sebarang perubahan
boleh dilakukan
terhadap senarai
tersebut, katanya.
Cabaran perseorangan
lelaki pula akan
digalas oleh Lee
Chong Wei dan Wong
Choong Hann
sementara Wong Mew
Choo akan beraksi
dalam perseorangan
wanita dan Wong Pei
Tty/Chin Eei Hui
dalam beregu wanita.
Dipetik Dari Bernama