|
Hup Wei
Layak Ke
Olimpik
Selepas
Catat Rekod
Baru
Kebangsaan
Di China |
Dikemaskini :
26 May 2008 06:36 PM

Atlet lompat tinggi
Lee Hup Wei
memenangi pingat
emas dalam kejohanan
olahraga Terbuka
China di Stadium
Olimpik baru di
Beijing hari ini
dengan mencatatkan
rekod kebangsaan
baru 2.27m,
sekaligus melayakkan
beliau ke Sukan
Olimpik Beijing.
Hup Wei, yang
melepasi lompatan
yang menyamai rekod
kebangsaan 2.24m
oleh Loo Kum Zee
sejak 1995 dalam
laluannya memenangi
pingat emas di
Kejohanan Trek dan
Padang Asia di
Amman, Jordan tahun
lepas, menumpaskan
atlet China hari ini
untuk melayakkan
beliau ke Sukan
Olimpik menerusi
Kategori B.
Timbalan Presiden
Kesatuan Olahraga
Amatur Malaysia (KOAM)
Karim Ibrahim
berkata ia merupakan
suntikan semangat
baru buat karier Hup
Wei sejak muncul
dalam arena olahraga
selepas Kum Zee
mengumumkan
persaraannya selepas
Sukan SEA 2003 di
Vietnam.
"Melepasi 2.27m
adalah persembahan
yang cukup baik dan
kami di KOAM amat
gembira dengan
kehebatannya, dan
saya pasti seluruh
pasukan yang kini
berada di China
turut gembira dengan
pencapaiannya,"
katanya.
Atlet China, Wang
Chen menduduki
tempat kedua dengan
melepasi ketinggian
2.24m manakala
tempat ketiga
menjadi milik Zhao
Kuansong, juga dari
China dengan
lompatan melepasi
ketinggian 2.20m.