Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Argentina Terlalu Kuat Untuk Malaysia

 


Dikemaskini : 13 May 2008 01:12 PM

 

Malaysia dibelasah 5-0 oleh Argentina dalam perlawanan ketiga mereka pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-17 di Stadium Azlan Shah di sini hari Isnin.

Argentina memperolehi gol pertama pada minit ke-18 menerusi flick penyerang Facundo Callioni yang menewaskan penjaga gol Malaysia, S. Kumar.

Lapan minit kemudian, Facundo menjaringkan gol kedua Argentina.

Gol seterusnya diperolehi pada minit ke-47 menerusi pukulan penalti Juan Ignacio Gilardi, oleh Lucas Herman Cammareri (54, gol padang) dan Tomas Argento Innocentre (68, gol padang).

Dalam dua lagi perlawanan, Pakistan menewaskan Kanada 2-1 dan India menewaskan Belgium 6-4.

Kejohanan tujuh negara itu akan disambung pada Rabu dengan New Zealand menentang Argentina, Belgium menentang Pakistan dan Malaysia bertemu Kanada.

 

Dipetik Dari Bernama

 

 

Cetak laman ini