|
Selangor,
Kedah Dan
Johor Ke
Suku Akhir |
Dikemaskini :
31 May 2008 01:26 PM

Pemain Selangor
jersi Biru dan
pemain Sabah jersi
merah
Selangor dan Kedah
menjadi dua pasukan
pertama layak ke
suku akhir acara
bola sepak Sukan
Malaysia (SUKMA)
selepas
masing-masing
mencatatkan
kemenangan kedua
berturut-turut dalam
Kumpulan B hari ini.
Turut layak adalah
Johor dalam Kumpulan
C selepas
menundukkan Sarawak
2-1 pada perlawanan
di Padang B Kompleks
Sukan Gong Badak,
juga kemenangan
kedua selepas
menundukkan Brunei
1-0 Rabu lepas.
Selangor menundukkan
Sabah 2-0 di Stadium
Sultan Ismail
Nasiruddin Shah
manakala Kedah
menumpaskan Kelantan
2-1 di Padang A,
Kompleks Sukan Gong
Badak.
Pada perlawanan
pembukaan Rabu lepas,
Selangor mengalahkan
Kelantan 3-0
manakala Kedah
menang 3-2 ke atas
Sabah.
Dengan kekalahan
hari ini, Kelantan
dan Sabah yang akan
bertemu sesama
sendiri sendiri Ahad
ini bagi
melengkapkan jadual
perlawanan,
merupakan dua
pasukan terawal
tersingkir daripada
saingan dan disertai
Sarawak.
Kedah, naib juara
SUKMA yang lepas di
Alor Star dua tahun
lalu, tidak
diberikan laluan
mudah sebelum menang
ke atas Kelantan
walaupun berjaya
membuka jaringan
pada minit kedua
menerusi penyerang
Liga Super dan ketua
pasukan Mohd
Fazliata Taib.
Seorang lagi bintang
Liga Super, Mohd
Fadly Baharum
menjadikan kedudukan
2-0 pada minit
ke-21, yang
kemudiannya menjadi
gol kemenangan
selepas Kelantan
yang bermain dengan
keazaman yang tinggi
berjaya merapatkan
jurang apabila Mohd
Nasiruddin berjaya
menyempurnakan
sepakan penalti pada
minit ke-32.
Kedah sepatutnya
mampu menambah
jumlah gol tetapi
sepakan penalti Mohd
Shafiq Jamal pada
minit ke-70
diselamatkan penjaga
gol Kelantan.
Selangor pula layak
ke suku akhir tanpa
melepaskan sebarang
gol dalam dua
perlawanan dan
gol-gol pasukan itu
hari ini dijaringkan
Wan Mohd Hoesni pada
minit ke-43 dan Mohd
Alafi Mahmud pada
minit ke-71.
Johor layak ke suku
akhir menerusi
kemenangan hasil
jaringan Suhaimi
Samadi (minit ke-10)
dan Mohd Fauzi
Othman (minit ke-29)
manakala gol
saguhati Sarawak
dijaringkan Azizan
Saperi pada minit
ke-31.