Dikemaskini :
23 May 2008 11:58 PM
Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) tidak
mengiktiraf
Kejohanan Piala
Juara Juara Belia (CYC)
Ogos ini dan
menyifatkan
peruntukan RM17 juta
untuk penganjur
kejohanan itu
sebagai merugikan.
Presiden FAM Sultan
Ahmad Shah berkata
FAM tetap tidak
setuju dengan
tindakan penganjur,
Gifted Group Limited
(GGL),
membelakangkan badan
sukan induk itu
walaupun telah
menerima surat
penjelasan rasmi
dari GGL.
"Kita takan benarkan
mereka. Saya
Presiden...kalau ada
presiden lain tak
tau la,"kata baginda
kepada pemberita
selepas menyerahkan
bendera negeri
kepada kontingen
Pahang ke Sukan
Malaysia (Sukma) di
sini hari Jumaat.
Mana-mana pihak yang
ingin menganjurkan
perlawanan bola
sepak di Malaysia
perlu mendapatkan
persetujuan FAM,
kata baginda ketika
diminta mengulas
pengiktirafan FAM
terhadap penganjuran
CYC itu.
Sultan Pahang itu
turut melahirkan
rasa hairan
bagaimana peruntukan
RM17 juta itu boleh
disalurkan secara
mudah oleh
Kementerian Belia
dan Sukan.
"Perkara ini tidak
boleh dibuat
sewenang-wenangnya
tanpa bertanya
kepada FAM bagi
mendapat kebenaran
hak penganjuran,"
katanya.
"Saya tak tahu macam
mana duit itu boleh
diberi dengan senang
sahaja...kalau bagi
FAM boleh buat
macam-macam,"
katanya.
Isu berkenaan
tercetus apabila GGL
bertindak menerima
tawaran Konfederasi
Bolasepak Asia (AFC)
untuk mengelolakan
kejohanan itu
sekaligus
membelakangkan
peranan FAM dalam
penganjuran CYC.
Berikutan kemelut
tersebut, Menteri
Belia dan Sukan
Datuk Ismail Sabri
Yaakob sebelum ini
berkata kementerian
tidak teragak-agak
untuk menarik balik
peruntukan jika GGL
membelakangkan
peranan FAM.
Bagaimanapun,
katanya kementerian
akan meneliti
terlebih dahulu
kontrak yang
ditandatangani
sebelum ini sama ada
ia boleh dibatalkan
atau sebaliknya.
Kejohanan bawah 19
tahun itu, yang
telah diadakan buat
julung kali di
negara ini tahun
lepas, telah menarik
16 pasukan termasuk
Malaysia dan juara
bertahan Manchester
United.
Ia bakal diadakan di
beberapa negeri
mulai 5 hingga 16
Ogos ini.
Dipetik Dari Bernama