Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Helah Korea Selatan Untuk Mara Ke Separuh Akhir

 


Dikemaskini : 13 May 2008 01:10 PM

 

Aksi Hong Ji Hoon Ketika menentang Wong Choong Han Semalam

 

Korea Selatan yang mahu mara ke separuh akhir sanggup menurunkan pemain lemah dan memecahkan pemainnya ketika menentang England dan Malaysia pada kejohanan Piala Thomas di Istora Senayan di sini hari Isnin.

Ia bertujuan agar mereka kalah kepada kedua-dua pasukan dan menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan B dan akan bertemu satu lagi pasukan lemah Kanada di pusingan kedua esok tetapi masih menempah tempat ke separuh akhir untuk bertemu tuan rumah Indonesia.

Strategi itu menyaksikan mereka mereka tewas 1-4 kepada pasukan lemah England pada perlawanan di sebelah pagi.

Mereka juga tewas 1-4 kepada Malaysia pada perlawanan yang bermula di sebelah petang.

Ketika menentang England, Korea menurukan perseorangan keempat Hong Ji Hoon selaku perseorangan pertama, Lee Yong Dae (pemain beregu pertama)/Shon Seung Mo (perseorangan ketiga) sebagai beregu pertama; Lee Jae Jin (pemain beregu kedua) sebagai perseorangan kedua, Park Sung Hwan (perseorangn pertama)/Lee Hyun Il (perseorangan kedua) sebagai beregu kedua dan Hwang Ji Man (pemain beregu kedua) sebagai perseorangan ketiga.

Ketika menentang Malaysia, mereka menurunkan perseorangan ketiga sebagai perseorangan pertama, Hong Ji Hoon (pemaian simpanan) sebagai perseorangan kedua, mencampurkan pemain beregu pertama dan kedua sebagai pasangan baru sementara Hong Jo Hoon bertindak sebagai perseorangan ketiga.

Pada perlawanan kelayakan peringkat Zon Asia pada Februari lepas, Malaysia menewaskan pasukan bercampur-campur Korea Selatan 3-2 untuk menempah tiket ke Jakarta.

Pada perlawanan itu, Korea tidak menurunkan pemain perseorangan pertama Lee Hyun Il dan menurunkan perseorangan kedua Park Sung Hwan sebagai pemain beregu sementara pakar beregu Lee Yong Dae sebagai perseorangan ketiga.

Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Datuk Punch Gunalan setiap pasukan berhak menurunkan setiap pemain yang mereka ingini.

Katanya BWF menyedari taktik tersebut dan akan mengambil tindakan di masa depan bagi mengatasinya.

"BWF tidak akan membantah senarai pemain yang duturunkan, sebaliknya jika terdapat negara yang merasa dianiaya dan membuat laporan.

"Ia melibatkan manipualsi sistem yang ada sekarang yang perlu kita lihat," katanya.


 

Dipetik Dari Bernama

 

 

Cetak laman ini