|
Nigeria
Dan
Australia
Bertemu Di
Perlawanan
Akhir Piala
Antara Benua |
Dikemaskini :
24 May 2008 12:04 AM

Dua pasukan yang
beraksi di Olimpik
Beijing iaitu
Nigeria dan
Australia mara ke
perlawanan akhir
pada saingan bola
sepak Piala Antara
Benua setelah
melepasi peringkat
separuh akhir di
Stadium Bolasepak
Kuala Lumpur, Cheras
di sini malam ini.
Nigeria terlebih
dahulu mengesahkan
tempat ke perlawanan
akhir apabila
menewaskan Chile 2-1
hasil dua jaringan
Moses Okoro
Osadabamwen.
Walaupun menguasai
hampir keseluruhan
perlawanan, skuad
dari Afrika itu
terpaksa menunggu
sehingga minit ke 66
untuk memecahkan
kekebalan benteng
pertahanan lawan.
Gol yang berpunca
daripada gerakan
John Owoeri yang
membuat hantaran
leret kepada pemain
gantian Moses Okoro
Osadabamwen untuk
membolehkan Nigeria
mendahului 1-0.
Kegembiraan
anak-anak buah
Samson Siasia hanya
seketika apabila
Chile menerusi AL-Fonso
Parot yang
menyudahkan bola
hantaran Pablo
Gonzalez pada minit
ke 75.
Pada minit ke-83,
Osadabamwen terus
menidakkan
kebangkitan skuad
dari Amerika Selatan
itu apabila bijak
menyempurnakan
peluang dengan
menewaskan penjaga
gol lawan Gregory
Saaveda untuk kali
ke dua.
Pada satu lagi
perlawanan separuh
akhir, Australia
walaupun turun tanpa
empat tonggak utama
yang kembali ke
Sydney untuk beraksi
bersama pasukan
senior dalam
perlawanan
persahabatan,
mempamerkan corak
permainan yang kemas
untuk membenam
cabaran Ireland 3-1.
Penyerang Australia
Matthew Simon
membuka jaringan
seawal minit ketujuh
permainan dan
menambah satu lagi
gol kedua pada enam
minit kemudian untuk
menewaskan penjaga
gol Ireland, Shane
Dennehy.
Simon yang beraksi
cemerlang malam ini
melengkapkan hatrik
apabila menjaringkan
gol ketiga pada
minit ke-75.
Penyerang Ireland,
Alan Judge
mengurangkan defisit
gol pada minit ke-84
melalui rembatan
kencag dari luar
kotak penalti hasil
gerakan satu dua
untuk keputusan
akhir 3-1.
Perlawanan akhir
akan berlangsung
Ahad ini di Stadium
Bolasepak Kuala
Lumpur, Cheras pada
pukul 8.45 malam.
Dipetik Dari Bernama